
Album: Happy & Sad
Artis: Amir Alif
Amir Alif bergerak secara independen menjual ilham muzik Pop yang rata-ratanya terhasil dalam sebuah acuan muzik semasa yang banyak di pasaran global hari ini. Lagu-lagu yang siap terhasil sebelum ini seperti “Not Okay” dan “Lover Boy” mentafsir idea muziknya.
Setelah beberapa tahun bermuzik secara sendiri Amir menzahirkan sebuah album penuh berjudul “Happy & Sad” yang menyatukan 9 trak keseluruhan dalam cerita cinta, sedih bahagia, ketidakpastian dan kedewasaan seperti mana judulnya, ia tentang apa yang Amir rasa sebagai remaja dan sebagai pemuzik.
Dibuka dengan prolog “Happy & Sad” sebelum diteruskan dengan dua single yang beredar awal “Lover Boy” yang menjadi pengenalan baik jika anda pendengar baru Amir Alif namun sejujurnya saya lebih enjoy dengan trak kedua “Let’s” yang terhasil catchy dan kemas sudut bunyiannya.
“I Wanna Love” berjaya menawan pendengaran saya, melodinya lembut dengan persembahan sederhana Amir yang saling menyatu baik. Cukup sifat untuk diketengahkan sebagai single, “I Wanna Love” terhasil dalam naskhah cukup komersil yang mampu minat pendengar.
Lagu yang membuat saya pejam mata dan terasa melayang dibuai rasa
Amir bermonolog sekali lagi di ruang “My Way” sebelum diteruskan dengan lagu “Siapa Perlu Tahu” yang menjadi satu-satunya single berbahasa Malaysia yang ada di album ini. Sebuah lagi lagu yang saya kira tidak sukar untuk kita enjoy dengan penghasilannya. Ada hook yang mengikat seawal ia dibuka. Saya paling suka bahagian “Dan ku bertanya sepi.”
Album ini saya kira permulaan yang baik untuk Alif memperkenalkan namanya sebagai singer songwriter. Hasilnya sederhana, tidaklah terlalu memukau namun perjalanannya masih panjang dan saya pasti dalam perjalan panjang itu akan ada banyak ruang yang Amir Alif mampu perbaiki lagi. Cuma saya kira dia perlu ketengahkan “I Wanna Love” sebagai single kerana potensinya besar.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN