#PerspektifMuzik, Highlight,

#502024 Membebaskan Pancaindera Muzik Lewat Keterbukaan & Keterujaan

SONAONE

Setahun lagi seperti tahun sebelumnya, Muzik Kita mendengar dan mencari tahu apa yang mengujakan sepanjang tahun menerusi senarai 50 Rilis Terbaik 2024.

Tahun ini dibuka dengan keterujaan menikmati EP Hael Husaini yang cukup cemerlang dibentuk landskap Pop yang penuh dinamik dan menjadi ruangnya untuk bergerak lebih kreatif. Syiqin Azln menjadi kejutan manis dengan focus track “Kita Pernah Bahagia” yang menggugah ilham Folk dalam cara yang cukup melankolis. Lunadira cemerlang dengan album solo perdananya membawa landskap Pop tempatan ke tahap yang semakin menarik untuk diikuti.

Balada masih lagi mendominasi pasaran muzik tempatan “Masihkah Ada Rasa Itu?” membuka ruang untuk Misha Omar meneroka satu lagi acuan Balada yang cukup beremosi tanpa menjadi terlalu kompleks. Haqiem Rusli cemerlang bersama produsernya Bajai untuk menghasilkan sesuatu yang cukup evergreen lewat “Sangkar Derita” – suka atau tidak, fenenomenanya tidak boleh ditiadakan. Jelas sambutan pada Balada “Leman” ini cukup berpengaruh.

Dan atas alasan itu jugalah Siti Nordiana memutuskan untuk memiliki sebuah duet bersama Tomok yang juga diedarkan tahun ini. Iera Milpan, Usop dan Syazwan Syahmi menjadi penerus akan sebuah juang melestarikan Balada sebegini yang tidak mampu dinafikan keberadaan mereka. Jika melodi dan produksinya baik – ia masih harus diraikan.

Aisah Retno

Carta muzik streaming berpihak terus pada Ernie Zakri untuk benar-benar bersinar dengan langkah berbeza. Keputusan untuk merakam “Masing-Masing” probably the best decision sepanjang karier bermuziknya, menjadikan lagu yang dirilis pada tahun lalu terus cemerlang menawan pendengaran senusantara sepanjang tahun ini.

Bakat-bakat underground akan terus Muzik Kita raikan untuk menjadikan landskap muzik tempatan dilihat menjadi satu. Tiada lagi batas indie – mainstream harus menjadi persoalan kerana semua harus diraikan dan didengar dengan terbuka. Dan hanya dengan keterbukaan sahaja kita mampu bertumbuh sebagai satu ekosistem muzik yang matang.

FUGO, No Good, Satwo, Awang Samrow, Margasatwa dan Mafidz antara yang sudah menghasilkan album yang begitu berkualiti. Menongkah arus muzik semasa yang tidak kalah pada nilai komersialnya untuk dibesarkan sifatnya sebagai naskhah yang berbilang pendengar. Jika ruang yang sama diberikan pada bakat-bakat ini sepertimana kita meraikan bakat Pop yang lainnya, pasaran muzik tempatan akan begitu berwarna.

53 UNIVERSE

Begitu juga dengan bakat-bakat Hip-Hop yang semakin ramai dan meriah situasinya tahun ini. Lucidrari boleh diletakkan sebagai bakat masa depan yang siap untuk menjadi pelapis Joe Flizzow, Sonaone dan juga Yonnyboii dan K-Clique yang sudah siap melunaskan tanggungjawab mereka dalam melestarikan jaluran muzik ini di pasaran muzik tempatan. Kini tiba nama-nama segar seperti gagasan 53 UNIVERSE, Quai, FITTO, SWANZ bersama Lucidrari pula menjadi generasi penerus. “Mr. Nobody” antara lagu yang harus diberi lebih perhatian.

Sebetulnya kalau kita mampu menjadi penikmat muzik tanpa mengira batas indie – mainstream atau apa sajalah istilahnya, kita akan lebih terbuka memberi apresiasi pada semua jaluran muzik tanpa terikat dengan apa yang kita suka dan mahu dengarkan sahaja.

Muzik Kita di sini selalu mahu membentuk satu pemikiran yang bebas dalam muzik tanpa perlu ada batasan tertentu. Semoga di tahun 2025 mendatang atas keterbukaan yang ada kita semua mampu menjadi masyarakat yang pancainderanya semakin celik dan terbuka meraikan muzik.  50 RILIS TERBAIK 2025 SEPERTI BERIKUT

1. CAMPAK BINTANG (FAIZAL TAHIR / M. NASIR)
(Faizal Tahir / Romeo / Glowrush / Karim Karam / Faithful Music / Luncai Emas)

Naskhah yang tepat untuk sebuah kolaborasi yang sangat dinanti. “Campak Bintang” dihasilkan dalam sebuah konteks muzik yang melengkapi kehendak pengalaman dan penyatuan muzik yang begitu diperlukan. Melodi dan lirik disatukan dalam sebuah produksi muzik yang cukup solid, mengikat pendengaran dan cukup puas dihayati. Selam jauh ke pengisian liriknya, “Campak Bintang” nyata mendepani mana-mana lagu yang dihasilkan tahun ini.

2. DIAM (HAEL HUSAINI)
(Hael Husaini / Iqie Hugh / Maesat Broadcast Network Systems)

Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaga, kreativiti juga nilai komersil yang cukup tinggi. Ini antara Pop yang cukup hebat dihasilkan tahun ini. Segenap aspek membaluti dan berfungsi sempurna – baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael Husaini yang semakin bijak membentangkan naratifnya. 

3. MUNGKIN KE? (DAYANG NURFAIZAH)
(Aisha Retno / Radi / DN & AD Entertainment)

“Mungkin Ke?” menjadi sebuah kelangsungan Pop R&B yang cukup cemerlang buat Dayang Nurfaizah. Persembahan muzik begini begitu membebaskan Dayang dalam satu attitude bermuzik yang cukup menyerlahkan sisi terbaiknya sebagai vokalis handalan. Melodi ciptaan Aisha Retno bersama Radi ini adalah definisi sebenar Dayang Nurfaizah untuk terus kekal current, segar dan timeless.

4. MASIHKAH ADA RASA ITU? (MISHA OMAR)
(Sharon Paul / Misha Omar / Que Afiq / Alternate Records / Sony Music MY)

Banyak Balada tahun ini yang datang dengan pelbagai aturan muzik serta melodi yang beragam. Tetapi “Masihkah Ada Rasa Itu?” mendepani sebuah emosi dalam lagu yang cukup dalam. Itu kelebihan seorang Misha Omar dan lagu ini membaluti selengkapnya kemampuannya menyentuh pendengar. Apa yang dihasilkan di lagu ini sesuatu yang simple tapi sampai tanpa perlu tertalu memaksa pendengar terlarut dengan pelayaran emosinya.

5. SANGKAR DERITA (HAQIEM RUSLI)
(Haqiem Rusli / Acap S / FMC Music)

Tidak mampu menolak landskap Balada “Leman” – Haqiem Rusli membawa sesuatu yang cukup evergreen tanpa terikat dengan produksi muzik yang biasa-biasa. Asas melodinya ditinggikan dengan kemasan muzik yang sangat baik oleh Bajai. Korusnya mengikat dan semakin ia ke hujung pendengar semakin dilarut persembahan flawless Haqiem Rusli yang jarang gagal dalam penyampaiannya. Berbekal lagu ini juga ia akan menjadi kelangsungan panjang nadi bermuzik Haqiem di pasaran muzik semasa.

6. IMAN (ISMAIL IZZANI)
(Joe Flizzow / SonaOne / Deekid / ALEXANDER OGHENETEJIRI ANIDI / Def Jam Recordings MY)

Kembalinya Ismail Izzani ke pasaran muzik tempatan dengan ilham muzik yang cukup segar. Afro beats dalam persembahan R&B yang cukup moden senang dinikmati. “Iman” arah baru muzik yang harus dia terokai dengan lebih lagi kerana apa yang dihadirkan dalam komposisi Joe Flizzow bersama SonaOne ini melengkapi kehendak pasaran muzik tempatan yang begitu memerlukan sesuatu yang segar seperti ini. Forward dan seiring apa yang ada di pasaran muzik global.

7. GADISKU (LUCIDRARI x FITTO x GARD)
(Megat Shazrul / Putra Haika / Midlyfe Records)

Lucidrari is a music future. Potensi dalam muzik yang dia miliki sudah ditafsir dengan sebaiknya lewat album “CHRONOSPHERE” dan single “Gadisku” ini cemerlang membentuk satu arah muzik yang cukup sebagai pengenalan buatnya mendominasi pasaran muzik yang lebih lebih besar skala pemasarannya. “Gadisku” tidak hanya sekadar sebuah lagu tetapi bergerak sebagai satu wakilan suara generasi baru dalam muzik yang harus diterima terbuka dan diraikan sebaiknya.

8. RAHSIA TUHAN (NOH SALLEH)
(Hujan Selaseh)

“Rahsia Tuhan” dihasilkan cukup personal dan poetic. Lagu ini melepaskan satu sisi lain Noh sebagai seorang pemuzik dengan lebih menyentuh dan lembut. Kedewasaannya sebagai pemuzik benar-benar diserlahkan di lagu ini yang menuntut emosi seorang lelaki yang diluluhkan dengan penulisan lirik yang penuh humanisme. Lagu ini akan kekal sebagai sebuah naskhah Noh yang akan terus diraikan dalam jangka masa yang panjang dan Noh Salleh harus kita perakui sebagai salah satu soloist terbaik yang kita ada hari ini.

9. BUKAN LAGI KITA (NADEERA)
(Hael Husaini / Iqie Hugh / Rocketfuel Entertainment / Huge Entertainment)

Menerusi “Bukan Lagi Kita” Nadeera menemukan ramuan terbaik untuk muziknya diraikan dengan lebih baik. Komposisi Hael benar-benar memberi justifikasi buat Nadeera kebolehan Nadeera mewarnakan nyanyiannya. Produksi muzik Iqie Hugh dihidupkan dengan satu suntikan segar mendengarkan Balada yang memiliki satu sisi berbeza. “Bukan Lagi Kita” paksi terbaik untuk Nadeera terus merangka sebaiknya sebuah jurnal muziknya sebagai penyanyi pelapis.

10. RISIKO (Benzoloo / Ghidd Isobahtos / Meerfly / Tuju / MK)
(KINGGOLDDIGGA / BENZOOLOO / GHIDD / MEERFLY / MK / TUJU / TWNTYTWO DEGREE)

Mungkin setelah “Mimpi” ini adalah kolaborasi Hip-Hop yang paling menarik dan memiliki satu impak yang besar. “Risiko” datang dengan satu idea, pemikiran dan attitude yang lengkap mentafsir arah tuju muzik Hip-Hop tempatan yang tidak lagi perlahan langkahnya. Setiap satu rapper di lagu ini memiliki momen tersendiri dalam menyerlahkan identiti dan stail rap mereka yang membentuk “Risiko” sebagai sebuah persembahan Hip-Hop yang cukup cemerlang tahun ini.

11. PP At Bukit Tabur (53 UNIVERSE / YBJ)
12. Takyah (SonaOne)
13. Pentas Sandiwara (FUGŌ)
14. Aku Rindu (Amir Jahari)
15. Datanglah Sang Puteri (NAKI)
16. Mr. Nobody (53 UNIVERSE / Izhar / LastKhalif)
17. Janji (Aziz Harun)
18. Surrender (Daiyan Trisha)
19. No Speakka English (No Good)
20. Puisi Keras Seorang Lelaki (Teman Lelaki)
21. Kayuh (Mafidz)
22. Naluri (S.O.G / Boniex)
23. Samudera (Aisha Retno)
24. LDR (Daiyan Trisha / Naim Daniel)
25. Perih Jerih (Masdo)
26. Lemah (Dayang Nurfaizah)
27. Dulu, Kini & Akhirnya (Marsha)
28. Jangan Biar (Ramayan / Lunadira)
29. Sesal Tak Bermakna (Jaclyn Victor)
30. Papertag (lucidrari / FITTO / DANNQRACK / Eemrun)
31. LOWLOW (lucidrari / FITTO / Saixse)
32. War Cry (Alena Murang / Marsha / Velvet Aduk)
33. Tetap Di Sini (Dayang Nurfaizah)
34. Selama Berdua (Firdaus Rahmat)
35. TONY (QUAI / LastKhalif)
36. LUV (Ernie Zakri / Sabronzo)
37. Believe in Love (Kayda / Sheila Majid)
38. B.D.T (Jaclyn Victor)
39. Usia (Hael Husaini)
40. Hari Tua (Najmi Niery)
41. Pok Snahu (Awang Samrow)
42. Orang Kita (Panklima)
43. Watak Utama (Yuna / BCL)
44. Di Mimpiku (Hazama)
45. Pesan Terakhir (Mohsein Kush)
46. Calar (Amir Masdi)
47. Simfoni Hati Beradu (Aizat Amdan)
48. Secebis Kamu (Syiqin Azln)
49. Nadi (Yonnyboii / Jobranco)
50. Di Sini (SWANZ)

Review,

Ulasan Gegar Vaganza 11 – Minggu 5

ZEHRA (56%)

Zehra kedengaran lebih meyakinkan minggu ini. Bob sangat membantu dan dengan kemasan muzik yang baru memberi kelebihan buatnya meneroka dan push herself ke tahap yang tidak lagi membosankan.

THE LIMA (48%)

To be honest okey okey sahaja. Di bahagian korus The Lime tidak ubah seperti back up vokal Shila namun ia berhujung dengan baik dan berklimaks.

ARRORA (12%)

She probably tone deaf 

DYRGA (20%)

Masalah chemistry yang hampir tiada. Dua-dua menyanyi macam di dunia sendiri yang dipisahkan orbit rasa yang langsung tiada.

FAIRUZ (48%)

Persembahan yang selamat atas faktor lagu sebenarnya. Tiada apa yang terlalu hebat untuk diperkatakan sekadar okey.

NING (56%)

Ning dan Jamal menggalas tugas melengkapi sebaiknya. Chemistry yang baik atas pentas – nyanyian kedua-duanya tiada yang berlebihan. Berpaksi pada asas melodi yang selamat dipersembahkan. 

ILLA SABRI (35%)

Illa semakin okey sebetulnya cuma dia perlu bergerak dalam radar yang lebih kuat untuk bersaing dengan peserta lain sudah memberi lebih pada minggu ini.

SHEILA (99%)

Lagu yang tepat, pasangan duet yang tepat, nyanyian yang tepat. 

RESHMONU (23%)

Ternyata air dan minyak memang tak mampu bersatu begitulah Dangdut dan R&B.

RONNIE (78%)

A very entertaining performance. Dua-dua enjoy atas stage dua-dua nyanyi sedap. Haqiem Rusli pula diberi lagu apa pun memang selalu sedap. 

YAZID (15%)

Dia punya nak jadi Ramli Sarip sampai tempo lambat setengah saat pun dia ikutkannya. Nasib ada Ruhil untuk kita stay tengok sampai habis. 

LIZA (96%)

Sepatutnya tak perlu medley kerana di sinilah cabarannya untuk Liza diuji kreativitinya. But still a great show.

*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita

Terkini,

Ulasan Gegar Vaganza 11 – Minggu 4

THE LIMA (48%)

Persembahan malam ini menarik sebab arrangement muziknya bagus. Ada kesegaran walaupun standard persembahan corporate show 

ARORA SALWA (15%)

Lagu macam ni memerlukan attitude dan Arora tak ada benda tu. Nyanyian membosankan dan tak ada dinamik. 

RESHMONU (23%)

Suara Resh agak tenggelam dan persembahan lambat panas sehingga ke penghujung lagu baru ada sesuatu yang menghiburkan.

ZEHRA ZAMRI (30%)

Apa yang kurang pada Zehra adalah stage presence, attitude dalam vokal dan punch dalam projection . 

LIZA AZIZ (40%)

Agak membosankan sebenarnya but delivery Liza always on point cuma semakin kurang wow factor.

YAZID (56%)

Malam yang lebih steady untuk Yazid. Lagu begini lebih mengena dan mengeluarkan keupayaan sebagai penyanyi yang baik.

NING BAIZURA (55%)

Ning mula bermain dengan warna suaranya. Ada hit and miss but overall okey not bad.

INKA (15%)

Sumbang

FAIRUZ (45%)

Sedap mula-mula tapi hujung dah semput. Fairuz ada suara yang muda dan current cuma stamina kena upgrade. 

ILLA SABRI (21%)

Kurangnya kreativiti membuatkan Illa membosankan. Illa tiada color dalam nyanyian terlalu biasa dan Illa pun sekadar mengikut kehendak melodi tanpa tentangan lebih.

DYRGA (40%)

Dyrga agak canggung namun percubaannya baik. Ada bahagian suara dan sebutannya hilang dibalik muzik.

SHEILA ABDULL (40%)

Kalau kita fokus pada vokal Sheila, kita dengar jelas tone yang sangat soothing tapi itu bukanlah alasan ia satu persembahan yang sempurna. Faktor lagu agaknya yang sudah didengar ulang berkali-kali menjadikan ia sangat predictable.

RONNIE (65%)

Clarity dalam nyanyian jadi kelebihan Ronnie. Dia lebih lepas dan enjoy malam ini berjaya menyembunyikan hal-hal membosankan beberapa minggu sudah. 

*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita

Highlight, Review, Terkini,

Pendewasaan Hazama Dalam Perjalanan Bermuzik Diteruskan Dengan “Pujangga” 

Album: Pujangga
Vokal: Hazama
Komposer / Penulis Lirik / Produser: Hazama / Genervie Kam / Ritz Metalasia
/ Taja / Tam Spider / Zimi / Ary Fakir / Budi Hekayat / Zel Haduan / Dian Mayasari / Iman Imran

Perjalanan panjang Hazama sebagai penyanyi juga penghibur itu mungkin belum lagi menemukan nokhtahnya. Sekali pun ada masa dia seperti kurang diberi perhatian namun penghasilan lagu-lagu baru tidak pernah berhenti. Terutama sekali dua tiga tahun kebelakangan ini. Jika dikira sejak tahun 2020 dengan single duet bersama arwah Sarah (Terakhir Buat Teman) Hazama memiliki banyak single sebetulnya.

Beku (bersama Elizabeth Tan), Mukata, Abadi, Ilusi (bersama Marsha), Harapan Tak Kunjung Tiba (bersama ST12) sehingga duet bersama Noraniza Idris menerusi “Penawar Kita” menjadi pertaruhannya untuk kekal relevan di pasaran muzik tempatan. Mungkin dalam banyak-banyak percaturan itu ada yang tidak mengena kerana sejujurnya saya sendiri lupa dengan lagu-lagu tersebut.

Tapi untuk berhenti saya kira itu bukan pilihan buatnya. Hazama meneruskan dedikasinya sebagai pemuzik sehingga hari ini. Terbaru daripadanya adalah sebuah album – sebagai rekod ini adalah album penuh kedua Hazama setelah yang kali pertama pada tahun 2013. “Pujangga” diberi nama dan 10 lagu melatari album ini sebagai persembahan terbaik yang boleh dia berikan.

Album ini dibuka dengan “Bukan Sendiri” seperti sebuah prolog panjang ia bergerak sebagai satu pengenalan yang baik. Saya lebih tertarik dengan persembahan vokal Hazama di lagu “Apa Makna Cinta” (Hazama / Taja / Ary Fakir). Emosi yang dialirkan ke lagu ini secukupnya untuk saya merasai kisah dibalik lagu. Hazama tukang cerita yang bijak, dia tahu bagaimana menghidupkan melodi dan lirik yang disiapkan dengan emosi yang sepatutnya. 

“Semacam Pandora” (Hazama / Zimi / Generview Kam / Ritz Metalasia / Zel Haduan) datang dengan persembahan Pop Rock yang menyerlahkan attitude Hazama sebagai vokalis yang mampu membawa landskap melodi lagu seperti ini. Melodinya catchy, ada 80’s Rock vibes yang kuat dan saya paling tertarik menikmati rakaman lagu in iyang benar-benar menangkap bunyi setiap instrumentasi yang digunakan sebaiknya. Korus lagu ini menyatu sempurna dengan vokal Hazama yang effortless

“Di Mimpiku” (Hazama / Zimi / Genervie Kam / Ritz / Dian Mayasari) kembali membuat saya larut dengan persembahan vokal Hazama. Sekali lagi emosinya sangat baik dan lagu ini ada potensi untuk hits jika diberi perhatian lebih dan kena dengan pemasarannya. Perasaan yang Hazama letakkan di lagu ini benar-benar membekas rasa. Sempurna mungkin jika keterlaluan. Sedap sangat.

Dan hal-hal membekas rasa ini sekali lagi diteruskan dengan lagu “Aku Ada” (Tam Spider / Budi Hekayat). Saya mendengarkan lagu ini saya kira Hazama memang ada chemistry yang baik dengan lagu-lagu ciptaan Tam Spider. Hal ini sudah dibuktikan menerusi lagu “Peneman”. Killer utama lagu ini ada pada korus dan liriknya. “Ingin aku ciptakan // Hari yang kelapan untukmu”. Saya mengulang dengar back to back Di Mimpiku dan Aku Ada – cukup melekakan.

“Pujangga” bergerak atas satu landasan kematangan dan kedewasaan Hazama sebagai pemuzik. Pengalaman yang dia miliki membentuk album ini sebagai satu perjalanan bunyi dan suara yang menjelaskan sisi sebenar Hazama. Album ini memiliki potensi besar untuk benar-benar dinikmati dengan meluas kerana lagu-lagu yang dihasilkan berada dalam kualiti yang sangat membanggakan.

Cuma kesangsian saya hanyalah pada dunia muzik yang sangat bergerak laju hari ini, album ini akan sedikit terkebelakang. Apa yang kurang pada “Pujangga” adalah satu daya tarikan untuk generasi muda mendekatinya. Generasi yang menjadi pengikut Haqiem Rusli atau Usop yang ada konsep muzik serupa dengan apa yang Hazama ada. Dan itu hal yang Hazama terlupa saya kira – andai kata lagu seperti “Tercipta” dan “Alami” itu adalah kolaborasi Hazama bersama Haqiem dan Usop – perjalanan album ini untuk menjerat generasi baru muzik begini akan lebih luas dan jalannya lebih mudah – atas nama pemasaran kolektif dua nama besar dalam satu produk.

7.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terkini,

Ulasan Gegar Vaganza 11 – Minggu 3


NING BAIZURA (40%)

Kurang menarik ditonton. Energy Ning pun tak begitu strong di pentas untuk bagi justice pada lagu ini.

ZEHRA ZAMBRI (20%)

Nyanyian Zehra hambar dan membosankan. Persembahan berhujung tanpa ada apa-apa impak. 

ILLA SABRY (78%)

Lagu begini memberi justifikasi buat tone Illa. Persembahannya minggu ini banyak baiknya berbanding mingu-minggu sebelumnya.

DYRGA (50%)

Dyrga mungkin lupa ini pentas pertandingan bukan sekadar persembahan malam minggu. Showmanship harus jadi penekanan Dyrga setelah persembahan ini kerana jika hanya mahu berpaksi pada apa yang dia beri malam ini, Dyrg akan menjadi membosankan.

NAI (10%)

Nai akan terkeluar malam ini. Lagu ini perlu attitude dan confidence di atas pentas. Dua hal ini yang dia tidak miliki.

YAZID (65%)

Yazid ada stage presence yang sangat kuat dan dia ada attitude dalam persembahan. Tak boring dan ada entertainment value yang baik.

RESHMONU (45%)

Macam banyak yang tak kena dengan Reshmonu sejak minggu pertama lagi dan malam ini sekali lagi Resh kelihatan struggle.

LIZA AZIZ (80%)

Terlalu predictable sebetulnya persembahan Liza malam ini. Cabaran untuk Liza seharusnya diberi dengan lagu-lagu generasi baru bukan lagu yang biasa dia nyanyikan.

RONNIE (45%)

Ronnie ada peningkatan minggu ini. Walaupun momentumnya di penghujung agak menurun tapi dia start dengan baik. Dia ada suara yang bagus tetapi bukan penghibur yang kreatif.

SHEILA ABDULL (55%) 

Sheila ada kemampuan menyanyikan lagu begini tetapi tidak sepenuhnya. Feel yang diberikan sekadar mencukupi tetapi masih tidak datang dengan wow factor.

INKA (23%)

Agak membosankan dan tiada kualiti pentas. Sekadar persembahan yang bakal dilupakan sahaja dan Inka sejujurnya tidak likeable. Faktor penting untuk terus diraikan.

FAIRUZ (40%)

Fairuz lebih relaks malam ini. Ada sisi lain yang dia tunjukkan dan ia agak menarik untuk dia terokai lebih lagi tanpa bergantunf ilham leman semata.

ARORA (30%) 

Tiada apa yang terlalu istimewa. Vokalnya sederhana dengan persembahan yang old fashion. Lagu yang familiar menyelamatkan persembahannya.

THE LIMA (40%)

Masalah The Lima adalah pentatyan suara yang tidak melengkapi antara satu sama lain. Ada bahagian agak kosong sedangkan boleh diisi dengan lebih kreativiti yang lebih lagi.

*Markah adalah penilaian Muzik Kita

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Uncategorized,

“Gadisku” Sebuah Pemikiran & Representasi Gen-Z Dalam Pentafsiran Muzik Masa Kini

Lagu: Gadisku
Persembahan: lucidrari / FITTO / Gard
Komposer / Lirik: Megat Shazrul / Putra Haika
Produser: FITTO

“Gadisku” menjadi antara lagu yang diulang-ulang anak buah saya. Menerusi TikToK lagu ini mencipta momennya yang tersendiri dan sehingga hari ini dengan lebih 8 juta strim di Spotify saya kira kita tidak boleh menolak pengaruh lagu ini dalam membentuk suara baru muzik tempatan. Perhatian pada lucidrari membawa saya menghabiskan masa seminggu ini memahami rentak serta pemikiran anak-anak muda ini.

Generasi Pop tempatan hari ini sangat beragam dalam ilham muzik global mereka mencipta momen tersendiri. Hal ini jelas beberapa tahun kebelakangan ini, Yuji menerusi “Old Love”, Aisha Retno dengan “W.H.U.T” dan Saixe tahun lalu yang cukup berulang-ulang lagunya didengarkan menerusi “Malampagi”. Sebagai seorang millenial saya terinsipirasi daripada gen-z yang ada sudut pandang lain.

Dan atas nama pemikiran dan sudut pandang ini jugalah membuat saya teruja mencari tahu apa sebenarnya ada dengan “Gadisku” sehingga ia diraikan sebegitu besar sekali sifatnya tahun ini. Dicipta dalam ilham Hip-Hop dengan feel Urban Pop / R&B yang korusnya begitu mengikat pendengaran tanpa memaksa sesiapa pun bait “Gadisku // Boleh tak kau faham” itu akan berulang-ulang bermain.

Sejujurnya saya tidaklah begitu berminat sangat lagu ini awalnya. Biasalah untuk seseorang yang ada pengalaman mendengar lagu-lagu yang dicipta kompleks dengan chord serta instrumentasi yang formulanya datang dalam banyak pengaruh (Tua mungkin), lagu seperti “Gadisku” ini sekadar angin lalu saja bagi saya. Itu ego, saya tahu.

Namun seperti yang saya katakan awal tadi, saya tidak menolak pengaruhnya lagu ini sebagai representasi generasi muzik hari ini. Dan hal ini menarik minat saya untuk mencari tahu tentang pemikiran anak-anak muda dalam muzik hari ini. Seronok sebetulnya.

Lirik menjadi bahan fikir utama saya mendasari pemikiran Lucidrari dan FITTO dalam meramu lagu ini. “Lifestyle aku lanun // Aku penat kena kejar.” dan apa itu “Stack up all this Zeti.”? Dalam membaca penulisan dua anak muda ini mereka buat saya bingung. Dan saya ke TikTok untuk mencari jawapannya.

Dan ternyata “Zeti” yang diulang-ulang di lagu ini adalah perlambangan duit kertas dengan tandatangan gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz. Ok kreatif. Saya suka perlambangan begini ia benar-benar datang dengam satu pemikiran yang penulis senior takkan terfikir akan menggunakannya. But it’s good. Tersendiri dan saya anggap ia sebagai cara anak muda hari ini berfikir. “Aku nak fly oversea // aku nak pergi Paris // Tapi hidupku sepi // Hanya aku dan Zeti.”

Banyak bait-bait yang ditulis bersifat personal dan saya faham je kalau banyak orang-orang tua yang tak boleh relate dengan penghasilan “Gadisku” tapi tu masalah diorang lah kan. Siapa suruh tua and close minded?

Okey tapi tu tak penting sebab “Gadisku” setidaknya datang dengan persembahan muzik yang baik. Kalau saya hanya perlu mendengar persembahan muzik dan beat di lagu ini, ia masih bergerak atas paksi melodi yang baik dengan kemasan muzik yang terus memberi warna berbeza muzik tempatan. Saya paling tertarik pada minit 3:54 sehingga ke hujung lagu ini. Momentumnya baik, feel R&B & Neo-Soul pasca Maxwell dan October London diwujudkan biar sekejap tetapi dirasai.

“Gadisku” saya kira bergerak sebagai satu permulaan lucidrari dan FITTO untuk bertumbuh sebagai pemuzik yang matang di masa depan. Dalam satu persembahan yang beriring pesan that we have to be ready dengan mereka kerana formula muzik “Gadisku” ini akan memiliki satu kelangsungan dan hayat yang panjang untuk terus bergerak dalam radar Pop tempatan. Anak-anak muda seperti lucidrari, FITTO, Quai antaranya ada satu satu pemikiran serta cara baru untuk membentuk satu landskap baru muzik tempatan. Sampai nanti ada bakal yang mengganti, bakat lucidrari saya kira harus kita raikan.

9.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Faithful Era Has Ended Dayang Back To Basic Lewat “Janji”

Album: Janji
Artis: Dayang Nurfaizah
Produser: Aubrey Suwito / Audi Mok / Ajai / Aisha Retno / Genervie Kam
/ Kharisma Music / Hael Husaini / Radi / Zain / Sze Wan / Najwa Mahiadin / Rie Tsuji / Rozhan Razman / Sirkhan / Yusuff Khan

Lama kan kita menanti-nanti datangnya Dayang dengan penghasilan album Pop setelah kali terakhir di tahun 2017. Fokus pada projek “Belagu”, Dayang membawa kita sebagai pendengar ke satu pengalaman berbeza menikmati muzik dayang secara khususnya dan muzik klasik Melayu secara am nya.

Dan berbicara tentang standard, saya sangat bahagia melihat Dayang begitu evolve menerajui muzik Popnya. Biar tanpa album penuh, Dayang cemerlang bersama batalion muzik di Faithful Music yang sudah menciptakan satu landskap berbeza menikmati muzik Dayang dengan lebih luar biasa sekali penghasilannya. She really step up the game.

“x missing u”, “Debu”, “Gerak Dulu” dan “Sebentar” era terbaik Dayang meluaskan definisi Pop yang keluar daripada tipikal Balada juga Pop R&B yang biasa dia buat sebelum ini. Tidak salah juga saya katakan dengan kejayaan “x missing u” jugalah terhasil lagu-lagu lain yang mengikut acuan serupa. “Goodbye, Hello” antaranya yang meneruskan formula serupa dan setiap kali saya mendengar “Buat Ku Sempurna” (Vanessa Reynauld) juga “Berubah” (DeFam) saya selalu membayangkan lebih bernyawa lagu-lagu ini jika Dayang yang membawakannya.

Jadi pabila Dayang mengumumkan sedang bekerja untuk album Pop terbaru ketika di Konsert Belagu bersama MPO lalu, saya pastinya antara yang tidak sabar menantikan. Seperti biasa dalam imaginasi saya sudah membayangkan Dayang akan semakin berani bekerjasama dengan komposer-komposer baru yang ada sound baru. Dan ya sejujurnya saya amat mengharapkan ia akan menjadi satu kelangsungan idea “x missing u”, “Gerak Dulu” dan “Debu”.

Jangkaan saya akan banyak melodi-melodi magis Faizal Tahir dan Mike Chan bersama tenaga mudanya – Firdaus Rahmat, Hanis Rafi, Romeo, Mage selain Mas Dewangga dan Jova Devito yang akan menghidupkan album ini. Pada masa yang sama juga saya selalu mengangankan kolaborasi Dayang bersama Dolla dengan infusi muzik K-RNB. Juga saya mengharapkan lagu daripada SonaOne dan ALYPH akan menjadi pengisian album ini dan mungkin kemunculan Sophia Liana sebagai rapper di satu lagu.

Namun sayangnya Faithful era has ended…

Nyatanya semua itu hanyalah apa yang saya impikan. Ternyata “Janji” tidaklah seperti apa yang saya harap dan bayangkan. Sejujurnya saya tidak tahu mahu bermula bagaimana. Hampir kurang lebih dua minggu mendengarkan album ini tidak memberi kepuasan untuk saya. Apa yang Dayang persembahkan di album ini membawa saya ke era album “2007” dan “Sayang & Cahaya”.

Dua album yang secara personally memang pun album favourite saya tetapi sekuat mana sekali pun saya menyenangi dua album tersebut saya tidaklah pula berharap Dayang akan kembali menghasilkan sound yang seakan dengannya.

Album ini dibuka dengan rakaman ulang “Hakikat Cinta”. Di tangan Genervie Kam lagu ini disusun dengan lebih melankolis persembahannya. Semakin berusia lagu ini, semakin mengena dengan feel Dayang yang pengalaman menyanyinya semakin baik dan matang.

“Tulus”, “Dunia Lain” dan “Esok Lusa Selamanya” bergerak atas satu konsep 2000’s R&B yang Dayang sudah persembahkan pada saya di lagu seperti “Nada”, “Denganmu”, Kau Bintangku” dan juga “Khayal” dan “Rahsia Cinta”.

Balada seperti “Tak Mahu Berpisah” dan “Janji” pula mengingatkan saya pada “Hingga Ke Akhirnya” (2011) karya ciptaan Afdlin Shauki. Saya juga mengharapkan “Mencintai Cinta” sehebat “Separuh Matiku Bercinta” tetapi usai lagu ini dimainkan ia buat saya jadi lupa lagu apa yang saya dengar tadi.

Dayang saya kira benar-benar back to basic pada penghasilan album ini sehinggalah saya sampai ke lagu “Mungkin Ke” (Aisha Retno / Radi / Zain) yang kembali membuat saya excited dengan album ini. Sound yang terhasil di lagu ini cukup bagus untuk perkembangan muzik Dayang dan inilah yang saya maksudkan tadi dengan kelangsungan “x missing u” – persembahan R&B yang lebih current dan membebaskan Dayang dalam nyanyian penuh attitude. Tak salah juga kalau saya letakkan lagu ini antara Pop terbaik yang terhasil sepanjang tahun ini dengan clarity dalam nyanyiannya, “Mungkin Ke?” buat saya happy.

Komposisi begini yang sebetulnya saya harapkan daripada Dayang untuk membentuk sebuah album yang ada sound kekinian. Sebabnya bukan apa Dayang selalu mencabar saya sebagai pendengar dengan keterbukaannya dengan bunyi-bunyi yang current and forward jadi mendengarkan “Janji” buat saya rasa Dayang sounds dated.

Album ini ditutup dengan sebuah Balada yang paling baik dihasilkan di album ini. “Tetap Di Sini” (NJWA) dihasilkan dengan persembahan melodi yang cukup timeless. Semakin lama saya mendengarkannya semakin sedap dan matang. Vokal Dayang pada tahap terbaik saya kira di lagu ini.

“Janji” bukanlah album yang gagal cuma expectation saya tinggi untuk seorang Dayang Nurfaizah. Saya pasti jika bukan saya, album ini akan tetap membahagiakan penggemarnya. Namun saya masih punya harapan yang tinggi pada masa mendatang akan lebih banyak hal-hal baru yang akan Dayang terokai dalam muziknya. Kerana itulah Dayang yang kita kenal – forward dan melawan arus muzik semasa.

5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“Sangkar Derita” Probably the Best Leman We Have Had So Far

Lagu: Sangkar Derita
Artis: Haqiem Rusli
Komposer / Lirik: Haqiem Rusli / Acap S
Susunan Muzik / Produser: Bajai
/ Reza Ramsey

Saya prejudis sebetulnya ketika awal lagu ini diedarkan. This is just another leman song and why do we need more? Kalau kita masih boleh melayani Iklim, Slam dan Ukays? kenapa perlu lagi lagu yang serupa. Namun fenomenanya lagu ini membuatkan saya curious mencari tahu apa yang ada pada lagu ini digilai sebegitu dasyat sekali.

Kali kedua tidak juga kali ketiga mendengarnya juga masih belum mampu membuatkan saya bertahan ke hujung lagu. Langsung saya lupakan saja percubaan untuk menyukai lagu ini. Just maybe this is not for me macam tulah. Namun sehinggalah menonton persembahan Haqiem di semi final Muzik-Muzik yang lalu, perspektif saya berubah.

Okey kita mula dengan persoalan mengapa? Kerana kalau diikutkan struktur lagu ini sekadar mengikut template Balada 90-an berdarah hidung macam kan there’s no tomorrow tetapi satu hal yang membuatkan saya puas dan menyenangi lagu ini adalah satu kerana suara emas dan feel luar biasa Haqiem Rusli.

Dan kedua adalah kerana susunan muzik dan produksi lagu yang cukup solid, kemas. Lantas saya mencari tahu siapa orang yang bertanggungjawab di sebalik kedua-dua hal ini menemukan saya dengan nama Bajai a.k.a Reza Ramsey (Tilu) yang banyak memberi kemasan muzik lagu-lagu ciptaan Amylea juga Farouk Roman.

Lagu ini memiliki standard kualiti Balada yang cukup bagus sebetulnya menyeimbangi kehendak melodi ciptaan Haqiem dan juga penceritaan pada penulisan liriknya. Haqiem penulis lagu-lagu Balada yang bijak dalam meramu acuan melodi yang mengikat. Hal ini sudah saya perhatikan sejak penghasilan “Di Sebalik Rahsia” bersama Sharon Paul dan sebelumya Haqiem sudah membuktikan pada umum dengan penghasilan lagu “Mimpi” yang juga menjadi salah satu lagu popularnya sehingga hari ini.

“Sangkar Derita” benar-benar dibentuk dalam acuan muzik 90-an yang sound dihasilkan lebih tastefully produced. Saya kira tidak salah meletakkan bagusnya lagu ini sama seperti “Bukan ku Tak Sudi” (Disusun Ajai), “Tak Mungkin Berpaling” (Saari Amri) dan “Mengintai Dari Tirai Kamar” – leman yang ada standard berbeza. Lagu-lagu leman Saari Amri atau Johari Teh untuk Slam, Ziana Zain dan Exists lebih berkualiti berbanding lagu-lagu leman Eddie Hamid, Lan Laga atau Patrick Kamis pastinya.

Dan dalam kes “Sangkar Derita” lagu ini jatuh pada standard leman Saari Amri dan Johari Teh. Atas alasan itu jugalah “Sangkar Derita” saya kira lagu leman terbaik yang kita ada sehingga hari ini. Yang mampu mencapai standard Saari Amri itu tidak banyak tetapi ada pada lagu ini.

Korusnya semakin didengar semakin kecanduan. Saya kira itu sakti lagu ini yang memiliki satu hal yang banyak lagu lain kurang ada iaitu nilai malar segarnya (evergreen). Nyanyian Haqiem top notch, clean seperti biasa. Saya perhatikan di beberapa bahagian air lagunya benar-benar mengikut standard nyanyian lagu-lagu leman berbanding apa yang kita dengar di lagu “Segalanya” atau “Di Sebalik Rahsia”.

Melodi lagu ini sebuah representasi pendengar mass yang sebenar. Yang sentiasa dahagakan sesuatu yang bersifat meruntun dan membelah rasa namun cukup diselamatkan dengan kemasan muzik yang menjadikan ia sebuah naskhah yang tidak lemau dan ada dinamik muzik yang baik. Saya juga percaya lagu ini akan memiliki hayat yang panjang untuk terus didengarkan berganti generasi.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Review, Terkini,

10 Album / EP Terbaik Malaysia 2024

Gelombang pemasaran album masih berpihak baik pada pemuzik indie yang benar-benar melihat kepentingannya sebagai satu portfolio muzik yang mempunyai kelestarian dan hayat panjang. Fokus pada penjualan CD fizikal juga vinyl masih diraikan dan bergerak sebagai item koleksi penggemar muzik yang bijak dan faham akan nilainya di masa mendatang.

Mendepani pasaran muzik semasa nama seperti Hael Husaini, Amir Jahari, Hazama dan Dayang Nurfaizah siap dengan persembahan muzik yang dekat dengan penggemar mereka. Album penuh sudah siap dihasilkan oleh bakat-bakat ini yang pasti berbekal modal dan usaha yang harus disambut baik. Penerimaan atas penghasilan itu subjektif pada pendengaran – suka atau sebaliknya itu pilihan.

Namun sejujurnya pasaran muzik Pop tahun ini masih mengulang idea serupa. Tiada album yang terlalu berani keluar daripada standard Pop yang sama dan masih bergantung pada penghasilan muzik yang sama. Kredit harus diberikan pada Daiyan Trisha yang sudah menghasilkan sesuatu yang cukup impresif tahun ini menerusi album “Lovelorn”.

Pasaran muzik Hip-Hop semakin mengujakan dengan kemunculan album gagasan 53 UNIVERSE. Kesinambungan idea juga pemikiran disambut baik dengan single “PP at Bukit Tabur” yang cukup booming tahun ini. LUCIDRARI satu lagi bakat baru yang cukup diraikan tahun ini, bersama FITTO terhasil album “CHRONOSPHERE” yang solid membentuk satu attitude muzik yang kekinian.

Beberapa album seperti “Pok Snahu” (Awang Samrow), “Di Persembunyian” (Satwo), “TUGU” (LUST) dan “Himpunan Lagu Rakyat” (Viona) dan “Pujangga” (Hazama) antara yang memiliki penghasilan yang baik pada kualiti muziknya.

Mendepani sebuah idea, sudut pandang dan visi Berikut 10 Album / EP Terbaik pilihan Muzik Kita tahun ini.

TELEPORTASI
Mafidz / Mafidz Music Management

Mafidz memberi satu pengalaman menikmati sebuah korpus muzik Folk / Nusantara yang cukup melekakan. “Kayuh” yang membuka album ini digerakkan dengan sepuluh lagi lagu yang membentuk satu perjalanan muzik berbeza dengan apa yang mungkin biasa anda dengar di pasaran mainstream. Kesungguhan kugiran ini dalam penghasilan “Teleportasi” beriring satu dedikasi muzik yang mentafsir siapa Mafidz sebenarnya. Lagu-lagu seperti “Lemas”, “Kala Malam” dan “Senandung” dihasilkan dalam satu konteks muzik yang cukup solid untuk diangkat sebagai naskhah terbaik di album ini.

CHRONOSPHERE
lucidrari / FITTO / Midlyfe Records

Menerusi “GADISKU” Lucidrari mencipta momen manisnya tahun ini. Dengan sebuah album yang datang dengan sudut pandang berbeza, “CHRONOSPHERE” memberi satu ruang untuk muzik tempatan bernadi dengan lebih forward dan tidak stagnant dengan idea serupa. Album ini satu gerakan dan sebuah wakilan suara generasi baru muzik tempatan. “LOWLOW”, “PAPERTAG” dan “GADISKU” persembahan terbaik di album ini. Lucidrari memiliki potensi besar untuk bertumbuh sebagai pemuzik masa depan.

ANTONIM PT.1
Hael Husaini / Maesat Broadcast Networks System Sdn Bhd / Warner Music MY

Hael Husaini membelah batas kreativitinya tanpa had. Hal ini jelas dalam penghasilan “Diam” sebagai salah satu Pop yang memberi revolusi sound Hael Husaini sebagai pemuzik. Caranya membentuk Antonim pt.1 cukup cemerlang dengan komposisi melodi yang baik, produksi muzik yang begitu kemas bagi membentuk satu pakej Pop yang cukup current. Ternyata kolaborasinya bersama Iqie Hugh, Hanis Rafis, Omar K dan Ezra Kong benar-benar membuah hasil yang cukup baik untuk perkembangan kariernya.

LOVELORN
Daiyan Trisha

Daiyan Trisha semakin jelas dengan arah muziknya. Hal ini ditafsir sepenuhnya lewat “Lovelorn” – sebuah persembahan Pop yang cukup menyeimbangi kehendak melodi, lirik, kualiti rakaman sehingga penyampaian cemerlang Daiyan. Bergerak atas satu naratif yang cukup personal, setiap satu lagu dikemaskan melodinya menjadi sebuah naskhah Pop yang tastefully produced. “Surrender”, “LDR”, “Lovelorn” dan “Everything We Had” sempurna bersama dinamik yang ada pada Daiyan.

CEKELAT
No Good / 1837453 Records DK

No Good masih belum lagi memperlahankan langkah bermuzik mereka. Dan tidak juga lagi mengecewakan, EP dengan durasi sesingkat 10 minit ini membawa kita sebagai pendengar berseliwiran jauh dalam muzik kompleks namun catchy yang dihasilkan. ceKELAT bergerak sebagai sebuah persembahan muzik di dimensi berbeza namun sangat diperlukan pasaran muzik tempatan hari ini.

KEMBALI
Amir Jahari / Sekalo Music

Amir Jahari menerajui kelangsungan kejayaan “Hasrat” dengan penghasilan “Kembali” yang menemukan dia satu titik tengah kembara bermuziknya. Album ini menyeimbangi kehendak dan kreativiti Amir sebagai pemuzik juga pada masa yang sama dekat dengan pendengaran penikmat muzik tempatan. Lagu-lagu seperti “Aku Rindu”, Kenangan” dan “Ingin Pulang” bergerak atas formula keseimbangan yang ditemukan Amir sebagai pemuzik.

99
FUGŌ / FUGO EMPIRE

FUGŌ memberi satu kepelbagaian dalam muzik yang begitu dituntut. Naratif disusun dalam setiap lagu dibentuk dengan cerita yang dekat dengan kehidupan seharian kita sebetulnya. “Pentas Sandiwara” menjadi lagu terbaik yang mampu memecah tembok indie yang boleh diterokai kugiran ini untuk memasuki pasaran mainstream.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN
53 UNIVERSE / 53 Entertainment

Kolektif Hip-Hop tempatan disatukan dalam sebuah gagasan diberi nama 53 UNIVERSE. “PP at Bukit Tabur” menjadi naskhah yang paling diraikan tahun ini dalam persembahan sebuah album yang digerakkan oleh sebuah falsafah, prinsip dan pemikiran. Setiap satu yang dihasilkan di album ini dihasilkan atas landasan yang serupa membentuk sound, stail dan attitude bermuzik yang cukup solid. “Moonshine” dan “Ocean Tears” seharusnya menjadi fokus pendengar juga selain “PP at Bukit Tabur”.

KHODI
Khodi / Faithful Music Sdn Bhd

Ini arah muzik yang selalu dan seharusnya Khodi hasilkan sejak dia memperkenalkan dirinya di persada muzik tempatan. Soul dan Jazz bernadi sebaiknya dengan attitude suara yang Khodi miliki sebagai pemuzik. Suara yang jarang atau mungkin sudah lama tidak kita miliki setidaknya di pasaran mainstream. EP ini bergerak sebagai permulaan baik, yang harus dia fikirkan adalah mencari formula terbaik menambah nilai komersial pada penghasilan melodinya.

TERUNTUK JANTUNG
NAKI / Jumantara Records / Faithful Music Sdn Bhd

“Datanglah Sang Puteri” membawa NAKI ke satu landskap pasaran muzik yang lebih mainstream. Atas formula ini “Teruntuk Jantung” dibentuk dengan satu lagi idea baru yang disatukan sebaiknya. Lagu-lagu seperti “Rembulan” dan “Masa” seharusnya menjadi paksi muzik NAKI selepas ini. Pop yang dihasilkan current dan dekat dengan ilham yang senang mengikat pendengar muda. NAKI juga memiliki kelebihan dalam vokalnya yang sedap dan menyenangkan.


ARTIKEL BERKAITAN

Terkini,

Ulasan Gegar Vaganza 11 – Minggu 2


YAZID (35%)

Yazid ada vokal yang heavy, lagu santai begini dapat menangkap tone Yazid cuma agak terlalu biasa dan kurang impak.

NAI (23%)

Its giving the artis jemputan performance. Semua orang pun sibuk menyanyi berbanding mendengar nyanyian si penyanyi.

ILLA SABRI (32%)

Sebutan Illa bagus cuma dia ada masalah untuk stabilkan note di bahagian hujung selalunya datang daripada pernafasan. Kreativiti nyanyian masih kurang. 

THE LIMA (28%)

Tiada hal yang terlalu mengagumkan di persembahan The Lima. Sekadar menghiburkan. 

RESHMONU (24%)

Resh agak struggle malam ini. Banyak bahagian dalam nyanyiannya yang hit and miss. Towards the end ia jadi semakin membosankan. Kedudukan malam ini membimbangkan.

NING BAIZURA (90%)

Story telling Ning sangat baik. Delivery Ning pada lagu ini benar-bernar beriring emosi yang tepat dan secukupnya. 

RONNIE (30%)

Masalah saya dengan Ronnie adalah he need to step up the game. Dia dah banyak kali menyanyi lagu ini tetapi apa yang baru tentang nyanyiannya malam ini? Sama saja kan. 

ZEHRA (25%)

Lagu ini menuntut attitude dan style nyanyian namun itu yang tiada pada Zehra. Nyanyiannya agak membosankan, mendatar tanpa attitude

ARORA SALWA (15%)

Sebenarnya berdasarkan persembahan malam ini we can get why she didn’t last in her past time dalam bidang muzik. 

INKA (14%)

Very old fashioned and almost tiada entertainment value.

FAIRUZ (20%)

Meleweh sangat. Fairuz kena modenkan stail nyanyiannya. Didn’t we have enough of leman?

LIZA AZIZ (100%)

Sempurna.

SHEILA ABDULL (89%)

She has potential untuk sustain dalam competition. Kemampuan Sheila menyanyi live sangat baik dan bintang Pop begini harus diraikan. The next Nana perhaps.

DYRGA (56%)

Dia bijak untuk berinteraksi dalam persembahan. Sedang lagunya simple Dyrga mengikat tontonan pada gerakan pentasnya. 

*Markah adalah penilaian Muzik Kita