Lagu: Disentuhi Cinta
Artis: Suzanne Low
Komposer / Lirik: Yu Heng / Slen
Produser: Yu Heng
Pasaran muzik penyanyi bukan Melayu dalam mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa Malaysia mungkin tidak sebesar di era 80-an yang mendominasi carta muzik ketika itu melahirkan nama besar seperti Alleycats, Francesca Peters, Cenderawasih dan Kenny Remy Martin antaranya.
Beralih zaman nama-nama seperti Jaclyn Victor, Suki Low, Daniel Lee dan Nikki Palikat mendominasi dengan lagu-lagu popular mereka di era 2000 sebelum muncul pula Elizabeth Tan yang semakin moden di era kini.
Nama Suzanne Low mungkin masih hijau dalam pasaran muzik Pop tempatan namun kredibilitinya dalam menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa Malaysia cukup baik dan hal ini terbukti dalam single perdana “Disentuhi Cinta” komposisi muzik Yu Heng bersama lirik Slen Fadzil.
Dibentuk dalam alunan Balada yang dibaluti muzik Soul dengan styling R&B pada vokal Suzanne, lagu ini terhasil kemas produksi keseluruhannya. Feel dalam penyampaian Suzanne juga baik, sebutannya tidak kedengaran canggung dan merdu sekali.
Cuma penghasilan melodinya tidaklah terlalu cemerlang. Masih berasas iham biasa yang kita dengar tanpa ada apa-apa hal baru yang mengikat untuk kita mengulang dengar lagu ini. Susunan muziknya baik dengan instrumentasi dan kualiti rakaman yang kemas cuma saya kira it sounded old fashion. Di pasaran global sendiri pun lagu-lagu Soul begini tidaklah semakin diraikan.
Suzanne ada good spot untuk menawan pendengar tempatan dengan alunan merdunya tetapi dia harus mendapatkan lagu yang lebih baik dan dekat dengan jiwa pendengar semasa jika benar-benar mahu besar di pasaran komersil. This is a good start.
5/10
ARTIKEL BERKAITAN