
Amir Jahari ketika terakhir menzahirkan sebuah album pada tahun 2018 menerusi “Siang & Malam” memberikan kita sebuah pengalaman menikmati muzik yang cukup berbeza, matang serta penuh pengisian manusiawi dalam lirik yang ditulis bersulam melodi yang sangat sedap menurut saya. Boleh baca di sini Amir Jahari Siang & Malam.
Dan setelah itu tiada lagi khabar lagu-lagu baru daripadanya, sayang sebetulnya kerana bagi saya Amir ada bakat mencipta lagu yang sangat unik dan menarik. Karya-karyanya cukup tersendiri tanpa perlu bergantung pada demand Pop semasa tetapi pada masa yang sama masih kekal nilai komersil untuk popular dalam radar Pop jika diberi peluang.
HAMBA, kemunculan terbarunya dengan ilham muzik yang saya sifatkan lebih moden derngan sound Pop yang cukup baik untuk di ketengahkan. EP berjudul “Permulaan” yang beredar September lalu ini hanya terisi 3 lagu berserta 2 lagu lagu bonus – intepretasi berbeza pada lagu tersedia.
“Ayah”, “Dunia” dan “Pecah Gelas” bergerak sebagai sifat baru muzik Amir sebagai HAMBA yang bereksperimentasi dengan beat juga sound psikedelik yang minimal. Hal ini jelas dalam lagu “Dunia”. Saya sukakan penulisan liriknya di lagu ini. “Telah lama di kota // Kini kuingin kehijauannya // Namun kian pupus oleh manusia // Memodenkan seluruhnya.”
Dan saya semakin terundang kagum mambaca teks lirik “Pecah Gelas” saat Amir menulis “Namun cinta pada manusia // Sangat banyak dugaannya // Langsung kau pun berharap pada yang lainnya.” Such a big phrase. Sangat hebat saya kira saat Amir menulis bait tersebut.”Dulu kusangka cinta itu mudah // Bergantung pada yang lainnya.”
“Pecah Gelas” saya sifatkan sebagai sebuah naskhah paling komersil yang boleh Amir push untuk pasaran semasa. Penghasilannya melodinya cukup moden dengan kemasan muzik yang catchy dan korus sing-a-long. Saya benar-benar merasakan lagu ini antara lagu yang memiliki melodi sangat kuat sepanjang tahun ini dalam pasaran Pop. Such a beautiful song.
Lagu begini seperlunya kita angkat untuk diperdengarkan di lapangan lebih luas – radio, playlist digital stream dengan jutaan follower seharusnya memasukkan lagu ini dalam senarai kerana it deserves a better place dalam radar muzik popular. Sayang kiranya jika ia terbiar begitu sahaja.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN