
Lagu: Sengaja
Artis: Amir Masdi
Komposer / Lirik: Hang Nadim / Bunga Cantik
Produser: Akim Ahmad
Semakin kukuh mendominasi pasaran muzik semasa dengan barisan single demi single yang semakin disenangi, nama Amir Masdi hari ini saya kira sudah siap untuk bergelar bintang Pop masa depan yang miliki peluang cerah di masa mendatang.
Setelah kejayaan menembus lapangan akhir Anugerah Juara Lagu 35 dengan single “Kau Sakiti”, Amir nyata menambah keyakinan lebih ramai pendengar muzik tempatan dengan bakat yang lebih awal diperakui.
“Debu” menjadi penanda aras berbeza arah muzik Amir yang nyata lebih current dan kejayaan single tersebut bersambung dengan populariti rakaman semula “Sepi Sekuntum Mawar Merah” yang juga dirilis tahun lalu.
Tampil dalam sebuah persembahan yang lebih meyakinkan, Amir Masdi bergerak laju dalam bersama langkah efektif pemasaran muzik labelnya sekarang Nova Music dengan penghasilan lagu berjudul “Sengaja”.
Garapan duo dinamik Hang Nadim dan Bunga Cantik yang menghasilkan hits “Cinta” (Marsha), “Sengaja” sebuah persembahan Balada dalam persembahan cemerlang Amir sepanjang karier bermuziknya.
Lengkap mengisi keperluan sebuah Pop yang cemerlang daripada sudut melodi, lirik sehingga peroduksi muziknya, lagu ini benar-benar memberi kelebihan buat Amir menyerlahkan kematangan bermuziknya.
Vokal Amir sangat baik saya kira di keseluruhan lagu dengan emosi serta delivery yang cukup in control. Setiap kata yang dimaknakan dalam nyanyian benar-benar sampai. Transisi dari verse ke korus sehingga ke hujungnya membuatkan saya benar-benar puas dengan nyanyian Amir.
Setelah beberapa single solo yang siap dirilis I would say ini adalah yang terbaik yang pernah Amir hasilkan. Ia sangat melengkapi antara satu sama lain – molodi, vokal, kemasan muzik yang dibaluti satu rasa yang mencukupi untuk kita benar-benar sebagai pendengar terlarut dalam pelayaran emosi di lagu ini.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN
Standard Pop Dayang Nurfaizah & Amir Masdi Ditinggikan Menerusi “Debu”