Lebih empat dekad mewarnai pasaran muzik semasa, legenda muzik Pop Tradisional, S. Atan sehingga hari ini sudah mencipta lebih 1,000 lagu hit untuk penyanyi berganti generasi. Dari era Sharifah Aini, DJ Dave, Sudirman sehingga ke era Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan penyanyi-penyanyi baru hari ini, nama S. Atan masih di radar on demand.
Karya malar segarnya cukup sinonim dengan ritma Joget, Inang dan Zapin yang dihasilkan dalam kemasan muzik yang cukup lively – hidup dengan percaturan yang cukup tersendiri.
Setiap kali menjelangnya Syawal pasti nama S. Atan akan kembali mengisi carta muzik teratas baik radio mahupun penstriman digital. Rangkaian hit seperti Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Salam Aidilfitri (Datuk Jamal Abdillah), Hari Mulia (Datuk Sheila Majid) dan Indah Beraya Di Desa (Azlina Aziz) pasti akan terus berdendang.
BALIK KAMPUNG / SUDIRMAN
Dirakam pada awalnya bukan untuk pasaran lagu raya, bagaimanapun lagu ini cukup sinonim pada setiap kali haadirnya musim perayaan. Bait lirik serta melodi yang menyatu sempurna dalam persembahan yang cukup menghiburkan penghibur nombor satu, Sudirman.
MENJELANG HARI RAYA / DJ DAVE
DJ Dave satu daripada penyanyi yang memiliki melodi raya yang cukup popular. Menerusi lagu “Menjelang Hari Raya” ciptaan S.Atan ini, DJ Dave menjadi salah satu legenda Pop yang pastinya akan disengari pada setiap musim perayaan. Melodinya simple dan menangkap serta lengkap ramuan evergreen.
HARI MULIA / SHEILA MAJID
Jazz dalam penyatuan Pop Sheila menyatu baik dan cukup original sekali. Melodi lagu ini antara yang paling unik ciptaan S. Atan keluar daripada kepompong lagu-lagu Joget dan Zapin dengan penghasilan melodi yang cukup classy sekali.
CAHAYA AIDILFITRI / BLACK DOG BONE
S. Atan sekali lagi membuktikan kemampuannya menulis lagu tidak hanya pada jaluran tradisional sahaja. “Cahaya Aidilfitri” menyatukan elemen Rock Black Dog Bone dengan penghasilan melodi yang syahdu namun cukup kental jiwa BDB menerusi persembahan keseluruhan.
UCAP SELAMAT HARI RAYA / GAYA ZAKRI
Dihasilkan di era 70-an, lagu ini memilikit Disco beat yang dihasilkan dalam padanan lirik kemanusiaan / ketuhanan yang cukup dominan. Muzik lagu ini cukup fun sekali biar saya kira agak canggung dengan bait liriknya but still acceptable kerana melodinya masih enjoyable untuk dinikmati.
INANG AIDILFITRI / ZALEHA HAMID & SUDIRMAN
Gabungan unik dua legenda muzik yang bijak dalam mengalun melodi Melayu Asli menghasilkan harmoni “Inang Aidilfitri” dalam rencah berbeza. Masih terhasil dalam elemen muzik evergreen, melodi begini sememangnya menjadi kekuatan S. Atan.