Highlight, Review, Terkini,

Dimensi Baru Bernadya & JKT48

Lagu: Percik Kecil
Persembahan: Bernadya / JKT48
Komposer / Lirik: Bernadya Ribka / Buana Lintang / Gusti Irwan Wibowo
Penerbit: Bernadya Ribka / Buana Lintang / Gusti Irwan Wibowo

Kolaborasi sentiasa menjadi idea yang baik dalam pemasaran muzik dalam meluaskan landskap pemuzik dan pada masa yang sama membuah ilham baru. Idea yang besar bersama execution yang baik dan beredar pada masa yang tepat menjadi kunci pada kejayaan.

Hal ini sudah banyak berhasil – Percayalah (Afgan / Raisa), Sang Sewi (Lyodra / Andi Rianto), Muara (Mahalini / Rizky Febian), Amin Paling Serius (Nadin Amizah / Sal Priadi) antara yang sudah memaktubkan satu impak dalam penghasilan kolaborasi yang berjaya.

Kali ini bagi meneruskan kelangsungan bermuzik yang lebih luas dan panjan jalannya – Bernadya menggugah satu ilham kolaborasi bersama girl group Indonesia, JKT48 dalam sebuah lagu berjudul “Percik Kecil”.

Dihasilkan Bernadya bersama Buana Lintang dan Gusti Irwan Wibowo – lagu ini datang sebagai satu peralihan muzik Bernadya yang tidak pernah digugahkan sebelum ini. Lagu ini memiliki nuansa J-Rock yang disatukan dengan identiti Bernadya sebagai pemuzik.

Ideanya dibesarkan dengan menyatukan kosmik Pop JKT48 yang menyuntik sesuatu yang cukup berbeza. Maka apa yang terhasil adalah satu sound baru yang yang dibentuk daripada kolaborasi idea dan kreativiti berkarya.

Bernadya tidak lagi mellow kali ini, namun masih jelas kedengaran landskap muziknya yang cukup dominan. Sebagai seorang yang tidak familiar dengan lagu-lagu JKT48 saya merasakan dua nadi ini bersenyawa dengan sebaiknya tanpa kedengaran canggung.

Ini antara Pop yang paling segar di pasaran muzik Indonesia tahun ini. Keluar daripada kepompong Balada, Indie Mellow Folk dan terhasil sesuatu yang cukup menarik, menghiburkan dan berteras pada satu eksperimentasi bunyi yang terhasil bersih dan kemas.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Menyusuri The Brand New Khodi

Lagu: Senja
Persembahan: Khodi
Komposer Lirik: Khodi / Iskandar Yusoff / Ilham Faizuddin 
Penerbit: Iskandar Yusoff 

Banyak bakat baru wanita terutamanya yang sering hadir dalam idea Balada sedia ada tidak meminggirkan perhatian pada bakat bermuzik bernama Khodi. Dia menjalani satu landskap muzik Pop di landasan yang sedikit berbeza dengan infusi Soul, R&B dan dengan kemampuan membawa styling mzuik Jazz. Biar begitu, terasnya masih berlandasan sesuatu yang komersial.

Hal ini sudah dia buktikan di beberpa lagu seperti “Ke Mana”, “Liberty”, “Flame” dan “Feel the Light” antaranya. Terhasil dalam satu persembahan yang cukup baik. Tahun lalu Khodi dengan berani menzahirkan sebuah EP self-titled yang sekali lagi memnyatukan sifat, pemikiran dan cita rasa tinggi dalam bermuziknya. 

Tanpa mahu terus terikat dengan idea-idea yang sama, Khodi mengemudi terus perjalanan bermuziknya dengan sebuah lagi single “Senja”. Lagu yang dihasilkan sendiri Khodi bersama Iskandar Yusoff dan Ilham Faizuddin ini mengambil ilham muzik City Pop / Disko yang semakin diraikan bakat-bakat Indonesia seperti Diskoria dan produser muzik Laleilmanino.

Lagu ini terhasil singkat, ringan dan mengikat. Korusnya memiliki hal-hal yang jelas banyak dalam karya-karya Laleilmanino seperti “Tunggu Apa Lagi”, “Kupu-Kupu” dan “Boleh Juga” antaranya. Ia ilham yang okey untuk pasaran muzik tempatan. Namun ada satu hal lain yang harus difikirkan. Lagu-lagu sebegini sebetulnya sudah didedahkan pendengaran pendengar nusantaran tiga empat tahun ke belakang dan “Senja” hanya bergerak sebagai penerus trend ini.

Tiada hal yang lebih di lagu ini. Ia okey dan menghiburkan tetapi ia juga mudah dilupakan sebetulnya. Namun masih percubaan yang baik untuk Khodi sebagai bakat baru yang sentiasa mahu keluar daripda ilham biasa yang ada di sini. Kredit harus diberikan pada produksi muzik yang kemas dan sound yang bersih. 

Untuk Khodi sebetulnya banyak rujukan lagu-lagu tempatan dalam ilham begini yang boleh dijadikan rujukan muzik. Lagu-lagu seperti “Nada” (Sheila Majid), “Datanglah” (Fairuz Hussein) dan “Aku Curiga” (Salamiah Hassan) boleh dijadikan rujukan dan dimanipulasi mengikut citarasa muzik kini.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Rilis Kini: Ismail Izzani, Heidi Moru, Sophia Liana, Shila Amzah & Samsol

Lagu: Borak
Persembahan: Samsol
Komposer / Lirik: Shamsul Annuar
Produser: Shamsul Annuar

Verdik: 6.6 / 10

Sam bergerak solo dalam persona Samsol dengan penghasilan lagu “Borak”. Seperti mana judulnya lagu ini liriknya bergerak seberti perbualan. Melodinya menarik untuk dilayani dan vokal Sam begitu baik di sepanjang lagu ini. Namun apa yang kurang adalah daya keterikatan yang mampu menarik perhatian pendengar yang lebih luas. Sounded good but niche.

Lagu: Tenggalan
Persembahan: Ismail Izzani
Komposer / Lirik:
Ismail Izzani / Brendan Lim Seng Meng / Amanda Gnai
Produser: MFMF.

Verdik: 7.5/10

Teras Pop Ismail Izzani semakin dirasai di single ini. Seperti biasa sebangai penyanyi yang memiliki attitude tersendiri dalam bermuzik Ismail bergerak di landasannya yang tersendiri. Infusi R&B melatari “Tenggelam” dengan cukup catchy dan mengikat. Ismail Izzani setakat single ini saya kira sudah memiliki diskografi dengan pentafsiran Pop yang bersifat global dan tastefully produced.


Lagu: SUS
Persembahan: Sophia Liana
Komposer / Lirik: Sophia Liana / Glowrush / Ja’a

Produser: Glowrush

Verdik: 4.5/10

Dalam kembara solonya, Sophia Liana agak struggle dalam pembuktian. Lagu-lagu yang dihasilkan kadang terlalu berlegar pada sudut pandangnya dan connection dengan pendengar massa agak janggal. Lagu ini sekali lagi membuktikan hal serupa. Just a liltle too detached.


Lagu: Tenang
Persembahan: Heidi Moru
Komposer / Lirik: Heidi Moru / Joe Finocchio

Produser: Joe Finocchio / Hazeeq Azhar

Verdik: 6/10

Heidi Moru terus mengusung ilham Folk Ballad dalam penciptaan yang cukup mellow dan beriring penulisan lirik yang berbalut kisah kesayuan. Ia karya personal, it’s either you like it or going to ignore it. Untuk saya sekadar okey sahaja kerana Heidi sudah banyak lagu sebegini. Untuk bertumbuh saya kira masanya untuk Heidi fikirkan penghasilan yang lebih berimpak.

Lagu: Pernah Punya Aku
Persembahan: Shila Amzah
Komposer / Lirik: Shila Amzah

Produser: Genervie Kam

Verdik: 4/10

Struktur lagu ini sangat kuat pengaruh Canto Pop / Ballad yang berpaksi pada ara 90-an dan ini bukanlah kali pertama Shila mencuba membawa ilham ini dalam Balada Melayunya. “Jauh Hati” yang beredar sebelum ini juga mengendeng idea serupa. Cuma kali ini ia terlalu old fashion dan kedengaran dated. Vokal Shila juga tak kemas dan emosinya agak tidak terjaga.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

NAKI terus bernadi bersama “tatapan nona”

Lagu: Tatapan Nona
Persembahan: NAKI
Komposer / Lirik: NAKI / Darien Sebastian
Produser:
 Darien Sebastian

NAKI antara pemuzik pelapis yang memiliki idea segar dalam penghasilan lagu-lagu. Sejak mengenalnya lewat lagu “Pamit” – NAKI sudah menggugah ilham bermuziknya tanpa perlu terikat dengan idea yang banyak di pasaran muzik tempatan. Apa yang dia tawarkan bergerak sendiri dengan pengaruh muzik Indonesia yang kuat juga sebetulnya.

