
Lagu: Aku Terluka
Artis: Nabila Razali
Komposer / Lirik: MFMF. / Amylea
Produser: MFMF. / Amylea
Konsistennya seorang Nabila Razali itu dalam menyusun langkah bermuziknya saya kira sesuatu yang bakat lain harus contohi. Ya mungkin daripada kemampuan menyanyi masih jauh perjalanannya untuk sempurna namun setidaknya Nabila dan pasukannya faham apa itu pemasaran dalam showbiz.
Maka dengan ada pasukan muzik yang bagus disekelilingnya, Nabila berjaya menzahirkan lagu-lagu yang datang dengan kualiti yang baik sebetulnya. “Pematah Hati” (Ezra / Hael), “Peluang Kedua” (Hael / MFMF.) sehingga kolaborasi bersama bintang Pop yang semakin booming dari tanah seberang, Keisya Levronka.
Nabila dan pengurusannya faham tentang showbiz dan tidak berkompromi dengan naskhah yang biasa-biasa setiap kali menzahirkan single baru buatnya. Untuk faktor pemasaran dengan gimmick yang dirancang itu hal yang saya tidak mahu sentuh tetapi jika anda fokus pada lagu-lagu yang terhasil semuanya tastefully produced.
Hal ini diteruskan lagi dengan single terbarunya “Aku Terluka” yang saya sifatkan sebagai sebuah Balada yang begitu kemas sekali produksi muzik keseluruhannya. Amylea bersama MFMF. menzahirkan sebuah Balada yang cukup menyentuh dengan struktur muzik Pop yang tidak terlalu mendayu tetapi terhasil dengan sound yang cukup current.
Transisi verse ke korusnya disusun dengan cukup baik. Saya juga sangat melayani feel Nabila sepanjang lagu. Rakaman lagu ini cukup convincing sebetulnya untuk menzahirkan apa yang mampu diberikan Nabila. Lembut dan menyentuh sekali perasaan yang disampaikan tanpa perlu berteriak-teriak.
“Aku Terluka” saya kira kesinambungan yang baik setelah “Peluang Kedua”. MFMF. berjaya menghasilkan sound Ballad yang kedengaran moden dengan meninggikan standard melodi yang terhasil. Lagu ini sebuah contoh terbaik jika anda mahu menghasilkan sebuah Ballad.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Dilarut Leka Dengan Melodi Mimpi Aisha Retno Menerusi “I.L.S.M”