#PerspektifMuzik, Highlight,

Critique is easy, making music is hard – So this time, we ‘create’ music, you critique!

Muzik semakin pantas. Tanpa perlu lagi mengerah daya dan keringat, di hujung jari tercipta sebuah melodi. Lirik ditulis, berlandas emosi, rasa dan sudut pandang – prompt dihasilkan. Tapi adakah semua itu cukup untuk membuatkan kita senang untuk terus bergelar ‘komposer muzik’? TIDAK.

This is just a game, maybe a guide. Dan seperti permainan digital lainnya, aplikasi AI mendominasi dunia nyata hari ini. Mahu tidak mahu memperakuinya – itu terserah peribadi. Namun atas sebuah kenyataan AI adalah masa depan. Bagaimana kita mahu mencorakkan itu peranan yag harus dimainkan “CREATIVE CONTROL” yang sebetulnya sudah lama tiada di Malaysia.

AI adalah panduan, bukan finishing product yang boleh kita label sebagai karya lengkap. Bayangkan demo hari ini lebih mudah, kerja kreatif akan mengambil masa lebih singkat jalannya. Dengan kebijaksanaan mengolah prompt dan listrik lirik dengan bahasa yang disusun kemas, puitis – Muzik Kita meneroka dunia digital dengan JANAAN MUZIK berlandas idea.

Sekali lagi, AI hanyalah janaan idea bukan sebuah karya lengkap. Maka seminggu dua ini kami bermain dengan kreativiti yang ada bagi membentuk sebuah idea penghasilan lagu yang kami bentukkan sebagai sebuah ilusi kreatif. Kesemua lirik tulisan asal penulis Muzik Kita.

Ini medannya, anda dengar dan kritik di ruang komen. Berangan is free, so why not?

Lagu: Debar
Genre: Pop
Style: Mid-Eastern flair / R&B
Penyanyi cadangan: Iman Troye

Berpaksi pada trend Afro-Beat dan Mid-East yang menyatu dalam stail nyanyian R&B membuah ilham untuk menghasilkan sesuatu yang catchy dan menangkap pendengaran dengan mudah. Inspirasi Faouzia dan bermain dengan kata-kata berulang.

Lagu: Malu Malu Mahu
Genre: Jazz
Style: Big Band / Broadway
Penyanyi Cadangan: Sissy Imann

Jazz never dated. Kalau ia diramu dengan cara yang betul. Daya pengikat harus kuat saat minit pertama. Harus datang dengan susunan muzik yang grand. Maka tercipta “Malu Malu Mahu”.

Lagu: Benar Tiada Lagi
Genre: Balada
Style: Malay Ballad / R&B Style of singing
Penyanyi Cadangan: Siti Nordiana
/ Liza Hanim

Menghasilkan Balada Melayu paling mudah dengan janaan AI kerana rujukannya banyak. Hanya perlu kreatif dalam styling. Jadi MK masukkan infusi R&B dalam prompt and tadaa, it read well! Terhasil “Benar Tiada Lagi” yang asalnya mahu mengikut tempate Siti Nordiana tapi di hujungnya mengena pula dengan Aisha Retno. Begitulah…

Lagu: Malam Sedih
Genre: Jazz / Soul
Style: Mellow Jazz
Penyanyi Cadangan: Noh Salleh

Selalu berimaginasi jika Noh Salleh do Jazz sebab he can. Jadi janaan “Malam Sedih” ini masih mengikut kebiasaan yang ada pada muzik Noh Salleh. Rujukan paling dekat adalah “Sarawak” – cuma kali ini lebih soulful.

Lagu: Berjerata
Genre: R&B
Style: Gospel Blues
Penyanyi Cadangan: Jaclyn Victor

Bila kali terakhir kita benar-benar ada R&B yang ada groove dengan choir melatari vokal utamanya? Mungkin “Higher Deeper” daripada Ferhad. Kali ini kami janakan dengan meramu idea serupa dengan idea push and power – vibes Jaclyn Victor.


Artikel ini sebetulnya ditulis kerana saya kira muzik tempatan setelah sembilan bulan berjalan begitu mundane dan predictable. Idea-idea baru semakin kering dan kurang. Penyanyi wanita semakin sibuk ke Indonesia mengejar komposer serupa yang akhirnya menghasilkan sound serupa. Siapa yang akan memberi revolusi seterusnya? Setakat artikel ini ditulis. Tiada.

Highlight, Review, Terkini,

melayani debut album bunga dalam sepuluh idea & sudut pandang

Album: Seharum Nama
Persembahan: Bunga
Produser: AmzarRazqa / Guccimith / Zhe Kamil / Kizz / Lucasikta / Sabbala

Sebelum saya menulis panjang ulasan album ini saya harus memulakan artikel dengan meletakkan “300 Saat” sebagai my all time favorite daripada Bunga. Biar “Intan Payung” menjadi momen pecah telurnya membuat pendengar muzik tempatan melayani idea dalam muzikya tapi “300 Saat” sentiasa ada sudut istimewa di pendengaran saya.

Bunga konsisten dalam bermuzik biat ada hit and miss tapi itu hal biasa, mana mungkin kita buat sepuluh lagu kesemuanya akan menjadi national hits. Bunga mengemudi dengan caranya tersendiri – tidak hanya muzik tetapi imej, terampilan sehingga citarasa yang dia ada itu nyata banyak bezanya dengan bakat lain seusianya.

“Seharum Nama” debut album yang berisi sepuluh lagu yang mentafsir semua hal-hal sudut pandang, idea dan cita rasa Bunga dalam bermuzik. Album ini bergerak dalam satu landskap muzik dengan sound kekinian – infusi Pop, Hip-Hop, Lofi, R&B dan elemen nusantara / melayu menjadi pengisian.

“Buai” (Amzar / Amsyar / Bunga / Muariffah / Sabbala) dan “Jatuh” (Bunga / Guccimith) membuka album ini dengan cukup menawan. Melodi kedua-duanya mengikat dan berasosiasi sebaiknya. Attitude Bunga dirasai dan sangat membantu menjadikan kedua-dua lagu ini sebagai naskhah yang mesra dengar.

Bungan menjadi mellow lewat “Dengarkanlah” (Amzar / Bunga / Sayfiq) tetapi penghasilannya masih mengikat saya untuk tidak skip lagu ini sebelum diteruskan dengan rakaman awal “Intan Payung dan “Apadehal”.

“ME[MAHA]MI” (Amzar / Amir Hassan) saya letakkan antara penciptaan yang baik di album ini. Ada hal berbeza dan baru terutama sekali dalam kemasan susunan muziknya. Instrumentasi di lagu ini membuat saya begitu terleka. Transisinya kompleks tetapi addictive. Dan sekali lagi attitude bermuzik Bunga cukup melengkapkan naskhah ini sebagai Pop yang sangat baik.

“Jalan Keluar” memeruskan keterujaan saya tentang hal-hal instrumentasi, efek dan sound yang cukup membuai di dalam lagu. Ini sebuah lagi naskhah yang sempurna mentafsir muzik Bunga. Penghasilannya kreatif, berkelas dan bersifat global.

Bunga saya kira sebagai pemuzik wanita generasi kini telah membuktikan kemampuannya dalam bergerak dalam radar kreatif tanpa perlu terlalu terikat ilham Pop semasa sehingga menghilangkan siapa dirinya yang sebenar. “Seharum Nama” permulaan baru untuk satu perjalanan panjang bakat ini pastinya.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

noryn aziz membawakan the brand new malay jazz lewat “kaki kiriku”

Lagu: Kaki Kiriku
Persembahan: Noryn Aziz
Komposer Lirik: Reza Salleh / Hin Ee Jeng
Produser: Hin Ee Jeng

Dalam mengembalikan irama lama cabarannya pasti ada namun itu risiko yang harus diambil mana-mana penyanyi dan pemuzik untuk tertumbuh dan tidak terjerat dengan idea serupa. Noryn Aziz melalui kembara bermuziknya dengan satu kelainan mendepani apa yang ada di pasaran semasa tanpa betah.

Lantas menzahirkan dua album solo “Alam Maya” dan “I’m Alright” dengan caranya sendiri. Suka atau tidak itu hal subjektif kerana apa yang penting adalah keberaniannya dalam memberi sesuatu yang berbeza. Dan hal berbeza ini menjadikan Noryn bergerak matang tanpa perlu fomo mengikut trend semasa.

“Kaki Kiriku” menjadi pertaruhan terbarunya yang sekali lagi memberi infusi Jazz tetapi berbeza dengan apa yang pernah dia persembahkan sebelum ini. Lebih awal dirakam The Frankie Sixes, lagu ini mengulik ilham lama pada pasaran Jazz Saloma dan P. Ramlee dengan sentuhan lebih moden dan chic.

Diberi sentuhan berbeza daripada versi The Frankie Sixes, ia ini disusun kembali mengikut vibes dan attitude bermuzik yang lebih mengena Noryn Aziz. Cukup chic dan menyerlahkan sifat muzik Noryn itu sendiri. Dia memahami kehendak lagu ini dan memberikan satu nafas berbeza dengan apa yang dirakam awal kugiran Jazz dan Swing ini.

Noryn Aziz mungkin dalam legasi Pop memiliki pengikut yang niche berbanding penyanyi seusia kembara bermuziknya. Namun apa yang dia berikan pada sebetulnya adalah satu keseimbang yang baik untuk ekosistem pasaran muzik tempatan yang datang dengan warna berbeza.

