
Lagu: Cukup
Artis: Ziva Magnolya
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: S/EEK
Pasaran muzik patah hati Indonesia belum lagi nampak mahu memperlahankan langkahnya. Satu per satu lagu dihasilkan saban bulan dengan ilham serupa menjual rasa dan kisah dalam persembahan melodi yang pantas mengikat pendengar.
“Tak Ingin Usai”, “Sial”, “Tak Segampang Itu” dan “Jiwa Yang Bersedih” sudah dirayakan serantau nusantara lagu-lagu ini dalam mengusik jiwa-jiwa pendengar yang tanpa gagal masih diperdengarkan lagi dan lagi.
Ziva Magnolya salah satu bakat solo wanita yang cukup booming dengan rangkaian hits “Pilihan Yang Terbaik” sehingga rakaman semula “Peri Cintaku” yang menjadikan dia antara yang terus diraikan setiap kali menghasilkan lagu-lagu baru.
Meneruskan kelangsungan bermuzik, Ziva terus hadir dengan sebuah lagi single galau berjudul “Cukup” karya cipta Mario G Klau (Tak ingin Usai, Tak Segampang Itu) dalam persembahan melodi yang cukup lembut menyentuh juga membuai perasaan.
Juaranya lagu ini sebagai Balada yang baik saya kira kerana kelebihan Ziva dalam menyanyikan lagu-lagu begini. Perasaannya dalam dengan persembahan vokal yang begitu lembut dan kemas tanpa memaksa pendengar untuk larut dalam nyanyiannya.
“Cukup” saya kira terhasil lebih baik berbanding single sebelumnya ciptaan Yovie Widianto berjudul “Menanti”. Melodinya simple namun sampai ke jiwa dengan bait lirik yang saya kira banyak orang akan mudah relate dengan kisahnya.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN