Bakat berjiwa besar dalam bermuzik, Sal Priadi yang mula tampil mencuri perhatian menerusi single “Kultusan” dan “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” ini meneruskan kelangsungan karya ciptanya yang cukup tersendiri.
Sal Priadi yang sempat awal tahun ini tampil dengan single keempat berjudul “Jangan Bertengkat Lagi Ya? Ok Ok” kembali lagi dengan single terbarunya yang lebih istimewa dengan kolaborasi khas bersama “Nadin Amizah” bintang Soul / Folk seberang yang turut sama meningkat naik namanya.
Single yang diberi judul “Amin Paling Serius” ini mengambil ilham full string Ballad yang tampil dalam susunan muzik penuh dramatik. Lagu yang dicipta Sal Priadi ini dikemaskan lagi dengan susunan muzik Lafa Pratomo yang turut bertindak sebagai Produser Musik lagu ini.

nota tangan sal priadi yang diposting di akaun twitter nya kelmarin
“Amin Paling Serius” membawa pendengar menyelami perasaan terdalamnya tentang cinta dan harapan.
Menurut Sal Priadi “lagu ini membawa kisah asmara lelaki dan wanita yang datang dari dua latar belakang hidup berbeza. Karenanya, keduanya memanjatkan segala harapan dengan Amin Paling Serius untuk perjalanan cinta mereka berdua.”
“Semoga lagu ini mampu mengajak pendengar menggali harapan terbesar di dalam diri untuk disampaikan secara terbuka agar mampu diamini secara bersama. Dengan kerendahan hati, kami persembahkan, “Amin Paling Serius” – Tambahnya lagi.

Kolaborasi genius bersama Nadin Amizah yang sebelum ini cukup popular dengan single “Rumpang” dan “Sorai” menerusi single penuh emosi ini menghasilkan sesuatu yang cukup baik sekali.
Nadin dan Sal Priadi saya kira sudah siap sebagai bakat pelapis yang akan terus memajukan pasaran muzik seberang. “Amin Yang Serius” kini beredar di semua gedung muzik digital bermula 29 Mei 2019.
