
Lagu: Lihatlah Lebih Dekat
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Elfa / Mira Lesmana
Produser: Ari Renaldi
Persembahan muzik rakaman ulang ternyata menjadi trend yang semakin booming hari ini. Satu per satu lagu dirakam semula generasi kini dalam kemasan muzik yang ternyata meninggikan standard lagu-lagu yang lebih awal beredar sekurangnya 10 tahun lalu.
“Bahasa Kalbu” (Raisa), “Sang Dewi” (Lyodra), “Mengejar Matahari” (Keisya Levronka) dan “Menyesal” kolaborasi diva muda Lyodra, Ziva dan Tiara telah berjaya dalam menawan hati pendengar muzik nusantara. Dan kini tiba masanya untuk Yura Yunita pula.
Meramu kembali lagu “Lihatlah Lebih Dekat” bersama produser muzik Ari Renaldi, rakaman muzik yang diadun semula ini ternyata kedengaran sebati dengan persembahan vokal Yura yang ternyata cocok dengan lagu-lagu berbentuk Klasikal Muzikal begini.
Perasaannya seperti mendengar komposisi baru yang cukup matang dan segar jika mahu dibandingka di versi asal nyanyian Sherina yang masih lagi kecil ketika itu. Cukup dalam dan menyentuh – intepretasi muzik Yura cukup grand dengan susunan muzik yang lebih besar sifatnya.
Kelebihan Yura saya kira adalah dia faham lagu bagaimana yang mampu memberi warna dan corak tersendiri dalam persembahan vokalnya. Dan pemilihan “Lihatlah Lebih Dekat” ternyata percaturan yang cukup baik untuk sebuah kelangsungan bermuziknya.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN