AISHAH / SENANDUNG LEBARAN
Nostalgia raya pasti akan terisi dengan melodi alunan Aishah. Selain “Pulanglah” yang cukup ikonik, sebuah lagi lagu yang cukup meriah suasana rayanya adalah “Senandung Lebaran”. Lagu yang dipetik daripada album rakaman sepenuhnya lagu-lagu raya ini pernah juga dirakamkan Sharifah Aini.
SHARIFAH AINI / NOSTALGIA AIDILFITRI
Sebuah lagu ciptaan arwah Pak Ngah, “Nostalgia Aidilfitri” begitu cocok dengan kemampuan Biduanita Sharifah Aini mengalunkan lagu-lagu dalam lenggok Melayu sebegini. Cukup syahdu dan hadir dalam penulisan penuh manusiawi daripada pena Logha.
MENJELANG HARI RAYA / DJ DAVE
DJ Dave satu daripada penyanyi yang memiliki melodi raya yang cukup popular. Menerusi lagu “Menjelang Hari Raya” ciptaan S.Atan ini, DJ Dave menjadi salah satu legenda Pop yang pastinya akan disengari pada setiap musim perayaan. Melodinya simple dan menangkap serta lengkap ramuan evergreen.
BERSAMA DI HARI RAYA / CENDERAWASIH
Duo berbangsa India yang pertama merakamkan lagu raya. Lagunya singkat namun mengikat dalam melodi ciptaan Syed Haron ini. Paduan vokal mereka terhasil unik dan memberi warna berbeza dalam menikmati lagu-lagu perayaan.
SUASANA RIANG DI HARI RAYA / JUNAINAH M. AMIN
Sebuah lagi melodi ikonik yang dirakamkan di era 70-an dan masih didengarkan sehingga hari ini. Junainah M. Amin menerusi melodi ciptaan Kassim Masdor dan Yusnor Ef berjaya menyuntik elemen nostalgia raya yang
KEPULANGAN YANG DINANTI / AMAN SHAH
Kesayuan dalam persembahan melodi raya yang begitu menyentuh. “Kepulangan Yang Dinanti” karya ciptaan Omar Taib antara yang cukup syahdu dalam cerita sedih yang ditulis tentang sebuah penantian. Lagu ini juga pernah dirakamkan kembali Fauziah Latiff.
PULANG DI HARI RAYA / NOORKUMALASARI
Sebuah lagi melodi ciptaan Syed Sobri yang dihasilkan dengan elemen evergreen yang cukup fun dinikmati dengan persembahan cheeky Noorkumalasari. Biar sehingga hari ini lagu ini cukup segara dinikmati berganti generasi.