
Setelah kejayaan menarik kira-kira 3000 pengunjung pada tahun lepas, TAPAUfest kembali berlangsung Pada 7 dan 8 Oktober 2023 di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak. Berlatarbelakangkan tasik yang indah dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dan berpotensi ari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta.
“Dari taksub cuba nak jadikan festival kita lebih besar dan besar setiap tahun, kita buat keputusan untuk beri lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutamanya dalam kurasi bagi membawakan komunti indie dan rakyat Lenggong terlibat sama,” kata Pengarah Kreatif TAPAUasia Sdn. Bhd, Ahmad Faris.
TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok. TAPAUfest 2023 disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui MyCreative Ventures (MYCV).
Pengunjung juga boleh berteduh dari matahari sambil belajar dan berkongsi pengetahuan di BENGKEL atau terokai karya pembikin filem indie di LAYAR yang dikurasi dengan kerjasama Kaki Seni.
Pengunjung boleh menghilangkan dahaga dan mengisi perut dengan sajian Malaysia terbaik dihidangkan oleh peniaga dari Lenggong dan ‘foodtruck’ dari seluruh Malaysia di WARUNG. Bagi mereka yang suka membeli-belah atau mengumpul rekod, ‘merchandise’ atau karya seni, PASAR menghimpunkan karya artis dan jenama indie sambil dihiburkan oleh DJ di pentas mini.
Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain adalah peluang untuk berkhemah selama dua malam di Resort Tasik Raban dan merasai sepenuhnya pengalaman di Lenggong. Pengunjung boleh menempah tapak khemah di Santuy Campsite dan sertai sesi unggun api dan persembahan akustik atau buat mereka yang inginkan pengalaman lebih minimal boleh mengikat ‘hammock’ di antara dahan pokok menerusi Outsiders Campout.
Tiket Pre Sale sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga 6 Oktober 2023 dengan harga:
Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2) – RM175
Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330
Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200
Maklumat lanjut www.TAPAUfest.asia