
Lahir dalam keluarga yang sudah didedahkan dalam persembahan bangsawan sejak kecil lagi, Asia Aman atau cukup dikenali dengan nama komersilnya Nona Asiah menjadi antara Biduanita muzik Klasik Melayu yang begitu diingati di era Jalan Ampas. Suaranya cukup banyak melatari filem-filem arahan P.Ramlee antaranya.
Bergelar playback singer atau penyanyi runut bunyi bagi kebanyak filem-filem Cathay Keris, suaranya pasti saja akan cukup diingati setiap kali kita menonton filem-filem di era hitam putih. Lahir di Singapura, Nona Asia banyak dipengaruhi ibunya yang cukup aktif dalam bidang seni hiburan.
Dilahirkan di Singapura pada tahun 1928, kerjayanya sebagai penyanyi aktif di era 50-an dan 70-an menyanyikan lagu-lagu dari filem Chinta, Hujan Panas, Rachun Dunia dan Nilam antara yang cukup diingati. Nona Asiah banyak berkolaborasi dengan bakat-bakat lain di eranya seperti Aziz Jaafar, R.Azmi, Ismail Kassim dan P.Ramlee menerusi lagu “Ingin Tahu” di filem Chinta.
“Manusia Miskin Kaya” menjadi antara lagu yang cukup popular persembahan Nona Asiah. Lagu yang diciptakan P.Ramlee ini merupakan salah satu lagu yang terisi sebagai runut bunyi filem “Salah Siapa” lakonan Noormadiah.
Kembara bermuziknya yang bermula di era pendudukan Jepun sebagai penyanyi dan penghibur memberi pengalaman buat Nona Asiah cukup on demand di era 60-an untuk merakamkan lagu-lagu petikan filem khususnya. Lagu “Bunga Kembang” bersama Aziz Jaafar antara salah satu lagu yang cukup diingati peminat filem hitam putih pastinya.
Sebelum bergelar playback singer untuk penerbitan filem, Nona Asiah terlebih dahulu menjadi penyanyi di Radio Malaya yang tugasnya menyanyikan lagu-lagu permintaa pendengar sekitar tahun 1946. Di sini beliau mengutip pengalaman menyanyikan lagu-lagu Indonesia dan lagu-lagu Barat.
Setiap persembahannya diiringi kugiran yang diberi nama Tiga Serumpun. Menerusi persembahan di Radio Malaya jugalah memabwa nama Nona Asiah mendapat peluang merakamkan lagu pertamanya untuk bergelar penyanyi rakaman. Lagu pertama yang dirakam adalah “Besame Mucho” yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada tahun 1949.
Tawaran bergelar penyanyi rakaman memberi rezeki yang lebih buatnya untuk mendapat lebih tawaran menyanyi. Antara kemuncak kerjayanya adalah untuk menyanyi di luar negara mengembara ke serata Asia bersama iringan orkestra mengadakan konsert serta tour sebagai seorang Biduanita yang disegani.
Nama Nona Asia di penghung 50-an begitu besar pengaruhnya. Banyak lagu-lagu yang dirakam mendapat sambutan luar biasa penggemar lagu Klasik Mleayu. Antara yang cukup memberi populariyi buat Nona Asiah adalah “Seia Sekata”, “Gelora Chinta” dan “Cempaka Biru”.
Sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Nona Asia merakamkan dua buah LP berjudul “Dari Hati Sanubari” dan sebuah lagi album bersama Noormadiah, Julia dan A.Rahman.
Beliau juga sempat melibatkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem “Pelangi” pada tahun 1951 dan “Abu Nawas” pada tahun 1954 menerusi produksi Malayan Film Unit.
ARTIKEL BERKAITAN