Ketika mengedarkan “Ego” pada tahun 2018, Margasatwa menjadi antara kugiran yang saya nantikan karya-karya mereka. Keluar daripada ilham biasa muzik Rock atau Indie, esen muzik mereka yang berpaksi pada ilham Folk Nusantara muzik mereka terhasil begitu nostalgik dengan lirik humanisme.
Terus bereksperimen dengan bunyian baru, Margasatwa menzahirkan sebuah melodi pembuka tahun baru menerusi single “Kasa Rubia” dengan sentuhan kemasan muzik Loque yang bertindak sebagai track producer.
Melodinya datang progression chord lagu-lagu Melayu lama dengan infusi Pop Yeh-Yeh yang minimal sebelum di minit ke 1.51 yang memberi monetum berbeza dengan riff gitar yang keras dan sekali lagi di minit 2.23 dilembutkan dengan tiupan sax yang memberi dimensi berbeza menikmati lagu ini.
Ia terhasil agak kompleks sebetulnya namun asas melodinya masih catchy dan mudah menangkap. Lagu ini bagaikan sebuah refleksi muzik 70-an / 80-an Malaysia yang dikemaskan dengan susunan muzik serta instrumentasi yang menambah warna pada penghasilan melodinya.
Dengan bantuan karakter vokal Kimal yang tersendiri menjadikan lagu ini datang dengan satu attitude berbeza. Lagu ini bergerak sebagai sebuah pemikiran dan markat sikap Margasatwa sebagai pemuzik yang sentiasa datang dengan idea serta kesungguhan.
Album: Antonim Pt. 1 Artis: Hael Husaini Komposer / Lirik / Produser: Ezra Kong / Iqie Hugh / Firdaus Rahmat / Omar K / Hanis Rafi
Bergerak sebagai seorang bintang Pop yang begitu diraikan muziknya, Hael Husaini sudah membuktikan pada kita semua akan keseriusannya untuk bekerja dalam skala kreatifnya yang tak terbatas. Tidak hanya bergerak sebagai penyanyi, Hael meluaskan landskap muzik yang dia miliki sebagai komposer yang baik.
Hal ini sudah jelas dalam portfolio muziknya yang cukup prolifik dan diperakui. Sejak “Jampi” sehingga “Hajat”, “Haram” and the list goes on, Hael Husaini saya sifatkan sebagai salah satu gerakan Pop yang sangat penting dalam membentuk satu sound yang meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang sangat baik.
Hasil daripadanya, karya-karya yang diciptakan tidak hanya untuk rakaman lagunya semata-mata namun melodi ciptaa Hael sudah dinyanyikan penghibur papan atas daripada Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor juga Wany Hasrita semua sudah memperakui kebolehannya.
Meneruskan kelangsungan bermuzik yang tiada putusnya buat Hael, “Antonim pt. 1” menjadi pertaruhan terbaru tahun ini sebagai sebuah album mini yang menjadi pentafsiran terbaik muzik yang mahu dia tonjolkan.
Terbuka untuk bekerja dengan bakat-bakat baru dalam komposisi muzik, nama seperti Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi mengisi persembahan perdana Antonim dalam persembahan enam lagu keseluruhan yang ada.
Dibuka dengan single yang menjadi focus track di album ini “Diam” (Iqie Hugh / Hael Husaini) dihasilkan dalam sebuah persembahan yang momentum muziknya cukup luar biasa. Melodi lagu ini ditinggikan standardnya dengan instrumentasi, efek dan produksi muzik yang sangat-sangat baik.
Melodinya addictive, teras Popnya dimanipulasi sebaik-baiknya dengan susunan muzik yang cukup current dan dinamik. Korusnya semakin baik di bahagian kedua sehingga penghujung. Sempurna sebagai sebuah Pop yang cukup tenaganya, kreativitinya juga nilai komersil yang cukup tinggi.
Ini antara Pop yang cukup hebat saya dengarkan dalam masa dua tiga bulan kebelakangan ini. Semua aspek membaluti sempurna sesama sendiri – baik melodi, lirik, kemasan muzik sehingga persembahan vokal Hael. Untuk penghasilan lagu ini sahaja saya boleh markah penuh untuk kebijaksanaan Hael dan Iqie meramu sebuah Pop yang sebegini hebat sound yang dihasilkan.
Kehebatan “Diam” diteruskan dengan komposisi muzik Hael bersama Ezra Kong di lagu “Usia” yang asas Balada pada melodi ini dikemaskan dengan susunan muzik Pop yang memiliki attitude yang tersendiri. Melodinya mengikat dengan sekali pendengaran. Melayaninya dengan mambaca penulisan liriknya cukup membuai dan kecanduan.
Diteruskan dengan “Kejora” (Hanis Rafi / Firdaus Rahmat / Hael Husaini) yang lebih mellow dan melankolis. Persembahan vokal Hael cukup baik di lagu ini – menyeimbangi kehendak melodi juga lirik dengan sangat baik. Ada beberapa momen yang saya kira di lagu ini kedengaran cukup merdu sekali terutama sekali saat dia menyampaikan bait “Bahagia terasa // Bertanya naluriku”.
Tiga lagu terawal di album ini sudah membuat saya benar-benar teruja menikmati kreativiti bermuzik Hael sebelum diteruskan dengan “Hero” (Iqie Hugh / Hael Husaini) datang dengan idea yang lebih fun untuk memecah ilham Pop dengan infusi riff gitar yang keras menerusi instrumentasi muziknya.
Ditutup dengan “Please” dan “Sama Seperti Dulu” yang diramu kembali dengan string session berbeza dengan versi asal, namun saya kira versi asalnya terlalu baik untuk saya move on dengan versi yang baru ini.
“Antonim Pt.1” sebuah naskhah Pop yang solid untuk membebaskan Hael bekerja dengan standard kreativitinya yang cukup tinggi. Kualiti yang diberikan menerusi keseluruhan persembahan album ini saya kira harus dijadikan benchmark untuk semua pemuzik Pop hari ini.
Lagu: Believe in Love Artis: Kayda / Sheila Majid Produser: Q Sound / Paul Morrison / Kenny Hughes
Kayda meneroka ilham bermuziknya dengan sound Hip-Hop dengan caranya tersendiri. Tanpa perlu terikat dengan apa yang dimahukan pasaran muzik semasa dia melangkah bersahaja sebagai rapper wanita tempatan.
Biar secara personal tiada lagi lagunya yang betul-betul memberi impak buat kariernya diterima meluas namun itu bukan alasan Kayda memperlahankan langkah bermuziknya. Setiap tahun dia akan tetap menghasilkan single baru sebagai kelangsungan karier.
Meneruskan tahun baru dengan sebuah lagi single dengan nada baru, dia muncul dengan sebuah single berjudul “Believe in Love” menampilkan kolaborasi bersama Sheila Majid yang datang dengan ilham Dance juga Disko dengan kemasan muzik EDM yang memikat.
Lagu ini mengingatkan saya pada feel lagu-lagu Kylie Minoque juga Sophie Ellie Baxtor. Irama Dance begini begitu in thing sekarang dan banyak sebetulnya pemuzik luar sudah meneroka kembali ilham yang awalnya cukup popular di era 70-an ini.
Dan Kayda menerusi komposisi muzik Q-Sound, Paul Morrison dan Kenny Hugh ini mneruskan kelangsungan ini dengan sangat baik. Melodinya benar-benar menarik pendengaran tanpa memaksa, groove yang ada benar-benar memikat.
Saya jadi langsung terpesona dengan persembahan Sheila di lagu ini yang begi menyenangkan. Sederhana dan mengena dengan suara dan imejnya sebagai seorang yang pernah merakamkan lagu-lagu begini di era 80-an.
If this sound is the new era of Sheila Majid untuk single-single yang mendatang juga ia satu idea yang baik. Dan keinginan saya untuk melihat Sheila mengembalikan 80’s groove yang pernah dia hadirkan di zaman gemilangnya menerusi Warna, Sinaran, Relakan, Panorama mungkin akan menjadi nyata.an
Januari saya kira dibuka dengan baik akan rilis ini. Buat yang jemu dengan Balada yang berulang, “Believe in Love” memberi harapan besar buat kita menikmati kembali muzik tempatan yang lebih berwarna dan beragam sifatnya.
Lagu: Ngeluwihi Artis: Tiara Andini Komposer / Lirik: Chris M Yong / Hyuk Shin / SYA / Tiara Andini
Tiara benar-benar seperti mahu mencabar kemampuan bermuziknya. Sejak mengedarkan single Pop “Flip It Up” dia tidak menoleh kebelakang dengan terus menghasilkan Balada. Meneruskan kelangsungan bermuziknya dengan sebuah lagu eksperimentasi EDM Pop menerusi “Ngeluwihi”.
Sekali lagi bersama komposisi muzik Hyuk Shin yang turut menghasilkan “Flip It Up” kali ini kolaborasi ini mengeksplorasi muzik Jawa sebagai infusi menghidupkan jaluran Pop yang dihasilkan. Melodinya terhasil kemas sebagai sebuah konsep yang banyak di pasaran muzik global hari ini.
Tiara memiliki attitude yang tepat untuk lagu-lagu begini. Sebutannya juga tidak kedengaran janggal dalam persembahan penuh berbahasa Inggeris ini. Korus lagu ini sebagai pengikat utama kita melayaninya tanpa rasa mahu berhenti.
Perjalanan barunya ini saya kira akan sangat beriring restu penggemar muziknya. Pertaruhan Balada yang selama ini memberi nadi panjang untuk bermuzik akan berterusan baik dengan penghasilan lagu ini. Sebuah idea yang baik untuk Tiara evolve sebagai pemuzik tanpa perlu bergantung ilham serupa selamanya.
2023 Menemukan saya dengan banyak nama-nama baru yang cukup menarik perhatian pendengaran. Datang dengan idea masing-masing membentuk muzik yang tersendiri tanpa bergantung pada apa yang popular di pasaran semasa semata-mata.
NAKI satu daripada yang menarik perhatian. Berbekal single demi single juga EP, tahun lalu seperti tahun yang membuah ilham besar buatnya berkarya bebas. Single seperti “Pamit” dan “Lelah” antara yang terhasil memikat sekali namun pendengaran saya begitu terarah pada lagu “Puspita”.
Terilham sebagai sebuah Folk love song, NAKI menulis lagu ini dengan cukup puitis sekali. Terpesonanya saya pada pendengaran pertama kerana membacakan penulisan liriknya. Bersama melodi yang membuai bait-bait indahnya disusun begitu kemas. “Senandika ku berkata ku merinduimu // Ku terperangkap // Dalam asmaraloka // Bersama sahmura yang nirmala.”
Melodinya begitu memikat di bahagian korus sehingga ke hujungnya semurna dibaluti kakarater vokal NAKI yang menyenangkan. NAKI memiliki attitude tersendiri dalam penyampaiannya yang datang dengan sifat cukup manly dan kuat karakternya.
Melodi lagu sebegini sememamngnya memberi kelebihan buat karakter vokal yang dia miliki. “Puspita” datang dengan potensi besar untuk NAKI dikenali dan disenangi. Semoga beroleh rezeki dia mampu diraikan menjadi pemuzik yang dewasa dengan idea bermuziknya.
EP: Selamat Pulang Artis: Syiqin Azln Produser:Izzy Musa / Zac Empty Page
Perjalanan menikmati muzik Folk tempatan akhiran ini semakin menarik dengan bakat-bakat inide terutamanya yang berani keluar daripada ilham Pop dan mendominasi pasaran muzik yang niche tetapi sangat diperlukan bagi memberi warna dalam pasaran muzik tempatan.
Syiqin Azln satu daripadanya yang datang dengan sebuah EP berdurasi 17 minit yang bergerak sebagai sebuah idea, perjalanan dan pemikiran Syiqin sebagai seorang pemuzik. Terisi enam trak keseluruhannya, “Selamat Pulang” menjadi judul percaturannya kali ini.
EP ini dibuka dengan intro melankolis berjudul “Mula” sebelum ia bersambung sempurna dengan lagu penuh “Pelangi Kembali” (Syiqin Azlan / Izzy Musa / Hezza Ezzachary). Lagu ini bergerak sebagai sebuah melodi pengharapan yang menyenangkan sekali. Liriknya menyentuh dalam kesayuan yang sederhana dibaluti feel Syiqin yang sangat baik. “Semoga kita senantiasa // Kejar apa jua // Yang kau inginkan”
“Secukupnya“meneruskan journey muzik di EP ini dengan lebih tenang dan santai. Teringat saya pada Liyana Fizi dan membuat saya berfikir mengapa ya setelah Liyana Fizi tiada pelapis yang konsisten bermuzik dalam jaluran muzik begini? Rugi sebetulnya kerana pasaran muzik begini masih ada pengikutnya dan sangat kurang penyanyi wanita mahu dekat menghasilkan sound sebegini.
“Kita Pernah Bahagia” menjadi favorite track saya di EP ini. Penghasilan melodinya dalam teras Folk yang cukup banyak di pasaran muzik Indonesia hari ini. Dan Syiqin saya kira sangat berjaya membawakan ilham itu dengan caranya yang tersendiri. Melodinya mengikat terutama pada bahagian korus. “Rindukanlah // Semua kenangan // Yang kita ada // Kita bahagia // Walau akhirnya kita berpisah.”
Syiqin saya kira ada potensi besar untuk benar-benar diraikan muziknya. Penghasilan EP ini saya kira permulaan yang secukupnya untuk dia meyakinkan pendengar tempatan dan menjerat pendegaran dengan penghasilan melodi yang baik. Cuma ia berbalik pada pelan pemasaran yang baik untuk ia benar-benar sampai kepada pendengar muzik semasa.
EP ini ditutup dengan “Sincerely, You” melengkapkan “Selamat Pulang” sebagai sebuah kesinambungan muzik yang sangat baik. Saya harus berikan kredit buat kualiti rakaman EP ini, sound yang terhasil datang dengan standard yang sangat tinggi, instrumentasi dalam setiap lagu juga hidup dengan kemasan muzik yang sangat baik.
Saya punya harapan besar untuk Syiqin konsisten bermuzik. Kita perlukan bakat seperti ini untuk mengisi pasaran muzik yang sering datang dengan idea serupa (Penyanyi wanita terutamanya). Rujukan muzik Monita Tahalea dan Danilla adalah yang terbaik buat Syiqin evolve sebagai pemuzik yang dewasa dan bertumbuh.
Penyatuan suara, imej dan identiti bermuziknya tiada galang ganti. Biduanita Saloma cemerlang dalam setiap persembahan muziknya. Muzik Kita melewati karya-karya Jazz terbaik sepanjang karier muziknya.
BIMBANG (Ahmad Nawab / Samad Haron) Feel Jazz di lagu ini benar-benar lively. Rakaman muziknya dengan persembahan instrumentasi rakaman live menyatu sempurna dengan feel Saloma yang cukup mahal. “Bimbang” mungkin antara naskhah yang sangat jarang diberi perhatian tetapi terlalu banyak hal hebat di lagu ini yang harus diberi perhatian. Menjadi salah karya terbaik Saloma yang dirakamkan.
SERIBU TAHUN TAK MUNGKIN Groove di lagu ini membentuk satu attitude bermuzik yang begitu baik sekali. Menyatu sempurna dengan persembahan cheeky Saloma dalam penceritaan yang bersulam humor. Rakaman muziknya cukup hidup dan enjoyable sekali untuk dinikmati. Such a refreshing song untuk kembali dinikmati muziknya hari ini.
LAYANG-LAYANG Iramanya cukup santai dalam persembahan muzik Jazz yang cukup kental membaluti keseluruhan lagu ini. Terasa sekali jiwa dan gerakan nadanya seperti menikmati standard Jazz yang ada di arena lebih global.
JELINGAN MATA (P. Ramlee / S. Sudarmaji) Cukup ikonik dan timeless begitulah persembahan “Jelingan Mata” yang masih didengari dan dinyanyikan berganti generasi. Persembahan muziknya cukup mahal dengan kemasan live music dan keasyikan menikmati persembahan nyanyian Saloma yang cukup ahh, menggoda.
IMPIAN MUSNAH (Ahmad Nawab / Jamil Sulong) Melankolik melodinya dihidupkan dengan susunan muzik yang cukup soulful. “Impian Musnah” menjadi antara lagu yang paling menarik dalam pengalaman menikmati nyanyiannya. Cukup mellow, menyentuh dan memuaskan.
BOSSANOVA (Ahmad Nawab / Ainul Jamal) Manipulasi irama Bossa dalam persembahan lagu Melayu yang paling ikonik pastinya ada pada lagu “Bossanova”. Cukup catchy, menarik dan mengikat. Mendengarkannya bagai tiada tarikh hayat akhir. Biar apa jua era muzik berganti, “Bossanova” kekal timeless.
Dengarkan rangkaian lagu-lagu Jazz terpilih Puan Sri Saloma di mixtape yang Muzik Kita sediakan:
Balada galau benar-benar meneruskan momen besarnya di Indonesia sepanjang tahun lalu. Dengan rangkaian lagu-lagu seperti “Sial”, “Tak Segampang Itu”, “Jiwa Yang Bersedih” dan beberapa lagi yang cukup booming tahun lalu membuka laluan untuk ramai penyanyi menjual ilham serupa.
Rimar yang pernah menjuari program Indonesian Idol satu daripadanya yang tidak putus menghasilkan single Balada yang terhasil dalam persembahan yang sedih dan membuai. Setelah kejaan rilis seperti “Waktu & Perhatian” serta “Cinta Yang Ku Tunggu”.
Sekali lagi menerusi lagu ini Rimar membuktikan kesederhanaannya yang secukupnya untuk memberi justifikasi yang baik pada penghasilan keseluruhan lagu ini. Melodinya tidaklah terlalu luar biasa, masih berlegar ilham yang biasa kita pernah nikmati.
Namun untuk suka pada lagu-lagu begini tidaklah terlalu sukar. Cuma saya kira tiada yang terlalu istimewa dalam persembahan keseluruhan. Ideanya berulang baik melodi atau liriknya semuanya sudah banyak di pasaran muzik Balada.
Rimar saya kira di tahun ini benar-benar harus merombak kembali percaturan bermuziknya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berimpak, datang dengan identiti yang kuat serta tidak terlalu terikat dengan ilham Balada sahaja.
Dia memiliki suara yang baik juga fleksibel untuk masuk dengan apa juga jaluran muzik, agak sayang jika dia masih mahu meneruskan Balada sebagai percaturan. Sekali sekala saya kira dia harus keluar sekejap daripada jaluran ini dan lakukan sesuatu yang lebih mencipta impak berbeza.
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) akan mempersembahkan sisi muzik yang berbeza apabila ia mempersembahkan konsert bertemakan Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal pada Sabtu, 2 Mac 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Konsert yang bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose ini akan menyaksikan rangkuman tradisi dan muzik yang harmoni dalam satu keraian budaya yang gemilang. Kali terakhir MPO mempersembahkan konsert bertemakan tradisional ialah pada tahun 2012 melalui konsert Keroncong Merdeka.
Konsert kali ini akan menampilkan semula biduanita legenda Dato Yusni Hamid di pentas DFP dan beliau akan berkolaborasi dengan penyanyi angkatan generasi baru Haziq Rosebi dan Asmidar. Kombinasi dinamik ini bakal menjadi sebuah sinergi untuk kelangsungan legasi irama keroncong dan ghazal agar terus hidup dan tidak hilang ditelan zaman.
Dilahirkan pada tahun 1951 di Kuala Lumpur, Dato Yusni Hamid mempunyai pengalaman yang amat luas dalam industri muzik tanahair. Beliau telah melahirkan 11 buah album dan dianugerahkan pelbagai pingat bagi menghargai sumbangan beliau untuk dunia seni. Beliau merupakan penghibur yang kerap diundang ke majlis rasmi Kerajaan dan istana negeri, dan juga Istana Budaya dan The Esplanade, Singapura.
Bakat penyanyi Haziq Rosebi terserlah sejak beliau menyertai Akademi Fantasia musim keempat pada tahun 2006. Anak jati Johor ini cukup sinonim dengan irama tradisional dan merupakan antara artis lelaki muda yang gigih memperjuangkan legasi lagu klasik menjejaki idola beliau Dato Ahmad Jais dan Tan Sri SM Salim.
Asmidar merupakan naib juara Bintang RTM (2001), juara Bintang Asli (2006) dan Vokal Bukan Sekadar Rupa (2011). Beliau pernah mewakili Malaysia di pertandingan World Championship of Performing Arts di Los Angeles dan terlibat dalam D’ Academy Asia di Indonesia (2016). Seperti Haziq, beliau juga memperjuangkan irama tradisional dan lagu klasik dalam misi memperkenalkan budaya kita ke mata dunia.
Layari perjalanan indah apabila irama keroncong dan ghazal bergabung dengan keunggulan muzik MPO melalui karya malar segar seperti Sayang Di Sayang, Bisikan Hati, Dari Hati Ke Hati, Jauh Di Mata, Penawar Rindu, Seri Mersing, Empat Dara, Juwitaku Sayang dan Selasihku Sayang. Kesemua lagu-lagu ini bakal digubah untuk persembahan orkestra oleh Luqman Aziz, Ilham Subri, Azhad Sulaiman dan Ahmad Muriz Che Rose sendiri.
/ / Orkestra: Orkestra Filharmonik Malaysia Konduktor: Ahmad Muriz Che Rose konduktor Vokal: Dato Yusni Hamid /Haziq Rosebi / Asmidar vokal
Premium: RM408, A Reserve: RM368, B Reserve: RM298, C Reserve: RM218
Lagu diciptakan pertengahan 2023 ini dirilis secara tiba-tiba setelah ia membagikan video penggarapannya via unggahan Instagram sehari sebelum lagu beredar.
Jika di single sebelumnya nyanyian Danilla diiringi suara biola, viola, dan celo, di lagu “Tak” ia mengandalkan alunan piano dan choir untuk mengiringinya. Dalam menyusun komposisi lagu ini, Danilla bekerja sama dengan komposer Otta Tarrega.
“Kami enggak mau banyak eksplor di instrumen lain lah intinya karena maunya lagunya sesederhana ini,” kata Danilla saat dihubungi via WhatsApp (02/01).
Saat ditanya mengenai lirik lagu “Tak”, Danilla mengatakan, bahwa isinya sudah menggambarkan makna yang apa adanya. Ia menambahkan, “Aku waktu itu sempat ngobrol bareng teman-teman musisi. Ya, ada beberapa sebetulnya lagu-lagu atau karya kami yang sebenarnya enggak mau untuk ngasih tau tentang apa.”
Danilla ingin membebaskan para pendengar untuk merasa relate dengan segala aspek yang ada di lagu “Tak”, baik itu lirik, maupun musik yang disuguhkan. Hal ini dilakukan karena ia merasa, single yang menampilkan foto kecilnya sebagai sampul memang untuk para pendengar.
Videoklip “Tak” yang sudah bisa disaksikan via kanal YouTube Danilla Riyadi menampilkan dirinya sedang mengendarai mobil sambil mendengarkan lagu. Pemilihan adegan ini dilakukan karena menurutnya mendengarkan lagu di mobil terasa lebih fokus, sehingga lebih bisa meresapi makna lagu.
“Lagu sedih gak bermaksud untuk bikin kamu sedih, tapi untuk relieve aja sampah-sampah yang ada di dalam. Ya aku senang sih kalau bisa membuat orang-orang ini jadi lebih lega,” pungkas Danilla.
Setelah mengeluarkan single “Sarwa” dan sekarang “Tak”, sang solois mengaku belum memiliki rencana untuk memasukkan kedua lagu tersebut, misalnya ke album. Namun, satu yang pasti, perilisan lagu “Tak” adalah momentum untuk mengembalikan semangat independen dalam berkreasi.