
Lagu: Go Slow
Artis: Lunadira
Komposer / Lirik: Nadirah Diah / Ahmed Nadzmi
Produser:
Terakhir kali muncul bersama Reddirocket menerusi EP “Tangerine”, Lunadira dilihat lebih awal potensinya untuk bergereka sebagai R&B artiste tempatan yang punya masa depan baik untuk bersinar lama hayat bermuziknya. “ur cute but boring” dan “Forever Not Our Thing” sudah membuktikan jelas arah muziknya.
Beriring kraf muzik yang tersendiri ilham daripada apa yang jelas banyak dalam pasaran global hari ini membawa Lunadira bergerak sebagai salah seorang barisan baru pemuzik tempatan yang harus kita banggakan hasil muzik yang telah dia hasilkan.
Terkini setelah tahun lalu vakum tanpa sebarang single baru, Lunadira datang dengan satu kejutan manis single terbaru berjudul “Go Slow” yang menjadi single perdana pasaran antarabangsanya yang diterbitkan COLORS – platform bagi pemuzik R&B seluruh dunia yang sebelum ini telah menampilkan nama-nama seperti Snoh Aalerga, Brandy, DEAN dan Masego.
Menerusi single ini Lunadira tampil penuh soulful dalam persembahan vokal yang begitu sophisticated. Keseluruhan melodinya terhasil catchy dengan hook yang mengikat pendengaran dengan cukup mudah dan melekakan. Attitude bermuziknya cukup terserlah baik di lagu ini. Lagu ini saya kira bergerak sebagai permulaan yang baik untuk Lunadira terus menghasilkan lebih lagi lagu-lagu baru tahun ini.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Terlarut Dalam Persembahan Soulful Aina Abdul Menerusi “I Lost Me”