Namun dia mengadun setiap pengaruh itu dengan acuan muzik yang menjadi sound NAKI itu cukup prominent. Bersama produser muzik Darien Sebastian terhasil melodi seperti “Tarian Si Juwita”, “Datanglah Sang Puteri” sehingga hits yang memberi tuah buatnya dikenali iaitu “Masa”

Tahun lalu, NAKI tidak membuang banyak waktu menghasilkan album penuh yang saya letakkan antara Pop terbaik yang dihasillkan sepanjang tahun. Dan bagi meneruskan kelangsungan populariti “Datanglah Sang Puteri” dan “Masa” – NAKI tampil dengan single terbaru “Tatapan Nona”.

Tanpa perlu begitu membuat saya harus mendengar berkali-kali, NAKI sudah menjerat saya dengan groove yang ada di lagu ini. “Tatapan Nona” sebuah pentafsiran pada kematanga bermuzik NAKI. Melodinya cukup mengikat, terutama di bahagian korus yang penuh attitude.

“Tatapan Nona” memiliki pengaruh J-Pop dengan ingusi muzik Jazz yang minimal namun masih berpaksi pada kekuatan NAKI sebagai pemuzik. Mendengarkan lagu ini untuk kedua dan ketiga kalinya membuatkan saya semakin tertarik dengan penghasilannya.

Di saat ini saya semakin pasti bahawa NAKI sememangnya tahu dengan arah yang mahu dia tujui. “Tatapan Nona” pentafsiran terbaik sebagai sebuah kelangsungan pada penghasilan hits “Masa”. NAKI bukti jika berbekal rujukan yang baik dan cita rasa tepat dalam muzik bakal akan ada sesuatu yang segar terhasil daripadanya.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

raisa mengulik rasa terdalam di album “ambivert”

Lagu: Ambivert
Persembahan: Raisa
Produser:
Rendy Pandugo / Lafa Pratomo / Rishanda Singgih

Raisa dalam bermuzik saya kira cukup sederhana. Baik persembahan lagu-lagunya sehinggalah cara dia mencorakkan perjalanan karier yang tidak pernah terlalu heboh dengan hal-hal yang tidak perlu. Berawal dengan “Serba Salah” sehingga sekarang, penampilannya sentiasa menyenangkan.

“Ambivert” menjadi percaturan terbarunya dalam meneruskan kelangsungan bermuzik untuk penggemar setianya. Apa yang pasti sejak awal mengumumkan penghasilan album ini, kita sudah diberi bayangan jika album ini akan sekali lagi menjadi momen untuk kita menikmati banyak hal tentang rasa dalam lagu.

Dibuka cukup lembut membuai dengan “Semua Di Sini” (Rendy Pandugo / Raisa), Raisa membuat saya melayang dengan kelembutan yang ada pada penghasilan lagu ini. Baik melodiya malah penyampaian Raisa sebagai pelantun yang begitu menyenangkan.

Hal-hal menyenangkan ini diteruskan pada trak kedua “Berpindah Hati” (Lafa Pratomo / Raisa) terhasil bagaikan satu transisi terkait yang dengan lagu sebelumnya. Masih lembut tetapi dihasilkan dengan dinamik yang lebih membangkit rasa. “Sampaiku di persimpanagn // Bertahan ku enggan // Mundur pun ku tak rela” menjerat saya sebagai pendengar dalam kisah cinta yang dilukai.

“Pengganti Aku” membuat saya semakin menyenangi Raisa. Lagu ini dihasilkan dengan satu penyatuan Soul dan attitude bermuzik terbaik yang pernah saya dapat daripada Raisa. Ada satu ikatan yang antara saya dan lagu ini. Bahagian pre-korus dan korusnya cukup menjerat pendengaran.

“Bila” menjadi lebih mellow dan menawan dengan persona Raisa dalam penyampaian yang jarang gagal menjerat rasa. Ini antara Balada yang sedap di album ini. “Ternyata Tanpamu (Cantik)” bermain dengan alur cerita dalam lirik yang empowering. “Nyatanya tanpamu ku makin cantik // Dan juga nyatanya ku makin menarik // Ternyata perpisahan in iyang terbaik untukku.”

“Tetap Bukan Kamu” (Rendy Pandugo / Raisa / Rony Parulian) sebuah kolaborasi bersama bakat baru muzik indonesia, Rony Parulian terhasil sekali lagi cukup lembut menyentuh. Saya sukakan chemistry Raisa dan Rony yang tidak kedengaran canggung malah semakin ke hujung semakin sedap dan beremosi nyanyian mereka bersama.

“Ambivert” bergerak sebagai sebuah album yang menggugah ilham easy listening dengan cita rasa bermuzik yang sangat baik. Apa yang dihasilkan menyeluruh lewat ini adalah satu gambaran rasa yang dalam tanpa perlu terlalu ‘menjerit’ dalam penyampaian, melodi dan kemasan muziknya.

