
Lagu: (Not Your) Cup of Tea
Artis: Marion Jola
Komposer / Lirik: Marion Jola / Harry Sommerdahl / Kamilla Bayrak
Kembara bermuzik Marion Jola berjalan terus biar berganti bakat baru yang memanjat carta muzik Indonesia, namanya masih antara yang begitu dinanti karya-karya terbaru. Setelah awal tahun ini mengeluh dalam galau “Bukan Manusia” Marion merancakkan langkahnya berterusan.
“(Not Your) Cup of Tea” sebuah persembahan Pop yang cukup sinonim dengan muzik Marion yang berlegar sejak awal dia memperkenalkan pendengar dengan single seperti “Jangan”, “Aduh”, “Overthinking” dan “So In Love”.
Lebih rancak kali ini dalam persembahan berbahasa Inggeris, Marion membawa pesan buat semua haters yang ada dalam penulisan lirik yang cukup mudah diikuti dan penghasilan melodi yang cukup mengikat dengan sekali pendengaran sahaja.
Attitude Marion memberi nyawa dalam lagu ini dan tidak sukar sebetulnya bagi Marion menghidupkan irama begini kerana sifat bermuziknya itu sudah sebati dalam jiwanya. Lagu-lagu begini tidak sukar untuk membuat kita senang menyukai Marion Jola.
Saya kira setelah ini Marion harus bekerjasama dengan produser muzik seperti S/EEK dan SOIN yang banyak menghasilkan Pop hebat buat Raisa, Afgan dan Mahalini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN