Review, Terkini,

Sebuah Tribute Persahabatan Dalam Kemasan Balada “Terakhir Buat Teman”

Lagu: Terakhir Buat Teman
Artis: Hazama & Sarah
Komposer / Lirik: Faizal Uzair / Iman Imran
Produser: Genervie Kam

Allahyarham Faizal Uzir atau lebih senang digelar Lok U menjadi nama pelapis pengarah muzik yang cukup dikenali di barisan belakang persembahan pentas live program televisyen juga majlis anugerah muzik tempatan. Pemergiannya Januari lalu meninggalkan sebuah nota muzik yang dihasilkan bersama Arwah Aji yang asalnya diciptakan sebagai sebuah ingatan buat arwah Kelly.

Namun takdir menulis satu jalan cerita yang kadang tak kita duga menghentikan penghasilan lagu yang berjudul “Terakhir Buat Teman” ini terhenti seketika sebelum ia kembali dikemaskan Genervie Kam

Bersama lontaran vokal Hazama dan Sarah, melodi “Terakhir Buat Teman” terhasil cukup menyentuh dengan penulisan lirik Iman Imran dalam susunan kata-kata yang menerbitkan rasa dalam mengenang individu-individu hebat dalam bermuzik ini.

Genervie Kam seperti biasa jarang gagal dalam memberi impak emosi dalam kemasan muziknya. Terhasil dalam momentum bermuzik yang cukup beremosi. Kawalan vokal Sarah di lagu ini sangat-sangat cemerlang – Cukup kemas sekali dengan emosi yang tepat dalam setiap melodi yang dilantun.

kolaborasi dua vokal yang tidak pernah saya bayangkan boleh disatukan ini berhasil melengkapi mentafsir naskhah melodi dan lirik dengan cukup tepat.

“Terakhir Buat Teman” saya kira sudah mampu menjadi tribute anthem buat semua anak seni yang telah pergi meninggalkan sejarah dalam kerjaya mereka yang akan terus diingati.


ARTIKEL BERKAITAN

Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”

Highlight, Review, Terkini,

Mendasari Kewarasan & Kegelapan “Adakah Kau Mendengar” Menerusi Karya Terbaru ALYPH

Lagu: Adakah Kau Mendegar
Artis: ALYPH
Komposer & Lirik: ALYPH
Produser: Magic Potion

Sumbangan ALYPH (Alif) dalam perkembangan muzik tempatan sangat besar saya kira dalam meninggikan standard Pop tempatan ke arah yang begitu membanggakan. Berawal dengan naskhah-naskhah cemerlang buat Kaka Azraff ALYPH perlahan memberi satu suntikan yang cukup segar membanggakan.

Pengalaman bermuzik bersama SleeQ membantu ALYPH mencipta empayar muziknya perlahan-lahan dalam menemukan formula muzik yang cukup solid dengan jiwanya dan pada masa yang sama memberi anjakan pada landskap Pop tempatan.

Lihat sahaja senarai lagu yang sudah diciptakan buat penyanyi lain “Bukan Hal Aku”, “Diamonds”, “Sibuk” (Kaka), Satu Peluang”, “Donde”, Shimmy” (Andi Bernadee),”Panas” (De Fam), “Berserah” (Zizan) sehingga “Bagaimana Dengan Aku” (Rayiputra) antaranya hadir memberi satu warna berbeza dalam pasaran Pop tempatan.

Hal-hal ini terlalu besar bagi saya jasanya seorang pemuzik mampu lakukan untuk mengubah landskap Pop tempatan yang tidak lagi stuck dengan ilham serupa.

ALYPH semakin cemerlang dengan kolaborasi genius “DETAIL” bersama SonaOne dalam menghasilkan Hip-Hop yang seiring pasaran global tetapi masih terisi jiwa domestiknya.

Terkini setelah kali terakhir tampil solo pada tahun 2017 dengan single “Buat Selamanya” ALYPH tampil dalam dengan naskhah “gelap” dalam persembahan penuh kejujuran yang bergerak sebagai sebuah transfusi muzik yang menyerap perlahan tetapi cukup dalam.

“Adakah Kau Mendengar” terhasil sebagai sebuah formasi muzik yang melambangkan perjalanan panjang bermuzik ALYPH. Karyanya kali ini lebih berat yang hampir tidak meneumukan titik klimaks dalam kepuasan mendengar.

Namun saya kira itulah istimewanya “Adakah Kau Mendengar” sebagai sebuah siren pemberitahu – ALYPH di radar kematangan bermuzik yang menantikan hasil yang ranum dalam karya-karya mendatang.

Single ini menyuntik sebuah jiwa baru dalam gerakan muzik ALYPH. Hal-hal ini saya temukan dalam penulisan liriknya yang terisi dengan sebuah kepastian dalam banyak hal yang dia lakukan sekarang dalam keegoan sebagai seorang pemuzik.

“Aku tahu nak bercampur dengan siapa,
Boleh Baca cara, jenis dan niatnya.”

“Pada saat aku mengambil alih
Aku yang telah meluaskan ruang yang sempit”

Untuk benar-benar enjoy “Adakah Kau Mendengar” saya kira harus memahami konteks liriknya dan perjalanan bermuzik ALYPH. Satu kepuasan sebenar akan anda temui menerusi lagu ini.

Saya tidak mahu mengatakan ini lagu terbaik sepanjang kariernya kerana saya pasti ini hanya satu prolog kepada bab baru yang masih banyak lagi episod yang bakal ditulisnya sebagai pemuzik yang matang. Dan saya tidak sabar menantikan episod seterusnya.

10/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menyemai Chemistry Dalam Feel Good Pop Lunadira & Reddi Rocket Menerusi EP 5 Lagu “Tangerine”

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Peri Puitis Dalam Kembutan Melodi “Duhai Sayang” Persembahan Yura Yunita

Lagu: Duhai Sayang
Artis: Yura Yunita
Komposer /  Lirik: Muhammad Tulus / Yura Yunita
Produser: Ari Renaldi

Nama Yura Yunita semakin utuh dalam pasaran muzik Indonesia dengan barisan hits yang berawal “Cinta & Rahasia” sehingga “Buka Hati” yang sudah pasti menjadi lagu-lagu cari makannya yang akan kekal lama jangka hayat popularitinya.

Dan kelibat Yura dalam industri muzik Indonesia akan pasti dinanti dengan pelbagai lagi kejutan manis yang mampu dia berikan. Terkini bersama Tulus, Yura menghasilkan “Duhai Sayang” sebagai pertaruhan terbarunya.

Terhasil dengan cukup indah dalam penyatuan melodi dan lirik yang cukup lembut membuai sebagai sebuah persembahan yang cukup puitis.

Kali kedua berkolaborasi bersama Tulus dalam penciptaan lagu, kali pertama buat lagu “Buka Hati” – Yura tampil mempesona dalam kesederhanaan miliknya.

“Duhai Sayang” saya kira sudah memikat biar di kali pertama mendengar lagu ini. Kemasn muzik Ari Renaldi meninggikan standard teks melodi lagu ini dalan persembahan Jazz Pop yang menyanangkan.

Bait liriknya jarang sekali tidak menyentuh dalam pemilihan kata-kata yang begitu menangkap pendengaran. “Duhai Sayang” saya kira menjadi sebuah lagi naskhah dalam katalog Pop Yura yang boleh dia banggakan.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Paradoks Pop Isyana Sarasvati Dalam Radikal Klasikal “Unlock The Key”

Highlight, Review, Terkini,

Superfine R&B Persembahan Impresif Cantika Abigail Bersama Rayi Menerusi Single “SIGN”

Lagu: Sign
Artis: Cantika Abigail & Rayi
Komposer /  Lirik: Cantika Abigail / Kenny Gabriel / Rayi

Bergerak solo sebagai gagasan penyanyi R&B tempatan sebetulnya membuatkan Cantika Abigail semakin matang menyusun kembara muziknya yang sudah berpengalaman cukup lama bersama grup R&B GAC.

Berawal dengan single “Start Over” Cantika tidak begitu mencuri perhatian saya, entah – mungkin kerana ideanya itu sekadar meneruskan apa yang ada di pasaran global. Spirit Indonesianya agak hilang kerana faktor muzik dan lirik dalam bahasa Inggeris yang dipilih.

Dan mungkin dengan alasan itu juga Cantika tampil dalam ilham yang lebih senang mendekatkan pendengar dengan karyanya. Bahasa Indonesia yang disulam dalam muzik R&B menjadikan single terbarunya bersama Rayi lebih exciting dan berjiwa.

“SIGN” menjadi pertaruhan terbaru Cantika Abigail dengan bantuan Rayi saya kira menemukan dia satu formula muzik yang mampu mendekatkan Cantika dengan pendengar nusantara secara lebih meluas.

Lagu ini terhasil dalam feel R&B yang cukup hebat – baik melodi, kemasan muzik sehingga attitude vokal Cantika yang menjadi kekuatan utama lagu ini pastinya.

“SIGN” saya kira sebagai pemula untuk Cantika semakin disenangi. Perjalanan muziknya berada di fasa menuju satu kematangan bermuzik yang sakan menemukan klimaks bermuzik yang hebat buatnya.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Rinni Wulandari Muncul Lebih Soulful Di Single Berjudul “Takut Nanti Rindu”

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?

Menyelisik merdu suara Biduanita Puan Sri Saloma dalam ratusan lagu yang pernah dirakamnya menyimpulkan satu rasa bahawa begitu tersendirinya dia sebagai seorang penyanyi yang cukup hebat.

Dalam jiwa Melayu yang dikendong menerusi rangkaian lagu popularnya seperti “Malam Ku Bermimpi”, “Saat Bahagia”, “Manusia” dan lainnya terisi satu feel besar muzik Jazz dan Big Band yang didukungi sepanjang bergelar penyanyi.

Hal-hal ini saya temui menerusi album “Bimbang” keluaran 1969 yang menampilkan nama produser muzik hebat seperti Ahmad Nawab dan P.Ramlee tentunya.

“Bimbang” menjadi alasan mengapa saya begitu berminat mendengar keseluruhan album ini. Ternyata pencarian di saluran YouTube Getaran Nostalgia menemukan saya hampir kesemua lagu-lagu yang ada di album ini.

Bergerak sebagai sebuah naskhah Big Band yang kental jiwa Melayunya menerusi penyampaian merdu Puan Sri Saloma saya terbuai dari satu lagu ke satu lagu lantas membayangkan…

what if kita remake semula album ini?

Hal-hal ini sering dilakukan di negara jiran kita Indonesia – bagaimana naskhah Ismail Marzuki diraikan grup muzik Nonaria, Chandra Darusman, Ian Antono, Koes Plus sehingga rakaman gemilang Raisa menerusi Bahasa Kalbu nyanyian asal Titi DJ yang begitu membuai.

Dan dalam visual saya menerusi lima lagu berikut saya senaraikan penyanyi terbaik yang mampu memberikan  rendisi menarik dan merdu album “Bimbang” sebagai sebuah dedikasi muzik yang harus kita lestarikan.

BIMBANG – AISYAH AZIZ
Feel Jazz di lagu ini dengan rhythm dan feel yang begitu sensual bersahaja mampu ditangani oleh Aisyah Aziz dengan penuh jayanya. Spirit vokal Aisyah dan kemasan muzik baru untuk lagu ini akan memberi satu pengalaman baru menikmati “Bimbang” dengan lebih fun!

IMPIAN MUSNAH – ERNIE ZAKRI
Balada lagu ini ada satu feel yang cukup tersendiri dan berbeza. Tempo perlahannya dicipta penuh soulful dalam rasa yang begitu dalam sekali. Saya percaya Ernie is the best singer untuk deliver satu perasaan yang mampu buat kita hanyut dalam alunan merdunya.

ABANG KU RINDU – NING BAIZURA
Seawal mendengar intro lagu ini sahaja saya sudah membayangkan Ning is the best singer untuk mengembalikan groove di lagu ini. Vokal Ning cocok dengan lagu-lagu begini yang memerlukan attitude dalam persembahan vokal yang berwarna.

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG – NJWA
Soul di lagu ini cukup membuai dan sifatnya mampu dibesarkan dengan kemasan muzik terkini. NJWA akan deliver lagu ini dengan cukup cantik bagi menjadikan lagu ini sebuah perembahan vokal yang cukup menarik dan melayang.

MASA BERCINTA – LIZA HANIM
Liza Hanim is the best version of new Saloma – Always. Dan “Masa Bercinta” akan sekali lagi memberi keseronokan untuk kita benar-benar enjoy dengan suara merdunya. Kemasan muzik minimal dengan mencantikkan bunyinya tanpa mengubah struktur muzik asal akan buat kita begitu senang dan dekat dengan lagu ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Biduanita Pop 70-an Dalam Melodi Merdu Uji Rashid, Sharifah Aini dan Rafeah Buang

Highlight, Review, Terkini,

Ungkapan Cinta Tak Bersyarat Afifah Yusuf Di Single “Ketulusan Abadi”

Lagu: Ketulusan Abadi
Artis: Afifah Yusuf
Komposer / Lirik: Afifah Yusuf
Arranger / Produser: Hezky Jo

Baru sahaja mendirikan rumah tangganya, puteri kepada biduanita Hetty Koes Endang, Afifah Yusuf menghadirkan single Balada perdananya berjudul “Ketulusan Abadi”. Sebuah lagu yang ditulis bagi merayakan kisah cinta bersama suami tersayang.

Afifah yang lebih awal mencuri perhatian pendengar dengan pesona Pop “Rasi Bintang” dan “Benua Berbeda” menghadirkan naskhah ciptaannya sendiri dengan bantuan produser muzik Hezky Jo.

“Ketulusan Abadi” saya kira lengkap sebagai sebuah naskhah wedding song yang menyulam rasa cinta dalam melodi yang cukup membuai rasa dan bersulam lirik yang penuh dengan rasa cinta.

Afifah memiliki karakter vokal lembut yang merupakan paten suara kebanyakan penyanyi Pop tempatan. Kelibatnya beberapa bulan lalu di single “Pelangi Cinta” bersama Diskoria memberi satu lagi warna dalam karier muziknya.

“Ketulusan Abadi” dicoret dalam pesona kisah cinta Afifah yang saya kira tidak terlalu sukar untuk kita sebagai pendengar menikmati melodi seindah ini.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Rinni Wulandari Muncul Lebih Soulful Di Single Berjudul “Takut Nanti Rindu”

Highlight, Review, Terkini,

Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”

Lagu: Purnama
Artis: Naim Daniel
Komposer / Lirik: Amzar Razqa
Susunan Muzik: Hanis Rafi / Omar K
Produser: MyPopMachine
Mixing & Mastering: Audi Mok

Naim Daniel dalam rencana untuk serius bergelar penyanyi saya kira sudah terbukti dalam rangakaian lagu-lagu yang siap dirilis sejak 2018 dengan Pop “Sekali Lagi”. Setelah itu dia semakin rancak dalam menyusun rentak untuk semakin disukai juga disayangi sebagai bakat pelapis muzik tempatan yang boleh dibanggakan.

Dan ya, menerusi “Sumpah” lagu cemerlang 2019 menjadi bukti Naim sememangnya bakat muda yang sangat boleh kita harapkan untuk melestarikan landskap Pop tempatan dengan suntikan citarasa muzik yang current.

Tahun ini sahaja dia semakin selesa menyusun kembara muziknya dengan merilis empat lagu “Sembah”, “Sedih”, kolaborasi menarik “Lara” Hael juga Haqiem dan yang terbaru “Purnama”.

Korus “Purnama” sudah beberapa bulan awal dikongsi Naim di akaun Instagram miliknya yang pastinya cukup hook untuk mengikat dan memikat kita sebagai pendengar. Amzar Razqa (Ke Mana kolaborasi Kodhi) menghasilkan sebuah melodi yang cukup kuat feel Balada Melayunya. Rintihnya dirasai seawal petikan piano di lagu ini.

Flute Mohar menambah rasa sayu yang saya kira memang dengan mudahnya membuat pendengar kita larut dalam penghasilan lagu ini.

Cuma secara peribadi saya fikir flute di lagu ini agak dominan di sepanjang lagu yang menjadikan lagu ini sedikit lembik dan sedikit mematikan momentum lagu ini untuk bergerak sebagai Balada yang current. Namun hal ini diselamatkan dengan produksi muzik yang kemas dan vokal Naim yang tidak terlalu meleweh.

Naim sangat in control Dalam penyampaian vokalnya tang tidak terlalu perlu merintih. Dia menyampaikan teks lirik lagu ini secukup rasa, seadanya dalam satu rasa penuh pasrah yang cukup dirasai.

Dan hal ini membuatkan Naim penyanyi yang bijak dan diproduksi produser yang sangat bijak untuk balance kan hal-hal seruling, vokal dan pengisian cerita di lagu ini melengkapi antara satu sama lain.

Visi saya terhadap “Purnama” sebetulnya mahu melihat lagu ini lebih besar sifatnya dengan full string session yang boleh buat lagu ini lebih gila. Rujukan saya adalah “Andainya Takdir” Anuar Zain dan saya percaya “Purnama” mampu ke arah itu. Tapi itu hanya expectation saya.

Namun perspektif saya berubah pabila mendengar sambil menonton muzik video “Purnama” – Visual di muzik video lagu ini memainkan peranan untuk kita benar-benar larut dengan elemen kesayuan muzik yang siap di lagu ini.

Pengalaman mendengar sahaja dan mendengar sambil menonton MV lagu ini memberi dua impak berbeza buat saya setidaknya. Dan yes, flute Mohar itu menyatu cukup baik sekali dengan visual di muzik video lagu ini.

Hal ini membuatkan saya fikir “Purnama” bergerak tidak hanya bergerak sebagai sebuah naskhah audio tetapi datang dengan pengalaman visual yang sangat mengesankan. A very smart move. 

“Purnama” saya kira cukup baik sebagai sebuah naskhah komersil untuk pasaran semasa, pendengar kita akan sangat suka dengan lagu ini dan Naim akan ada sebuah lagi lagu cari makan dalam portfolio muziknya. Sebuah kerja studio yang kemas dan memuaskan.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

“LARA” Kolaborasi Pop Terkini Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli & MFMF.

Highlight, Review, Terkini,

Menyemai Chemistry Dalam Feel Good Pop Lunadira & Reddi Rocket Menerusi EP 5 Lagu “Tangerine”

Album: Tangerine (EP)
Artis: Lunadira & Reddi Rocket
Arranger / Produser: Reddi Rocket
Label: Tong Tong Asia

Pasaran muzik Urban Pop tempatan tahun ini bergerak laju dengan senarai rilis yang cukup baik daripada nama-nama muda seperti Alex Ungku, Bil Musa, i-Sky dan Crinkle Cut antaranya.

Lunadira satu daripada talent yang ada cukup konsisten dalam menzahirkan naskhah lagu yang cemerlang penghasilannya. Bermula dengan “Forever Is Not Our Thing” sehingga hits “Ur Cute But Boring” menjadikan dia antara bakat baru yang sentiasa dinanti.

Tahun ini Lunadira sudah merilis single solo berjudul “Crazy Dizzy” dan “Hoodie” bersama Reddi Rocket sebelum merilis “Vertigo” tahun lalu bersama Midnight Fusic.

Kelangsungan “Hoodie” dalam menyemai chemistry bermuzik bersama Reddi Rocket mengilhamkan sebuah EP berisi lima lagu yang cukup menawan and definitely a zero skip EP.

Dibuka dengan “Am I Gonna Die” yang jelas sekali struktur muzik Lunadira dalam lagu-lagunya sebelum ini. Terhasil cukup catchy dengan karakter vokal Reddi Rocket yang cukup memberi warna di lagu ini.

Saya semakin senang dengan karakter vokal duo ini di lagu “Please You” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik di EP ini. “Please You” terhasil cukup menarik komposisinya dengan attitude Reddi Rocket yang cukup kuat sebagai sistem sokongan untuk lagu ini bergerak lebih menarik untuk dinikmati.

“Hoodie” yang menjadi pertaruhan perdana duo ini sebelum merilis EP ini menjadi benchmark Pop mereka. Saya semakin enjoy menikmati EP ini dengan lagu “Mosquito Bites” yang hadir lebih lembut dalam feel lo-fi yang membuai. Liriknya juga saya cukup relateable dengan ramai anak muda hari ini.

“You tell me
That it’s just the distance
Nothing wrong between us
Separation’s better when it’s mutual
Don’t tell me that I’m stuck to memories
Don’t u think it’s funny?”

“Mosquito Bites” definitely a repeat mode song EP ini sebelum ditutup dengan “Ok Bye”. Lunadira dan Reddi Rocket saya kira sudah mentafsirkan sebuah landskap muzik semasa global dalam acuan tempatan yang menyenangkan.

Saya seronok mendengar EP ini dalam 12 minit yang terisi di EP ini dengan citarasa muzik yang cukup current dan execution yang cukup baik. Lunadira dan Reddi Rocket harus panjang hayatnya di pasaran muzik tempatan kerana setakat apa yang sudah mereka hidangkan ini sudah cukup membanggakan.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Alex Ungku Hadir Dengan “I Miss You, Still” Sebagai Pertaruhan Terbaru

Highlight, Terkini,

Keputusan Serba Mediocre Anugerah Musik Indonesia 2020

Anugerah Musik Indonesia berjalan baik dalam kekangan pandemik Covid-19 yang sudah menjadi dilema kebanyakan pemuzik untuk berkarya secara live dan fizikal. Atas segala keterbatasan itu sebetulnya membuka ruang untuk kita semua berkreatif dengan cara baru, keluar dari kotak kebiasaan.

Namun karya bagus itu pastinya tidak akan terhalang oleh apa pun yang merintanginya. Lantas Anugerah Musik Indonesia tetap berlangsung sebagai nadi sokongan pemuzik-pemuzik Indonesia terus berkarya terus dihargai dan diangkat darjatnya.

Namun dalam kejayaan acara tahunan itu diadakan pasti akan ada hal-hal yang terisi dengan persoalan mengapa itu dan tidak ini pada setiap senarai pemenangnya. Noah sebagai kugiran Pop yang cukup berpengaruh di Indonesia semakin utuh di pentas AMI dengan membawa pulang trofi Album Terbaik Terbaik menerusi rilis “Keterkaitan Keterikatan” yang sebetulnya terhasil dengan formula serupa dan berulang.

Album tersebut meminggirkan revolusi segar Isyana Sarasvati menerusi “Lexicon” dan Hindia “Menari Dengan Bayangan” serta puiti seni muzik Nadin Amizah menerusi “Selamat Ulang Tahun” yang jelas terhasil lebih besar sifat muziknya dan tentu saja datang dengan kualiti rakaman yang cukup hebat hasilnya.

Saya tidak pasti apa yang terlalu luar biasanya album “Keterkaitan Keterikatan” itu sehingga menarik minat panel jui AMI mengangkat album tersebeut sebagai album terbaik. Kerana jelas Isyana, Hindia dan Nadin lebih solid penghasilan albumnya. Oh ya di mana ya album Monita Tahela (Di Balik Jendela), Sal Priadi (Berhati) dan Pamungkas (Solipsism) dalam senarai calon?

Persoalan serupa berhubung pemenang Karya Produksi Terbaik yang dirangkul Lathi persembahan Weird Genius bersama Sara Fajira yang menurut saya terlalu mediocre penghasilannya. Hanya bergerak sebagai sebuah fenomena Pop tetapi untuk diangkat sebagai Produksi Terbaik saya kira sangat masih jauh jalannya ke arah itu. Pencalonannya sahaja sudah buat saya berkata “Seriously..??”

Andmesh menerusi album Cinta Luar Biasa sebuah lagi album mediocre yang diangkat panelis juri AMI Awards sebagai Album Pop Terbaik yang menewaskan beberapa album tastefully produced seperti Selama Ulang Tahun (Nadin Amizah) dan Marion (Marion Jola).

Indonesia sepanjang tahun lalu dan tahun ini sudah menghasilkan banyak album-album yang cukup hebat kualitinya – Mikha Angelo menerusi single “Shot” tidak terisi di senarai pencalonan yang saya kira selayaknya berada di lima teratas kategori Artis Solo Pria Pop dan Pencipta Lagu Pop.

Begitu juga dengan naskhah “Si Lemah” kolaborasi Hindia bersama RAN yang diproduksi cukup kemas oleh LaleIlmanNino yang sewajarnya diangkat sebagai Karya Produksi Terbaik.

Namun perdebatan mengapa dan kenapa sesetangah lag uitu tidak terisi di ruang pencalonan atau dijulang sebagai pemenang tetap bergantung pada visi panelis juri AMI Awards. Tahun ini mungkin visinya mengangkat naskhah yang diterima ramai membuatkan Lathi diangkat sebagai record of the year. Berikut senarai pemenang tahun ini dan semoga bernafas terus muzik Indonesia.


BIDANG UMUM

Pendatang Baru Terbaik: Tiara Andini – Gemintang Hatiku
Album Terbaik Terbaik: Keterkaitan Keterikatan – Noah (Musica Studios)
Karya Produksi Terbaik Terbaik: Lathi – Weird Genius, Sara Fajira (Weird Genius, Astralwerks)

BIDANG POP

Artis Solo Wanita Pop Terbaik: Raisa – Teristimewa
Artis Solo Pria Pop Terbaik: Andmesh – Nyaman
Duo/ Grup Pop Terbaik: Noah – Kala Cinta Menggoda
Pencipta Lagu Pop Terbaik: Yovie Widianto – Maafkan Aku #Terlanjurmencinta
Penata Musik Pop Terbaik: Andi Rianto – Selesai
Album Pop Terbaik: Cinta Luar Biasa – Andmesh (Hits Records)

BIDANG SOUL/ R&B

Artis Solo Pria/Wanita Soul/R&B Terbaik: Rinni Wulandari – Born Ready
Duo/ Group/ Kolaborasi Soul/R&B Terbaik: Marion Jola, Tuan Tigabelas – Favorite Sin

BIDANG JAZZ

Artis Jazz Instrumentalia Terbaik: Barry Likumahuwa – Trust And Faith Artis Jazz
Kontemporer Terbaik: Ardhito Pramono – Fine Today (OST. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini) Album Jazz Terbaik: Janapati – Dewa Budjana, Tohpati (POS Records)

BIDANG ROCK

Artis Solo Pria/Wanita Rock/Instrumentalia Rock Terbaik: Once Mekel – Musisi Duo/Grup/Kolaborasi Rock Terbaik: Kotak – Hoax
Album Rock Terbaik: Air – Endank Soekamti

BIDANG ALTERNATIF

Artis solo pria/wanita alternatif terbaik: Hindia – Rumah ke Rumah
Duo/grup/kolaborasi alternatif terbaik: Efek Rumah Kaca – Tiba Tiba Batu

BIDANG KERONCONG

Artis Solo Pria/Wanita/Grup/Kolaborasi Keroncong/ Stambul/Langgam/Asli Terbaik: Irene Mus Mulyadi, Mus Mulyadi – Dinda Bestari
Artis Solo Pria/Wanita/Grup/Kolaborasi Keroncong/ Stambul/Langgam/ Ekstra/ Kontemporer Terbaik: Sruti Respati – Hujan Pagi

BIDANG KARYA PRODUKSI

Karya produksi metal terbaik: Revenge The Fate – Katarsis
Karya produksi progressive terbaik: Isyana Sarasvati – Sikap Duniawi
Karya produksi rap/hiphop terbaik: Tuan Tigabelas – Move
Karya produksi reggae/ska/rocksteady terbaik: Steven & Coconuttreez – Fallin
Karya produksi kolaborasi terbaik: Marion Jola, Laleilmanino – Rayu
Karya produksi original soundtrack terbaik: Iwa K, Sheryl Sheinafia, Maizura, Agatha Pricilla & Cast – Bebas (OST. Bebas)
Karya produksi grup vokal terbaik: Trisouls – Cinta Keadaan Karya produksi lagu berbahasa daerah terbaik: Ivan Nestorman – Mata Leso Ge
Karya produksi instrumentalia terbaik: Erwin Gutawa – Kala Sang Surya Tenggelam
Karya produksi world music terbaik: Keubitbit – Saban Sabee
Karya produksi re-aransemen terbaik: Noah – Nazril Irham, Loekman Hakim, David Kurnia Albert (Kala Cinta Menggoda)
Karya produksi folk/country/balada terbaik: Nadin Amizah – Bertaut
Karya produksi lagu berlirik spiritual Islami terbaik: Ungu – Jalan Panjangku
Karya produksi lagu berlirik spiritual nasrani terbaik: Citra Scholastika – SertaMu

 

Review, Terkini,

Sakura Band Tampil Dalam Easy Listening Pop “Monopoli”

Lagu: Monopoli
Artis: Sakura Band
Komposer & Lirik: Akai / Ali / Mell / Hanif
Produser: Taja

Cukup dikenali di kalangan penggemar mereka dengan lagu “Polaroid” dan “Melepaskanmu” Sakura Band satu antar kugiran Pop dengan vokalis wanita yang cukup dominan di pasaran muzik tempatan selain I Am Neeta.

Tahun ini sahaja mereka sudah siap menghadirkan 2 buah single berjudul “Menang” dan “Holiday” dalam acuan muzik Pop yang cukup catchy. Namun kelibat mereka tidaklah begitu dirasai atas faktor persaingan muzik yang semakin luas hari ini.

Terkini tampil dengan single terbaru berjudul “Monopoli” – Sakura Band mengambil ilham easy listening dalam percaturan terbaru ini.

Merangka sendiri kraf muzik mereka bersama produser muzik, Taja – lagu ini bergerak sebagai sebuah Pop ringan yang tidak sukar untuk kita hadam melodinya.

Lagu yang terilham daripada persahabatan ahli band ini yang ditafsirkan dalam muzik video mereka yang cukup menyuntik elemen sentimental terutama sekali jika anda pengikut kugiran ini.

Sakura Band saya kira suda memiliki kelompok pengikut tersendiri cuma jika mereka mahu bergerak sebagai sebuah band yang besar skalanya mereka harus keluar daripada zon selesa melagukan karya begini kerana hasilnya terlalu biasa dan tidak terlalu member impak buat pendengar baru.

5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Beriring Hujan Saya Meleka Dan Khayal Dalam Spiritual Nusantara Penuh Puitis Sang.Rawi