Seluruh produksi ini memeberikan satu pengalaman melewati berbagai rasa dengan penghasilan yang soothing dan menyenangkan. Raisa menggerakan album ini dengan emosi dalam penyampaian yang tepat pada setiap lagu. Kematangannya benar-benar dirasai, sempurna dalam kesederhanaan.

Highlight, Review, Terkini,

aisha retno menggugah ilham baru, bermuzik di single “tak adil”

Mungkin tak keterlaluan untuk mengatakan jika Aisha antara penyanyi wanita gagasan baru yang berani untuk tidak terikat dengan ilham Balada dan sentiasa menghasilkan sesuatu yang cukup segar dan forward.

Lagu: TAK ADIL
Persembahan: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno / Radi
Produser: Jaydi

Di saat ini saya kira Aisha Retno is the most original & fierce female new artist yang kita ada. Dia berani untuk keluar daripada kepompong tipikal penyanyi-penyanyi baru wanita yang harus terikat dengan ilham Balada semata. Menghasilkan lagu sendiri dan mencuba jaluran berbeza dalam muzik sebelum menemukan apa yang terbaik buatnya.

Dan sebetulnya juga dia masih lagi berada di proses pencarian itu. Hal ini biasa dan perlu kerana hanya dengan mencuba sahajalah dia akan menemukan apa yang dia terbaik buatnya. “W.H.U.T” dan “Sutera” memberi momen besar untuknya namun dia tidak terus selesa dan terus menghasilkan lagu demi lagu untuk meneruskan kelangsungan dalam bermuzik.

Berbicara untuk tidak selesa dengan satu jaluran muzik sahaja, Aisha sekali lagi hadir tidak diduga dengan sound baru di single terbarunya “Tak Adil” yang menggugah ilham Pop Rock dalam persembahan penuh attitude yang dia miliki.

Lagu ciptaan Aisha bersama adiknya Radi ini dibentuk dengan persembahan melodi yang memiliki korus yang cukup catchy. Bait “Di mana letakanya // Hati yang harusnya kau jaga.” dan “Ini semua tak adil // Bisa-bisanya kau tak sakit?” berbicara sekerasnya penindasan akan cinta sejati.

Aisha bijak dalam merencana penciptaan melodi. Hal ini sudah dia buktikan banyak kali dalam lagu-lagu sebelumya yang pernah dihasilkan. Kali ini saya boleh katakan,”Tak Adil” datang dengan formula muzik yang paling komersial yang pernah dia hasilkan.

Korusnya terhasil sangat menarik dan mengikat. Kadang ia mengingatkan saya pada penghasilan lagu-lagu indo Rock kumpulan seperti Cokelat dan Kotak yang dihasilkan dengan attiude Aisha yang cukup distingtif. Lagu ini seharusnya menjadi fokus Aisha sepanjang tahun ini untuk benar-benar diberi perhatian oleh pendengar.

Seperti yang saya katakan tadi, “Tak Adil” adalah karya cipta Aisha yang paling komersial pernah dihasilkan. Dan jika kita masih belum mahu memberi keadilan yang sebaiknya pada lagu ini maka kita pendengar yang jahil dan kejam. This song deserve your million viees and streams. A solid Pop.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Rilis Kini: Khai Bahar, Siti Nordiana, Tomok & Hazama

Jumaat datang lagi, senarai lagu-lagu terbaru untuk anda isi sebagai penghibur akhir pekan.

Lagu: Beri Sedikit Waktu
Persembahan: Khai Bahar
Komposer / Lirik: Adi Pawana & Rudy Nastia
Produser: Rudy Nastia

Verdik: 5.6 / 10

Mengambil ilham pada penulisan lirik dan melodi lagu-lagu penyembuhan (healing) – Khai Bahar turut serta dalam menyatukan identiti muziknya dengan ilham ini. Lagu ini bersulam melodi yang sederhana dengan bait lirik yang banyak dalam lagu-lagu Amir Jahari khususnya. “Lepaskan saja apa kau rasa // Kau juga manusia.”

Lagu: Larut
Persembahan: Tomok
Komposer / Lirik: A R.T / FAI / Amylea
Produser: Amylea

Verdik: 4 / 10

Kalau saya produser, saya akan beritahu Tomok untuk bertenang dalam nyanyian. Vibrato sekilo seawal lagu bermula sampai berhujung benar-benar mengganggu. Melodi lagu ini okey berjalan dalam landasan Pop Rock namun agak forgettable terutama bahagian korus yang kurang daya pengikat.

Lagu: Aku Bukan Narsis
Persembahan: Hazama
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Hazama / Zel Hadauan
Produser: Farouk Roman

Verdik: 5.7 / 10

Hazama paling juara dalam penghayatan dan lagu ini bernyawa kerana penghayatannya. Seawal ia membuka bahagian verse awal lagu ini sudah enangkap pendengaran saya dengan jiwa besarnya. Lagu ini sebetulnya sudah banyak di pasaran tetapi sekali lagi ia mengikat kerana jiwa besar Hazama dalam bercerita.

Lagu: Gelisah Jiwa Meronta Asmara
Persembahan: Tomok / Siti Nordiana
Komposer / Lirik: Sang Hitam / Didy / Tomok / Nana
Produser: Tomok / Siti Nordiana / Rudy Nastia

Verdik: 2.4 / 10

Nana dan Tomok faham pasaran muzik mereka dan faham apa yang sentiasa penggemar mereka mahukan. Atas alasan itu lagu-lagu leman masih berpaksi pada ilham serupa dan tak ada hal-hal baru yang membesarkan landskap Pop kedua-dua mereka. Berapa banyak lagi lagu sebegini yang harus kita diperdengarkan?


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

misha omar mengucap kata putus lewat persembahan “break”

Lagu: Break
Persembahan: Misha Omar
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw
Produser:
Tohpati

Satu hal yang paling saya suka tentang Misha Omar, dia tidak terburu dalam mengeluarkan lagu-lagu baru. Kalau dilihat jarak antara Sampai Bila, Tanpa Rela dan Masihkah Ada Rasa Itu setidaknya berselang dua tahun antara satu sama lain.

Namun biar begitu, ketiga-tiganya memiliki impak yang besar dalam karier bermuziknya. Sehingga hari ini saya kira kita semua masih mampu melayani “Sampai Bila” biar sudah tujuh tahun beredar. Magisnya masih dirasai sehingga kini.

Tahun lalu Misha hadir sederhana namun masih beremosi lewat “Masihkah Ada Rasa Itu” dan sebetulnya saya akan selalu terlarut dengan persembahan poetic Ballad “Tanpa Rela” yang terhasil puitis dan syahdu sekali penulisan liriknya. Dan penyampaian Misha? Tidak diragukan – menyentuh.

Tidak lagi mahu mengambil masa yang panjang, “Break” menyusul sebagai pertaruhan terbaru yang sekali lagi menjual emosi terbaiknya dalam penyampaian yang sebaiknya bercerita lewat melodi dan lirik yang terhasil.

Lebih istimewa kali ini, Misha Omar melangkah ke seberang menggugah ilham kreatif Melly Goeslaw yang sudah diperakui dalam merenggut rasa lewat melodi-melodi karya ciptanya bersama produser Anto Hoed.

Namun kali ini, melodi Melly ditata kemasan muziknya oleh produser on demand, Tohpati (Tak Ingin Usai, Pesan Terakhir, Tega) menjadikan produksinya ada sedikit perbezaan dalam berbanding apa yang Anto Hoed hasilkan. Hal yang sama dilakukan Shanna Shanon menerusi hitsnya “Rela”.

“Break” terhasil syahdu dalam naratif penuh kecewa yang ditulis. Melodi dan liriknya menyatu baik sebagai sebuah kelangsungan naskhah melodi galau yang pasti akan dimuat tambah ke dalam senarai lagu yang dimainkan penggemar lagu seperti ini.

Apa yang melengkapkan idea pada kesempurnaan pada lagu ini tentu saja persembahan Misha Omar sebagai pelantunnya. Sejujurnya jika ia bukan dipersembahkan Misha mungkin saya akan ambil masa juga untuk beri perhatian pada penciptaan yang tipikal idea-idea Melly ini.

Namun istimewanya seorang Misha Omar itu dia berjaya mengikat saya untuk menyenangi naskhah begini menerusi penghayatan kelas satunya. Misha saya kira satu dalam banyak-banyak penyanyi yang benar-benar faham kehendak bercerita dalam lagu. Banyak yang ada suara sedap tapi tak semua bila menyanyi itu kita rasa serasa-rasanya.

Dan atas pemahaman itu, apa yang dia sampaikan menusuk terus pada pendengaran kita sebagai pendengar. Jika anda seperti saya yang kurang gemarkan Balada meruntun sebegini juga tiada masalah untuk menyenangi hasil lagu sebegini kerana saktinya yang ada pada seorang Misha Omar itu mengubah seketika selera dan persepsi pada penghasilan lagu sebegini.

Liriknya seperti biasa bergerak atas persoalan ke mana arah cinta harus terus berjalan dalam perdebatan rasa dan emosi. Hal ini jelas dalam bait “Kemana sekarang cinta kan berjalan // Sedangkan rasa mu dan rasaku telah hilang.” Dan Melly menerusi penulisannya meneruskan misi women empowerment dengan berkeras cinta yang ada harus berhujung. “Sekarang kamu dan aku break”

Saya harus memuji cara styling vokal misha dibentuk. Korusnya yang berulang-ulang di bahagian hujung akan jadi sangat bosan jika tiada modulasi pada cara nyanyian. Namun korusnya menjadi semakin baik dan sedap didengar dengan cara nyanyian yang dibentuk dan hal ini sekali lagi paksinya pada penghayatan Misha.

“Break” is a bop for Ballad di lingkungan muzik nusantara. Penggemar lagu sebegini akan sentiasa ada, yang mahu hati dan rasa mereka bagai dicarik-carik kepedihan silam. Lagu-lagu untuk yang in denial atau tak mahu move on. Di tangan Misha Omar, Balada begitu menjadi istimewa sekali dengan penceritaannya yang terhasil atas satu landasan kejujuran dan pemahaman kehendak teks lirik juga melodi yang ditulis.

7.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

ALPHA Gagasan Baru Pop Tempatan

Lagu: Mona Lisa (Bang Bang)
Persembahan: ALPHA
Komposer / Lirik: Justin Seow / James Chaw / Kuizz Shah / Prem Anand / Roland Lim / Shi Jie / Sean Lew / Tyler Serfert
Produser: Justin Seow / James Chaw / Kuizz Shah / Roland Lim Shi Jie

Gagasan Pop tempatan yang dimonopoli anak muda hari ini cukup beragam dalam memberi satu variasi pasaran muzik secara menyeluruh. Pengaruh K-Pop dan Hyperpop yang dibawa masuk dengan persembahan cemerlang Dolla sepanjang lima tahun bermuzik masih antara yang utuh meninggikan standard muzik tempatan dengan sound yang lebih bersifat global.

Dolla tidak hanya datang dengan tawaran lagu yang bagus sahaja namun mereka lengkap sebagai satu grup yang memiliki imej dan visual yang sempurna – melengkapi kehendak lagu dan kehendak pasaran pendengar hari ini. Hasilnya, apa yang kita nikmati adalah muzik video yang berkelas, styling yang current dan attitude yang tepat.

Big Stage tahun ini merangka ilham baru serba segar dalam membentuk satu grup lelaki pula yang pabila difikirkan semula sememangnya diperlukan di pasaran muzik tempatan. Biar awal saya agak skeptikal namun peserta-peserta yang ada kali ini sememangnya berbakat, current dan cukup segar serta faham kehendak muzik hari ini.

Maka dengan itu terbentuk ALPHA yang terdiri daripada Ariel, Araf, Afiq, Daniel, Izat, Ray-D dan Rizal. Melengkapi satu sama lain dan berpotensi untuk memiliki satu jalan yang cukup jauh jika mengena dengan percaturannya.

Dan bercakap tentang percaturan, maka terhasil single perdana boy group ini iaitu “Mona Lisa (Bang Bang)” sebuah persembahan Pop yang membuka peluang untuk mereka benar-benar meyakinkan pengikut muzik tempatan. 

Dihasilkan Justin Seow, James Chaw, Kuizz Shah, Prem Anand, Roland Lim Shi Jie, Sean Lew dan Tyler Serfert. Lagu ini bergerak sebagai permulaan yang baik untuk ALPHA – attitude bermuzik mereka sebagai grup itu dirasai cuma lagu ini bagi saya agak kurang punch untuk memberi justifikasi pada vokal dan keupayaan mereka.

Namun ia masih boleh dilayan pabila didengar berulang. Tetap catchy cuma ia masih belum solid untuk kita bangga sebagai lagu yang boleh memiliki standard pasaran global. Beat, momentum dan kemasan muziknya could be better. Ada bahagian yang memerlukan lebih punch and killer untuk buat kita woo, wow, damn good – macam kita dengar lagu-lagu Dolla.

Maaf kalau saya banyak merujuk Dolla, tapi ini hal yang harus pihak pengurusan fikirkan kerana mereka memiliki line-up yang sangat bagus dalam grup ini cuma “Mona Lisa” tidaklah terhasil begitu impresif. Saya mungkin ada ekspektasi yang tinggi sebab saya rasa kesemua mereka yang ada dalam ALPHA ini luar biasa bakatnya and they deserve great material.

Namun saya percaya ini hanya permulaan, ALPHA banyak ruang dan masa sebetulnya untuk berkarya. Produser seperti Gaston Pong, SonaOne, ALYPH, MFMF., Mingaling, Joshua Tan dan Yonnyboii antara yang saya kira mampu menciptakan sound yang lebih solid untuk ALPHA di masa mendatang.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight,

“Algorifobik” kolektif pemikiran & wacana 5 anak muda dalam mengemudi music journalism

Ketika saya memutuskan untuk menulis tentang muzik, Saniboey Mohd Ismail menjadi individu terpenting mengapa ghairah menulis kritikan muzik itu wujud. Saniboey lantang dan bebas dalam penulisannya, penanya tajam biar ramai yang menganggap itu satu hentaman yang mahu mematikan pemuzik, penyanyi dan dunia showbiz tempatan – saya melihat sebaliknya. Ia sebetulnya satu cabaran untuk semua pemain industri melangkah lebih berani dalam berkarya.

“AJL Sucks!” , “Lagu ini sebenarnya kalau bagi orang buta dengar pun boleh tahu Pak Ngah yang buat.” – melekatnya sehingga hari ini di kepala saya saat dia mengkritik keras AJL ke-17 yang mengangkat Nirmala pemenang kategori Lagu Irama Malaysia Terbaik (Sependapat dengan saya, Hala Timur sepatutnya diangkat sebagai juara kategori)

Setelah itu, saya tahu saya mahu menjadi Saniboey Mohd Ismail biarpun ketika memulakan Muzik Kita (Blog asal accordingtohafizanmohd) pada tahun 2009 dia sudah memasuki dunia penyiaran – apa yang Saniboey tinggalkan pada saya adalah satu inspirasi dan keterujaan untuk menulis tentang muzik dan dunia showbiz secara amnya.

Bacaan di Rolling Stone Indonesia dan R.O.T.T.W (sebelum Pitchfork dan NME) juga banyak membuka pemikiran dan melihat muzik itu sebagai satu tanpa batas jaluran. Mungkin saya satu daripada ribuan yang ada berada di kategori yang disebut Miji Cromok sebagai crossover genre market (Ketika menemubualnya di EMI bagi projek universiti dulu) – jadi, apa pun jaluran muzik yang ada saya raikan, saya dengarkan dengan terbuka.

Maka dengan itu, Muzik Kita saya tubuhkan untuk meneruskan kelangsungan minat pada muzik dan penulisan kerana ketika ia bersiar sudah semakin tiada sebetulnya penulis yang mahu menulis tentang muzik tapi tulis tentang aib artis itu ramai.

Berbeza hari ini, kebangkitan penulis muda yang mahu menjadikan kewartawanan muzik ini sebagai sesuatu yang dipandang serius itu benar-benar ada. Maka dengan itu lima bersahabat, Ku Syafiq (Yang saya kenal sejak dia di Utusan), Zim Ahmadi (Daily Seni, Gedegang!) Al Kamil Kamarludin (Junklist), Farhira Farudin (noisyheadspacemag) dan Zahfrin Zulkifli (Gedegang!) melakukan sesuatu yang kolektif sebagai permulaan memasyarakatkan music journalism sebagai satu wadah dan budaya.

Menerusi buku yang diberi nama Algorifobik: Alternatif Resah Algoritma lima idea menyatu dan bersuara dalam penulisan yang kritis tentang muzik, pemuzik dan peranan kita sebagai pendengar dalam menerajui dengan terbuka seni dalam penulisan berbentuk kritikan dan saran. Ada cerita pengalaman bersulam pengetahuan baru yang saya pelajari daripada kelima-lima mereka.

“With all the despondency of a failing music ecosystem, Lumut came into my life…”

Zim Ahmadi

Zim Ahmadi meritmakan penulisan daripada pengalaman, kerisauan dan kekaburan masa depannya dalam esei “Maybe the Scene is the Friends We Made Along the Way”. Berhujah panjang dan melekakan, saya bersahabat dengan penulis ini dengan ceritanya yang mungkin tidak sama tetapi berakar pada paksi serupa. Saya mungkin bertuah, bidang editorial membuka ruang untuk saya terus menulis dan bagi Zim yang melalui satu transisi naik turun melihat penerbitan indie ber’sayonara’ satu per satu itu memeritkan.

The Wknd yang diusahakan Fikri Fadzil dan Daily Seni yang buram membuat Zim sedikit jatuh hampa namun seperti di eseinya, Lumut memberi nyawa untuk dia tahu jika harapan masih ada untuk dia meneruskan keghairahan sebagai jurnalis muzik.

Dalam esei Zhafirin saya menumukan satu alunan seperti mengalirnya air dalam bahasa tersusun dan melekakan. Membaca “An-Nafs” membuat saya terdetik betapa besarnya kosa kata yang dikuasai Zhafirin. Dalam esei yang mengupas satu daripada lagu Inspired The Bee ini saya menemukan sesuatu yang jarang saya ‘consume’. Namun ia menjerat pendengaran saya melayani keseluruhan EP ‘Lowlife’ dengan satu keterbukaan yang membebaskan saya seketika daripada radar Pop harian.

Di sini saya kira peranan penulisan muzik itu sesuatu yang penting. Ia menghubungkan pembaca pada citarasa dan pemikiran penulis yang memperkenalkan saya untuk mendengarkan lagu-lagu Inspire The Bee. Hal serupa juga saya kutip dalam kupasan Zim menerusi esei Hyperpop yang ditulis di buku ini. Sejujurnya saya tidak tahu jika EDM hari ini disebut sebagai Hyperpop oleh generasi kini.

“Bersama Monoloque ia kedengaran terlalu dipaksa-paksa, semacam mengadun minyak dengan air.”

Alkamil Kamarludin

Saat diberi draft awal buku ini oleh Ku Syafiq, kata-kata Kamil membuat saya tersenyum dan berkata sendiri, “He’s not wrong.” Esei Kamil menjulang Sang Rawi – sebuah kugiran yang saya discover ketika PKP menjadi topik yang cukup dekat dengan saya sebagai pembaca. Ia berenang-renang di kiri dan kanan kepala ini dengan setuju tanpa prejudis.

Sang Rawi bak kata Kamil adalah pengemudi. Mereka memberi satu nuansa yang cukup keasliannya dalam memanipulasi muzik nusantara dan tradisional untuk pendengar muda dan moden. “Saya sarankan anda berhenti membaca sekarang dan tonton kesemua live session mereka di YouTube.” Obsesi Kamil yang begitu relatebale dengan apa yang saya percaya tentang kugiran ini.

Farhira Farudin melewati kebangkitan muzik galau dan healing music di era pandemik sehingga membuka seluasnya pintu untuk kugiran seberang Fourtwnty benar-benar diraikan di sini. “Sadness sells.” dalam hujahan panjang Farhira merungkai stigma kesedihan dalam persembahan live sambil menyanyi itu barangkali membawa anda kembali menyangkut pada kisah silam atau jika beruntung mampu melupakan kisah silam.

Hal ini sebetulnya membuat saya berfikir jika anda anak band atau anda sitizoners sekalipun – yang mendindingi kita daripada untuk berperasaan itu sebetulnya tiada. Muzik sekali lagi saya lihat sebagai satu tanpa batas pemisah kerana akhirnya ia berbalik pada rasa – sedih atau bahagia. Itu sahaja yang memanusiakan kita sebenarnya.

Kupasan Ku Syafiq di babak akhir buku ini melihat ekosistem muzik indie dan capaiannya serta peranan media. Ku mempersoalkan mengapa jaluran alternatif sukar diterima pendengar. Dan dia memberi jawapan yang kira cerdas – “Realitinya kita kekurangan pendengar yang berdikari dan mandiri. Yang mampu mentadbir cita rasa dan ada kesanggupan meneroka kepelbagaian muzik.”

Kerisauan Ku dalam dunia algoritma dengan generasi spoon feed ini menjadikan kita sebagai individu yang memiliki kebergantungan pada satu sistem dunia digital yang disebut Ku juga “Sampai nak makan apa pun kena tunggu review pempengaruh?” Itu baru soal makan, belum persoalan sesubjektif muzik. Kita menjadi individu yang menanti-nanti lagu apa lagi yang bakal viral setelah yang satu ini.

Tiada lagi keinginan meneroka sendiri dan memberi satu dedikasi juga apresiasi kendiri. Muzik hari ini menjadi sesuatu yang bermusim tiada lagi istilah timeless. Jadi jangan persoalkan mengapa radio masih mengulang putar Isabella dan data penstriman kugiran seperti Iklim masih antara yang tertinggi jumlah mainnya.

Algorifobik: Alternatif Resah Algoritma sebuah naskhah yang memiliki nilai fikir yang tinggi. Sudut pandangnya tidak hanya berlegar idea personal tetapi masih ada pengisian yang membawa kepada satu pemikiran baru. Saya senang melihat penulis-penulis muda seperti Ku, Zim, Kamil, Zhafirin dan Farhira mengemudi sebuah lagi cabang penulisan muzik sebagai satu representasi yang baik dan ada ilmu di dalamnya.

Ini adalah satu permulaan yang baik untuk sebuah kelangsungan penulisan muzik yang berpanjangan. Dan semoga generasi kini akan menjadikan kelima-lima penulis ini sebagai rujukan untuk percaya ruang untuk bersuara dalam penulisan itu sentiasa ada dan sentiasa bertumbuh biar caranya berbeza. Lihatlah kepentingan mereka seperti saya melihat Saniboey Mohd Ismail dahulu.

Dan untuk Kamil kembalilah mengemudi Junklist sebab Muzik Kita pun bukan hari-hari orang baca beb! *wink