
Nama Khai Bahar dan Siti Nordiana di lapangan muzik komersil tempatan hadir dengan jumlah ratusan ribu pengikut yang sentiasa menantikan naskhah muzik Balada yang menjadi kekuatan dua penyanyi ini.
Pasca Gegar Vaganza memberi tuah serta rezeki yang tidak putus buat Siti Nordiana. Bermula dengan “Pesanan Teragung” Nana terus memikat penggemarnya dengan alunan merdu dalam dua hits ciptaannya “Hatiku Milikmu” dan “Terus Mencintai” serta duet cemerlang bersama Jaclyn Victor menerusi “Nisan Cinta”.
Begitu juga dengan Khai dalam rangkaian hits Balada tanpa putusnya memberi tuah buat dua nama ini dengan fan base yang begitu kuat sekali. Tidak salah jika dibilang dua nama ini adalah dua penyanyi yang paling tinggi permintaan hari ini.
Bermula dengan duet di Smule dengan jumlah view sehingga jutaan tontonan menerbitkan chemistry Siti Nordiana dan Khai Bahar sebagai penyanyi yang sering dinantikan paduan suara menerusi single original mereka.

Dan di bulan Mei lalu menerusi kiriman WhatsApp Nana buat Khai terlahir ilham mencipta duet ini menjadi kenyataan. Lagu yang dicipta Khai dan Nana ini ditulis liriknya oleh Iman Imran tampil dalam ilham Balada yang kiranya sudah diduga hasilnya daripada dua figura Pop ini.
Menambah kemasan muzik lagu ini AG Coco mengepalai produksi lagu ini sebagai produser dan arranger dengan barisan pemuzik hebat tempatan seperti Fly Halizor (Bass), Azim Jenk Ali (Drum), Anwar Hamzah (gitar akustik) dan AG sendiri yang bertindak sebagai gitaris lagu ini.
Kurang 24 Jam beredar di YouTube video rasminya sudah 300K tontonan sehingga artikel ini ditulis. Dan saya kira itu bukan satu hal yang mengejutkan untuk satu kolaborasi dua nama besar ini. Formula popular “Satukan Rasa” kiranya cukup untuk membuatkan lagu ini bertahan lama di carta radio dan pastinya #roadtoajl (seperti biasalah).
ARTIKEL BERKAITAN