
Sarah Suhairi antara bakat muzik kelahiran lewat era 2010’s yang memiliki potensi besar ketika diperkenalkan. Berbekal single “Pedih” (2018) membawa namanya sebagai pelapis muzik Pop yang diraikan ketika itu sehinggalah bergelar juara pertandingan nyanyian Big Stage musim pertama.
Muda, bebas di pentas dengan perwatakan menyenangkan menjadikan dia sebagai one to watch ketika itu. Dengan kemampuan membuat persembahan yang baik tidak hanya pada penyampaian lagu-lagu berbahasa Melayu namun lagu-lagu Korea memperlihatkan potensi besar yang dia miliki.
Setelah itu Sarah melayari kembara bermuziknya dengan tanpa terburu-buru dan tidak juga terlalu perlahan. Satu per satu single dikeluarkan sebagai penanda aras bahawa dia akan sentiasa ada di pasaran muzik tempatan memberi satu lagi hits besar buatnya menerusi single “SAH” pada tahun 2024 yang sehingga hari ini sudah distrim lebih 50 juta di Spotify.


Sejak itu saya kira Sarah Suhairi semakin jelas dengan jaluran muziknya. Pop dengan beat yang catchy dan lirik yang sing-a-along menjadi kekuatannya. Tahun ini dia kembali lagi dengan lebih progresif lewat tiga single baru bersama produser muzik Mingaling dan Affan Mazlan.
Tiga single berawal dengan “Busy Ke” ciptaan Mas Dewangga bersama Jova Devito diikuti “Tak Perlu Rasa” dan “Paling Indah” membentuk satu landskap baru muziknya. Yang terhasil daripada ketiga-tiga single ini adalah sebuah penghasilan muzik yang menyenangkan. Ringan namun memiliki substance, tidak kosong tanpa idea solid atau sekadar mengikut trend semasa.
“Paling Indah” ciptaan bersama Sarah Suhairi dan Affan Mazlan hadir sebagai the brand new romantic yang terhasil catchy dan begitu mengena dengan attitude vokal Sarah Suhairi. Mengulang dengarnya buat saya semakin menyenangi dan jelas dengan arah muzik yang dia mahu tampilkan.
Sehingga tiga lagu yang beredar tahun ini saya kira Sarah Suhairi sudah siap untuk sebuah album. Dia sudah menemukan formula muzik yang cukup baik bersama Mingaling dan ia ditafsir sebaiknya untuk dia bergerak dengan cara yang cukup tersendiri.
ARTIKEL BERKAITAN