
Lagu: Selama Berdua
Artis: Firdaus Rahmat
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Omar K
Bergerak sebagai komposer pelapis yang semakin tinggi demand nya, Firdaus Rahmat datang dengan potensi yang tepat untuk membentuk sound Pop tempatan dengan suntikan elemen baru yang lebih forward dan current.
Tanpa mahu melupakan terus kembara bermuziknya sebagai soloist, Firdaus menzahirkan sebuah lagi persembahan Pop menerusi “Selama Berdua” karya ciptaannya sendiri bersama Omar K. Terlahir dalam ilham Balada yang dengan kemasan muzik yang mengendong infusi K Ballad.
Melodi lagu ini sedpa didengar biar dengan sekali pendengaran ia sudah mengikat. Korusnya baik dengan feel sederhana Firdaus ia menjadi sebuah naskhah yang cukup menyenangkan. R&B nya dirasa dalam beat yang memberi attitude berbeza.
Firdaus saya kira sudah menjadi bakat muda yang sudah membuktikan kemampuan bermuziknya dengan cemerlang. Melihat katalog Pop yang dia miliki sejak “Aku Rayu”, Sentiasa” dan “Test Drive” juga beberapa single lain seperti “Merah” – Firdaus memili jalan yang mudah dan panjang untuk dia depani dengan adanya konsistensi.
Styling dalam nyanyiannya juga baik, ada identiti dan tidak terikat dengan menurut idea-idea yang sama sahaja. Slanganya tersendiri dengan tone yang sedap didengar juga kemampuan menghasilkan lagu sendiri, saya kira Firdaus siap untuk memiliki album penuh.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN