
Lagu: Mati Satu Tak Tumbuh Lagi
Artis: Barsena Bestandhi
Komposer / Lirik: Barsena Bestandhi
Produser: S/EEK
Untuk bakat yang besar ada padanya, transisi bermuzik Barsena berjalan perlahan sebetulnya. Mungkin juga itu pilihannya untuk senang berada di belakang tabir membantu penyanyi-penyanyi handalan Indonesia cara mewarnai nyanyian mereka sebagai seorang vocal director.
Setelah tahun lalu muncul dalam single duet bersama Rossa meenrusi “Bertengkar Manis” Barsena awal tahun merilis single solonya “Seperti Laut Kepada Langit” hasil ciptaannya yang membawa ilham nelangsa dalam persembahan melodi dan lirik yang terhasil puitis.
Meneruskan kejayaan lagu tersebut yang berjaya mendapat perhatian pendengar, Barsena tampil dengan sebuah lagi hasil karya ciptanya menerusi sebuah lagi Poetic Pop berjudul “Mati Satu Tak Tumbuh Lagi”. Bekerjasama dengan gagasam muzik kolektif S/EEK, produksi lagu ini benar-benar mengalihkan pendengaran saya.
Melodi yang dihasilkan Barsena di lagu ini cukup menyentuh. Datang dengan ilham galau yang paling dalam perasaannya, “Mati Tak Tumbuh Lagi” pentafsiran terbaik sepanjang Barsena bermuzik. Ilhamnya mengalir sebaik-baik perasaan Barsena lewat lagu ini.
Dan bercerita tentang perasaan, itulah killer utama lagu ini. Barsena membuat saya larut lewat emosinya di lagu ini. Penyampaian vokal sangat kemas, menyentuh – Barsena benar-benar faham yang dilantunkan tanpa perlu melebih-lebih dalam nyanyiannya.
So much control in his singing yang begitu dituntut dalam penyampaian lagu-lagu Balada begini. Dan hal ini membuatkan saya faham mengapa terlalu ramai penyanyi di Indonesia yang menggunakan khidmatnya sebagai vocal director di dapur rakaman. Daripada Titi DJ, Rossa, Raisa juga Mahalini dan Lyodra – bintang papan atas muzik Indonesia yang sudah menggunakan khidmatnya.
“Mati Satu Tak Tumbuh Lagi” seharusnya menjadi single yang diraikan semua penggemar muzik nusantara. Apa yang Barsena hasilkan kali ini adalah sebuah perasaan yang paling jujur dalam pelayaran percintaan yang tiada gantinya. Naskhahnya kali ini saya sifatkan yang paling komersil“Ku takkan mampu // Gantikan dirimu // Lupakan semua tentangmu.”
9/10
ARTIKEL BERKAITAN