“Kaki Kiriku” memiliki potensi besar untuk digilai jika mengena percaturan dan rezekinya. Namun jika ia masih gagal mencuri perhatian pendengar itu juga bukan masalah dan salah Noryn. Setidaknya apa yang dia berikan pada lagu ini adalah satu visi dan eveolusi. Maka dengan itu, setiap evolusi itu pasti akan datang dengan risiko yang tersendiri. But this is bop!

8.5 / 10


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Rilis Kini: Aishah, Mimifly, Mal Hamka, Umairah, Afieq Shazwan & Andi Bernadee

Ulasan ringkas rilis-rilis terkini

Lagu: Siapakah Namamu
Persembahan: Andi Bernadee
Komposer / Lirik: Kuizz Shah
Produser: The T

Verdik: 7 / 10

Andi Bernadee nama yang sudah lama sebetulnya dalam lapangan muzik tempatan. Ada banyak hits pastinya tetapi masih kurang dipandang serius saya kira. Pop yang dihasilkan bersama ALYPH mencipta satu momen penting raggaeton bergema dalam pasaran muzik tempatan. “Siapakah Namamu” sebuah lagi lagu berpakasi pada idea melodi yang catchy dan menjerat pendengaran dengan sekali dengar. Andi ada attitude yang bersahaja untuk menjadikan lagu ini cukup tersendiri. Dia mampu menjadi big Pop star kalau dia mahu sebetulnya tapi dia memilih untuk reserve dan melalui seadanya.

Lagu: Taman Keabadian
Persembahan: Aishah
Komposer / Lirik: Senna
Produser: Kharisma Music

Verdik: 5.7 / 10

Sebegai legenda Pop yang sinonim dengan penghasilan lagu-lagu Balada yang sudah cukup ikonik – Aishah melalui satu transisi beragam usai fasa kejuaraan di GV. Pertaruhan beberapa single baru kurang menjerat penndengaran pendengar muda pasti dan pada masa yang sama tidak juga diperkatakan penggemar muzik 90-an. Itu struggle yang nyata untuk bakat senior sepertinya. “Taman Keabadian” menjadi pertaruhan baru dengan melodi dan kemasan muzik yang cukup grand signature pada kemasan muzik Kharisma Music (Kembali Terang – Marsha). Lagu ini cukup mengena dengan Aishah sebetulnya. Vokalnya sangat terkawal dan emosinya terjaga. Setidaknya ia lebih subtle berbanding single “Malar” yang pernah beredar dulu. Namun sekali lagi lagu ini ada masalah yang sama – ia agak sukar mencuri perhatian pendengar semasa dan penggemar muzik 90-an.

Lagu: Untukmu
Persembahan: Mal Hamka
Komposer / Lirik: Mal Hamka / Romeo / WanAdamKelly /Jayson Teoh Xiong Phen / Eugene Lai
Produser: Eugene Lai

Verdik: 5.6 / 10

Jika dilihat senarai lagu-lagu yang dirilis Mal Hamka dia setidaknya sudah memiliki lebih 10 single. Namun masih belum menemukan momen “pecah telurnya” tapi sebenarnya tak ada masalah pun kerana bukanlah Mal langsung tiada pendengar. Menerusi beberapa single sebelum ini dia sudah memberikan apa yang dia percaya baik buat perkembangan kariernya. Dan hal ini diteruskan dengan “Untukmu” sebuah Pop yang ringan dan ada momen yang manis dalam penghasilannya.

Lagu: Mendayung Rindu
Persembahan: Afieq Shazwan
Komposer / Lirik: Afieq Shazwan

Verdik: 4 / 10

Afieq Shazwan penyanyi yang berbakat tapi dia stuck dengan idea serupa yang membuatkan dia tidak evolve sebagai penyanyi. Saya lagu sebegini sentiasa ada pasarannya tapi sayang sebetulnya banyak hal-hal yang bagus ada padanya tersekat dan tersia pada ilham serupa sahaja. Suara, emosi dan penyampaian Afieq sangat baik dan dia selayaknya mendapatkan naskhah yang memiliki satu sound yang lebih besar daripada apa yang dia sudah biasa lakukan.

Lagu: Nara
Persembahan: Mimifly
Komposer / Lirik: Mimifly

Verdik: 6 / 10

Mimifly semakin jelas dengan arah muziknya dan apa yang dia lakukan adalah melaksanakan dengan konsisten. Hal ini semakin jelas dengan penghasilan “Nara” yang sekali lagi melepaskan semangat bermuzik Mimi dengan sebebasnya. Kehendak lagu, lirik, video muzik dan attitude Mimi sebagai penyanyi menyatu baik. Untuk saya daripada segi melodi ia tidaklah sekuat “Angkat” namun ia masih berjalan sebagai satu kesinambungan yang baik untuk karier Mimifly.

Lagu: Sayap
Persembahan: Umairah
Komposer / Lirik:
Resa Husin / Farouk Roman

Verdik: 5 / 10

Keupayaan menyanyi yang ada pada Umairah buat saya percaya bakat itu juga sebetulnya diwarisi dan ia dikemudi sebaiknya lewat single “Sayap” ini. Sebagai percubaan pertama Umairah membuktikan dia memiliki potensi yang baik bergerak sebagai penyanyi masa depan yang memiliki peluang cerah. Lagu ini mengena dengan corak suaranya dan sangat mudah didekati pendengar pasaran muzik semasa. Namun untuk usianya penghasilan lagu ini agak terlalu matang tapi itulah direction sebegini lah dia dibesarkan mungkin dan membentuk dirinya hari ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

menjelang “antonim ii” hael husaini naskhahkan “alangkah” & “peluk”

hal-hal penciptaan melodi yang baik saya kira serahkan pada Hael Husaini. Bagi seorang persona Pop, Hael bijak dalam meramu setiap idea yang ada ditafsirkan sebaiknya menerusi satu produksi muzik yang yang bercitarasa dan timeless. Hal ini bukan sesuatu yang boleh kita sangkal, Hael bersama siapa pun produser di sebalik karyanya akan tercipta sesuatu yang moden tanpa perlu terikat idea serupa.

Peralihan daripada Ezra Kong (Jampi, Haram, Hajat) ke MFMF. (Lara, Bujang) sehingga yang terkini bersama Iqie Hugh (Diam, Penjuara, Meriah Lain Macam) tidak membuatkan Hael hilang sakti dalam penghasilan lagu-lagunya. Akan ada pengisian dan pendekatan baru yang menjadikan dia bertumbuh (evolve) sebagai seroang pemuzik yang matang.

“Antonim PT.1” menjadi pertaruhan terbaik dalam satu perjalanan panjang Hael bermuzik. Ia satu bentuk, sifat dan idea yang dibaluti sempurna satu perasaan dalam lagu yang melengkapi. “Kejora” akan sentiasa menjadi my favorite gem. Meneruskan kelangsungan ini “Antonim pt. 2” bakal menyusul dengan pengenalan dua single awal “Alangkah” dan “Peluk” kolaborasi bermuzik bersama Nadeera.

Lagu: Alangkah
Persembahan: Hael Husaini
Komposer Lirik: Hael Husaini / Iqie Hugh
Penerbit: Iqie Hugh

Verdik: 9/10

“Alangkah” menghantui. Semua tentang lagu ini adalah tentang perasaan yang paling dalam dengan naratif sebuah pengharapan. Hael meramu muziknya sekali lagi cemerlang bersama Iqie Hugh yang membawa satu lagi dimensi berbeza dalam menikmati muzik Hael Husaini secara menyeluruh. Saya kira belum ada lagi lagu sebegini terhasil dalam katalog muziknya.

Korus “Kamu // Adalah nadiku // Degupan jantungku // Hanya untuk kamu.” dilantun lembut dan saya suka bagaimana lagu ini dikemaskan susunan muziknya tanpa menjadi terlalu terburu-buru dengan momentum yang dijaga sebaiknya.

Lagu: Peluk
Persembahan: Hael Husaini / Nadeera
Komposer Lirik: Hael Husaini / Iqie Hugh
Penerbit: Iqie Hugh

Verdik: 9.5 /10

“Peluk” lebih mengikat. This is probably antara melodi terbaik yang pernah Hael hasilkan sepanjang dia bermuzik. Seawal verse pertama menuju ke pre-chorus sehingga korus yang menjerat – “Peluk” terhasil sebagai Balada manis yang akan diraikan dalam jangka masa yang panjang saya percaya.

Kolaborasi bersama Nadeera memberi satu keseimbangan pada lagu ini bergerak sebagai naskhah romantis yang terhasil manis. Ia terhasil singkat tetapi itu saktinya untuk kita sebagai pendengar terjerat untuk mengulang dengar berkali-kali pastinya.

Dengan kehadiran dua single ini Hael meneruskan keterujaan saya untuk melihat apa yang bakal ia hadirkan dalam Antonim yang kedua nanti. Mungkin jika tidak keterlaluan untuk saya letakkan Hael ialah bintang Pop yang paling berevolusi kita ada di era ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

ritma empat dekad sheila majid menerusi “moving on” yang ermm, ok

Lagu: Moving On
Persembahan: Sheila Majid
Komposer Lirik: Hyuk Shin / Cuurly / Sya / Sheila Majid
Penerbit: Hyuk Shin

Sheila Majid menyambut usia bermuzik tahun ini pada tahap yang cukup matang, stabil dan berpengaruh pastinya. Empat dekad dijalani dengan cemerlang tanpa ada momen yang membuatkan kita lupa padanya biar bersilih ganti generasi dalam muzik.

Pasaran nusantara ditawan dengan cukup selesa. Biar tidak selalu datang dengan rakaman lagu terbaru, rangkaian nada klasik malar segarnya sentiasa didendang. Jika tidak masakan konsert berskala besar, show demi show datang senantiasa.

Terakhir kali muncul dengan album penuh menerusi “Boneka” pada tahun 2017, Sheila setelah itu menzahirkan single untuk runut bunyi filem dan kolaborasi bersama Kayda berjudul “Believe In Love” dalam nuansa Dance Pop yang segar dan menepati attitude kedua-dua mereka.

Meneruskan kelangsungan empat dekad bermuziknya untuk peminat yang sentiasa menantikan naskhah lagu terbaru, menzahirkan Sheila pada ilham terkini dalam single “Moving On”. Lagu hasil ciptaan Hyuk Shin, Cuurly dan Sya ini membawa imeneruskan lham Pop Dance.

Sheila menerusi lagu ini vergerak dalam radar yang cukup muda in a way. Untuk seorang penyanyi senior (tempatan terutamanya) untuk go to this direction of sound and music ia satu langkah yang cukup berani sebenarnya. Namun setiap percaturan akan ada impak baik dan tidaknya.

“Movin On” secara penghasilan melodi okey bagi saya. Ia segar, kekinian dan ada groove yang baik. Cuma untuk usia bermuzik Sheila bagi saya kira agak ia underwhelmed. Bukan maksud saya ia tidak bagus mungkin sebagai pengikut Sheila saya ada expectation berberza. And yes expectation kills.

Melewati pasaran muziknya, sejujurnya saya rindukan feel dan groove the 80’s Sheila seperti “Tua Sebelum Waktu”, “Panorama” dan “Nada”. Ilham muzik sebegini banyak sebetulnya di era kini yang dibangunkan pemuzik muda nusantara.

Setelah sekian lama tanpa single baru saya mengharapkan the brand new Sheila ini untuk hadir dengan karya-karya LaleIlmaNino (C.H.R.I.S.Y.E), Diskoria (Serenata Jiwa Lara) dan Lomba Sihir (Apa Ada Amara) yang mapu menzahirkan kembali feel 80-an Sheila dengan sesuatu yang cukup bernostalgia namun masih moden dan kekinian. Or atleast something like what Ernie did for “Nostalgia” it’s a bop.

“Movin On” melepasi konsep dan batasan Sheila Majid. Ini mungkin direction yang dia mahu tetapi sebagai pendengar Sheila saya tidak mahu identiti muziknya yang dihidupkan empat dekad ini hilang hanya kerana mahu menciptakan sesuatu yang berbeza atau sekadar mahu to fit in this generation.

Beberapa contoh yang baik adalah bagaiman Ruth Sahanya bersama LaleIlmaNino menghasiilkan single “Satu” beberapa tahun lalu. Ia terhasil melengkapi kematangan bermuzik Ruth, attitude yang dia miliki dan pada masa yang sama masih current dan kental jiwa seorang Ruth Sahanaya.

Penghasilan “Moving On” sekadar okey bagi saya mungkin jika ia dibawakan penyanyi baru, yes saya akan memuji yang penyanyi tersebut memiliki potensi besar kerana lagu ini diproduksi cukup tastefully produced tetapi untuk kematangan bermuzik seorang Sheila Majid ia sekadar okey dan mungkin akan dilupakan dalam masa beberapa tahun mendatang.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“takleh usik” rhythm baru kaka azraff

Lagu: takleh usik
Persembahan: Kaka Azraff
Komposer Lirik: SonaOne / K10 / Kaka Azraff / Harvinth Skin
Penerbit: SonaOne

Lama menanti sebetulnya lagu-lagu terbaru Kaka setelah terakhir “Hilang” Kaka sempat merilis kurang lebih dua single “karya” dan “dilema” namun ia bukanlah seperti apa yang Kaka saya harapkan. Namun ia satu peralihan dan dalam setiap peralihan itu akan ada percubaan. Unfortunately kedua-dua single tersebut gagal menyatu memebtuk Kaka yang saya suka.

Melwati pasaran muziknya, berawal single kolaborasi bersama Zizan menerusi “Bawaku Pergi” dan momen pecah telurnya menerusi “Bukan Hal Aku” memperlihatkan satu konsep sempurna untuk seorang Kaka Azraff bernadi dalam muziknya.

Setelah itu chemistry yang menyatu sempurna bersama ALYPH the magic portion membentuk beberapa lagu Pop segar dengan infusi R&B dan Hip-Hop. “Sibuk”, “Kembali”, “Diamonds” sehingga material juara “GILA” menjadikan Kaka antara penyanyi wanita yang paling berjaya bagi saya untuk kekal pada jaluran muzik yang hanya dia tekun mendepaninya.

Biar ada percubaan membawakan Balada namun ya ia sekadar okey (selain “Hilang” yang hebat penciptaannya). Kaka tidak terburu dalam rencana muziknya dan kerana faktor itu juga fokus dan konsistensi adalah hal yang kita dapat daripadanya.

“Takleh Usik” meneruskan konsistensi bermuzik Kaka. Masih kental jiwa seorang Kaka, lagu ini kolaborasi pertama Kaka dalam komposisi muzik SonaOne bersama K10 dan Harvinth Skin. Ia mengikat (hooked) saya dengan sekali pendengaran, malah ia berulang seharian tanpa jemu.

Karakter vokal Kaka semakin matang dan jiwanya semakin dirasai. Kakak cukup bersahaja dalam penyampaian tetapi masih beralas emosi yang tepat. Lagu ini bergerak sebagai satu penyatuan sempurna komposisi muzik, lirik dan attitude bermuzik Kaka. Pop di lagu ini menyatu baik dalam ilham EDM, Hip-Hop.

“Takleh Usik” adalah Kaka yang sering saya harapkan penghasilannya. Simple tapi cemerlang. Semakin berusia matang karier muziknya, semakin dia bijak dalam percaturan. Kaka sebetulnya siap untuk sebuah album penuh dan showcase solonya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

kolaborasi manis nadhif basalamah, aisha retno & aziz harun

Lagu: kota ini tak sama tanpamu
Persembahan: Nadhif Basalamah / Aisha Retno / Aziz Harun
Komposer / Lirik: Nadhif Basalamah / Aisha Retno / Aziz Harun / Petra Sihombing
Produser: Petra Sihombing

Gagasan baru pemuzik Pop nusantara menzahirkan ilham-ilham yang kekinian namun masih kental nuansara nusantara. Berlandaskan idea itu lahirlah bakat-bakat seperti Nadhif Basalamah, Aisha Retno dan Aziz Harun yang membentuk sebuah naskhah Pop yang datang sebagai sebuah pemikiran, swadaya dan komersial.

“kota ini tak sama tanpamu” menjadi pertaruhan tiga anak muda ini dalam meneruskan satu silaturrahim muzik tiga negara yang cukup dekat sebetulnya. Lagu ini bergerak dalam acuan muzik yang kental jiwa Nadhif dan Aziz yang disatukan dengan kemanisan persembahan Aisha Retno yang menjadikan landskap Pop di lagu ini lebih harmoni.

Lagu ini lebih awal dirakamkan Nadhif dalam versi solo menerusi album debut extended version awal tahun ini. Dan idea kolaborasi ini sememangnya memberi kelebihan untuk lagu ini menjadi lebih lengkap. Ceritanya ditulis manis, lengkap sebagai naskhah romantis jarak jauh yang pastinya mampu terkait mudah dengan pendengar muda.

Korus lagu ini mengikat, kolaborasi ketiga-tiga mereka memberi justifikasi yang baik untuk lagu ini ditinggikan standarnya. Aisha, Aziz dan Nadhif bercerita lewat lagu yang melodinya ditulis cukup melengkapi kehendak.

“Jatuh cinta memang manis // Apalagi ada kamu di sini” menjadi killer untuk lagu ini menjerat pendengaran. Bait liriknya disusun puitis dan kemas terutama di bahagian korus “Genggam tanganku sayang // Kota ini tak sama tanpamu.” A repeat mode!

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight,

Andai Kata Kita Menjuri Tanpa Syarat, Anugerah so called INDUSTRI ini akan lebih current dan beragam

Anugerah Industri Muzik kembali lagi dengan penganjuran ke-24 dan penjurian yang konvensional. Muzik Kita seperti biasa tak mungkin tidak melepaskan peluang menulis, mengisi ruang untuk diperbaik, melihat potensi dan meraikan yang sepatutnya diraikan.

Bakat-bakat luar yang menyumbang untuk pemuzik tempatan harus sama diraikan selagi ia beredar atas label tempatan bukan label luar. Jadi persaingan akan lebih kompetitif, kritis dan sihat. Jika karya luar yang diraikan dan terhasil cemerlang mendominasi, di sinilah bakat tempatan harus step up the game.

Isu bukan warganegara harus diketepikan selagi hak cipta lagu dan album yang dihantar bersaing milik syarikat tempatan. Ini penting bagi meninggikan standard muzik tempatan ke tahap lebih baik dan berdaya saing. Maka dengan itu barulah kita dapat melihat “Masing-Masing”, Aziz Harun dan Dolla yang dilihat sebagai kolaborasi negara luar mampu menciptakan impak seimbang.

Meneliti atas syarat pengedaran  1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024, ini yang sepatutnya diraikan dalam senarai pendek dan panjang Anugerah Industri Muzik (Kita) tahun ini tanpa terikat syarat-syarat konvensionalisme – nasionalisme.


ALBUM TERBAIK

99 (FUGŌ / FUGO EMPIRE)
Antonim Pt.1 (Hael Husaini / Maesat Broadcast Networks System Sdn Bhd)
Aura (Ernie Zakri / Universal Music Malaysia)
Belagu II (Dayang Nurfaizah / DN & AD Entertainment)
CHRONOSPHERE (Lucidrari / FITTO / Midlyfe Records)
New Classic (DOLLA / Universal Music Malaysia)
Underground Princess (Killamisha / 2001)
Semoga Dipermudahkan (53 UNIVERSE)
Teleportasi (Mafidz / Mafidz Music Management)
Teruntuk Jantung (NAKI / Jumantara Records / Faithful Music)

Verdik: Banyak album yang baik terhasil beberapa tahun kebelakangan ini. Diterbitkan dengan idea baru, produksi muzik yang kemas dengan barisan lagu-lagu yang berpotensi menjadi the new evergreen. Album seperti New Classic, Aura dan Antonim pt.1 bergerak dalam landasan muzik cukup komersial. Tanpa perlu menidakkan potensi pada album seperti CHRONOSPHERE, Teleportasi dan Teruntuk Jantung yang membebaskan standard muzik tempatan daripada belenggu klise, album-album ini terhasil sebagai sebuah siren bahawa masa depan muzik tempatan cemerlang jika mereka diangkat.

Pemenang: Belagu II (Dayang Nurfaizah / DN & AD Entertainment)

LAGU TERBAIK

Hasrat (Amir Jahari)
Campak Bintang (Faizal Tahir / M. Nasir / Glowrush / Karim Karam / Romeo)
Samudera (Aisha Retno / Glowrush / Shane Kennedy)
Diam (Hael Husaini / Iqie Hugh)
Bukan Lagi Kita (Nadeera / Hael Husaini / Iqie Hugh)
Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah / Aubrey Suwito / Habsah Hassan)
Rahsia Tuhan (Noh Salleh)
GADISKU (lucidrari / Amirul Fitri / Megat Shazrul / Putra Haika)
Killa Lumpur (Killamisha / Misha Muni)
Masa (NAKI / Fahimi Rahmat / Darien Sebastian)

Verdik: Tidak adil jika meletakkan senarai akhir mengikut genre. Lagu harus dinilai secara individu (seperti AJL) kerana akan sangat banyak lagu-lagu bagus terpinggir jika kita masih terikat jaluran genre. Dan ya, kategori ini memerlukan sepuluh pencalonan bukan lima.

Pemenang: Rahsia Tuhan (Noh Salleh)

PRODUSER MUZIK TERBAIK

Aubrey Suwito
Iqie Hugh
John Jeeves
Mas Dewangga
Let Zapin

Verdik: Grammys memperkenalkan kategori ini pada tahun 1975 sebagai penghargaan buat produser muzik yang menyumbang dalam perkembangan muzik semasa. Kategori ini harus diadakan bagi terus meraikan orang belakang tabir secara individu yang menggerakan muzik yang kekinian dan pada masa yang sama berteras kualiti pada penerbitan dan penghasilan.

Pemenang: Aubrey Suwito

ARTIS BARU TERBAIK

NAKI (Masa)
killamisha (Killa Lumpur)
lucidrari (GADISKU)
53UNIVERSE (PP at Bukit Tabur)
Dalia Farhana (Langit Yang Sama)

Verdik: Banyak bakat baru yang memiliki potensi besar untuk berkembang dari masa ke masa dan merekalah yang harus kita raikan. Bukan yang daripada awal sudah pun kita tahu hayatnya tidak akan berpanjangan. NAKI dan lucidrari akan memiliki masa depan kerana sudah membentuk landskap baru muzik tempatan. Kolaborasi Hip-Hop 53 UNIVERSE memberi satu versatiliti. Dalia puitis dalam penciptaan lagu-lagunya, potensi yang dia ada cukup besar untuk bertumbuh tidak hanya sebagai penyanyi tetapi penulis lagu. And you want charli xcx Malaysia? go listen to killamisha now.

Pemenang: NAKI (Masa)

VOKAL TERBAIK (LELAKI)

Amir Masdi (Sengaja)
Black Hanifah (Hijab Rindu)
Hael Husaini (Diam)
Hafiz Suip (Terus Bersinar)
Haqiem Rusli (Sangkar Derita)

Pemenang: Black Hanifah (Hijab Rindu)

VOKAL TERBAIK (WANITA)

Asmidar (Biar Sampai ke Bintang – Keroncong)
Aina Abdul (I Lost Me)
Dayang Nurfaizah (Rindu Menyapa)
Ernie Zakri (The Best)
Siti Nurhaliza (Magis)

Pemenang: Ernie Zakri (The Best)

VOKAL TERBAIK (DUO / KOLABORASI / BERKUMPULAN)

Aisha Retno & Aziz Harun (Jarak)
TUJU & Zainal Abidin (Hingga Hujung Hayati)
Faizal Tahir & M.Nasir (Campak Bintang)
Velvet Aduk / Marsha Milan / Alena Murang (War Cry)
Benzooloo / Ghidd ISOBAHTOS / TUJU / MeerFly / MK K-CLIQUE (Risiko)

Pemenang: RISIKO (Benzooloo, Ghidd ISOBAHTOS, TUJU, MeerFly & MK K-CLIQUE)

LAGU POP TERBAIK

Masa (NAKI / Fahimi Rahmat / Darien Sebastian)
Jarak (Aisha Retno / Aziz Harun / Glowrush / Romeo)
Diam (Hael Husaini / Iqie Hugh)
Aura (Ernie Zakri / John Jeeves / Firdaus Rahmat)
Jangan Biar (Ramayan / Lunadira)

Pemenang: Diam (Hael Husaini / Iqie Hugh)

LAGU BALADA TERBAIK

Bukan Lagi Kita (Nadeera / Hael Husaini / Iqie Hugh)
Dulu, Kini, Akhirnya (Marsha Milan / Hanis Rafi / Firdaus Rahmat / Omar K)
Gelita (Ernie Zakri / Helen Yap / Slenn)
Masihkah Ada Rasa Itu? (Misha Omar / Sharon Paul / Que Afiq)
Kejora (Hael Husaini / Hanis Rafi / Firdaus Rahmat)

Pemenang: Bukan Lagi Kita (Nadeera / Hael Husaini / Iqie Hugh)

LAGU FOLK POP TERBAIK

Hasrat (Amir Jahari)
Kayuh (Mafidz)
Rahsia Tuhan (Noh Salleh)
Secukupnya (Syiqin Azln / Izzy Musa / Hezza)
Puisi Keras Seorang Lelaki (Eidi Ariff / Hafiz Hanggini)

Pemenang: Rahsia Tuhan (Noh Salleh)

LAGU TRADISIONAL / POP ETNIK TERBAIK

War Cry (Marsha Milan / Alena Murang / Velvet Aduk)
Magis (Siti Nurhaliza)
Samudera (Aisha Retno)
Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah / Aubrey Suwito / Habsah Hassan)
Campak Bintang (Faizal Tahir / M. Nasir / Glowrush / Karim Karam / Romeo)

Pemenang: Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah / Aubrey Suwito / Habsah Hassan)

LAGU HIP-HOP TERBAIK

Drip (DOLLA / MFMF. / SYA)
GADISKU (lucidrari / Amirul Fitri / Megat Shazrul / Putra Haika)
PP at Bukit Tabur (53 UNIVERSE / Danish Joni / Jeffrey Affendi)
RISIKO (Benzooloo, Ghidd ISOBAHTOS, TUJU, MeerFly & MK K-CLIQUE)
TAKYAH (SonaOne / K10 / Ikang Fawzi)

Pemenang: RISIKO (Benzooloo, Ghidd ISOBAHTOS, TUJU, MeerFly & MK K-CLIQUE)

LAGU ELEKTRONIK POP / HYPERPOP TERBAIK

JUST TENGOK (Sophirazk / Citybois / Afiq not nice / Dinho / Guccimith / Zhe Kamil)
Killa Lumpur (killamisha)
Let me Know (FRSE 2VUBU / Carl Zaqxwan)
race (kidsteph / Rahiman Mukhriz)
satisfied (lurkboy)

Pemenang: Killa Lumpur (killamisha)

LAGU ALTERNATIF / ROCK TERBAIK

GILA KUASA (Pop Shuvit / Noh Salleh)
KUDRAT (S.O.G / Naim Daniel / Raja Nazrin Shah / Raja Nazmin Shah / Naim Daniel)
Lemas (Mafidz / Megat Aizzat / Megat Fazly / Megat Hafidz)
No Spekka English (No Good)
Semacam Pandora (Hazama / Zimi / Hazama / Genervie Kam / Ritz Metal Asia / Zel Haduan)

Pemenang: Lemas (Mafidz / Megat Aizzat / Megat Fazly / Megat Hafidz)

LAGU R&B TERBAIK

GO SLOW (Lunadira / Reddi Rocket)
i wuv you, just kidding (Gaston Pong)
Maybe (RADi / Tasya Rickman / Zain)
Mungkin Ke? (Dayang Nurfaizah / Aisha Retno / Radi)
The Best (Ernie Zakri / John Jeeves / Firdaus Rahmat / Shazriq Azeman)

Pemenang: Mungkin Ke? (Dayang Nurfaizah / Aisha Retno / Radi)