Review,

Kopratasa (Aku Ingin Kembali) Persembahan Puisi Yang Dipandang Sepi

Saya tidak pasti berapa ramai yang sedar akan kehadiran album Folk Pop daripada kumpulan legenda folk tempatan, Kopratasa. Aku Ingin Kembali mula beredar pada awal tahun sekitar bulan April yang lalu di semua platform digital.

Aku Ingin Kembali merupakan album penuh Koratasa setelah yang terakhir Mulia yang diedarkan FMC sekitar tahun 2003. Namun kugiran ini tidak pernah senyap sebetulnya. Tahun lalu mereka mengeluarkan EP lima lagu berjudul Mathnawi – Rumi yang cukup deep penghasilannya.

Saya akui pada tahap ini kebijaksanaan pendengar kita akan benar-benar teruji dengan teori muzik Kopratasa. Mathnawi – Rumi bukan naskhah komersil yang mudah dihadam. Akan tetapi kalau anda pendengar yang bijak ad acara yang tepat untuk menghadam segala isi cerita muzik dan falsafah kugiran senior ini.

Sepertimana kugiran-kugiran folk nusantara yang lainnya, Kopratasa juga bergerak atas landasan Folk yang asas. Penulisan lirik menjadi kekuatan muzik ini dan satu cara paling baik untuk menghayati Aku Ingin Kembali adalah dengan memahami teks lirik yang ditulis.

Melodi-melodi dalam album ini bergerak atas penceritaan lirik. Saya kira di sinilah istimewanya Kopratasa. Tiada melodi yang hook at your first listen tetapi kalau anda dengar sambal membaca nashkhah liriknya. Anda akan terbuai, melayang dan berfikir akan segala falsafah seni yang mahu diresapkan mereka.

Isu-isu ketuhanan dan kemanusiaan menjadi asas cerita dalam setiap lagu dalam album ini. Seawal pembukaan lagu Hidup mereka sudah berbicara tentang kemanusiaan

“Hidup adalah seni di dalam seni yang tersendiri.
Kita adalah diri di dalam diri yang menyendiri.”

Dan bait-bait puitis ini diteruskan dalam lagu-lagu lainnya seperti Cinta. Saya amat sukakan intro lagu ini cukup baik sekali penghasilannya. Kesepian dan kesuraman  diri manusia ditafsirkan dalam teks penceritaan yang cukup puitis sekali.

Lagu-lagu puisi Kopratasa bergerak atas satu landasan yang cukup jelas. Sepertimana saya katakan awal tadi cara terbaik untuk menikmati album ini adalah dengan menghadam segala kata-kata mereka dalam setiap lagu yang dipersembahkan.

Dan dalam banyak-banyak lirik yang ada dalam album ini lagu Mati antara puisi terbaik yang ditulis.

“Teman sejati adalah mati,
Teman mati adalah sepi…”

Album ini kaya dengan segala kata-kata yang anda perlukan dalam pembersihan jiwa dan pendengaran. Album ini berjalan atas satu landasan cerita harafiah manusia sebagai manusia, sebagai hamba. Lihat sahaja bagaimana rencana susunan trak dalam album ini. Bermula dengan Hidup dan berakhir dengan Mati.

Peluang untuk mendengar lagu-lagu dalam album ini di radio sudah hampir pasti tiada. Tetapi andai kata anda sudah terlalu bosan dengan lagu-lagu anak muda yang mahu mati kerana cinta, saya amat mencadangkan anda untuk ambil seberapa banyak masa untuk hadam dan faham setiap teks puisi yang Kopratasa persembahkan untuk kita ini.

 

#RetrospektifMuzik,

Elyana – Jadi Diriku (2007) Persembahan Muzik Penuh Attitude

Lama sebenarnya saya tidak memutarkan album ini. Peluang menonton Elyana minggu lalu sebagai penyanyi jemputan Kilauan Emas bikin rindu mahu dengar album ini. Jadi Diriku sebetulnya adalah kemunculan terakhir penyanyi berbakat ini sebelum dia sepi tanpa sebarang album penuh.

Dan sayang sebenarnya dia menghilang di saat Malaysia kekurangan penyanyi yang mampu membawa satu definisi Pop Rock yang sedikit berbeza dan datang dengan penuh attitude. Elyana bertuah saya kira kerana dibentuk Aidit Alfian kerana album sebelumnya, Bicara Mata Ini (2005) yang menampilkan hit Tak Tercapai Akalmu dan Diriku Tapak Sulaiman juga menjadi album penting dalam kembara kariernya sebagai penyanyi.

Aidit mencipta formula yang tepat untuk Elyana menjadi berbeza kerana jika mahu dinilai daripada dua album terawalnya – Satu (2002) dan Segalanya (2003)Elyana hanyalah seorang penyanyi Pop yang biasa-biasa sahaja. Boleh menyanyi tetapi tiada faktor x.

Menerusi album Bicara Mata Ini dan Jadi Diriku saya percaya Elyana sudah menemukan formula yang tepat untuk dia berdiri sendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi lain. But again sayang, perjuangannya terhenti selepas kemunculan killer album ini.

Hampir kesemua trak dalam album ini memanjat carta radio tempatan seingat saya. Bermula dengan single Kau Atau Aku, Kalis Rindu(yang juga berjaya ke final AJL), Molek, Hati Bentuk Cinta dan Bukan Satelit semuanya hit belaka.

Album ini dibuka baik dengan Kalis Rindu. Trak ini sangat original bagi saya sebagai sebuah Pop Rock yang punya semangat dan bunyi lokal yang sangat baik. Penulisan Ad Samad juga bukan sebarangan. Saya sentiasa suka cara dia memilih kata-kata dalam penulisan liriknya. Penyampaian vokal Elyana juga cukup impresif sekali.

Molek pula antara all-time favorite saya dalam album ini. Trak ini punya versa yang baik, korus yang kuat, susunan muzik yang hebat dan sekali lagi penyampaian selamba bebas Elyana bikin segalanya sempurna.

Kehebatan melodi dalam penciptaan lagu ini diteruskan dalam trak Kasih Berkalih Tujuh. Trak ini punya kesinambungan yang baik selepas Molek. Saya cukup sukakan trak ini terutama sekali bahagian korusnya yang again saya ulang punya attitude yang tersendiri.

Hati Bentuk Cinta meneruskan momentum album ini dan setakat di sini saya begitu enjoy dengan penulisan lirik dalam album ini. Semuanya bercerita tentang cinta tetapi pemilihan perkataan dan susunan ayatnya begitu sedap dan genius sekali.

Berlegar kata di bibir yang manis pulang ke budi,
Berlegar tangis di gelanggang hiba pulang ke pangku.
Pangku mana satu?
Tentulah tempatnya sisiku.
Kau pernah tinggal sini, Kau pernah buat janji, Kerana itulah kumenanti.

Dan meneruskan lagi ayat-ayat sedap yang saya boleh baca dan seronok untuk difahami adalah trak Bukan Satelit. Trak ini juga antara yang saya ulang dengar berkali-kali kerana terlalu sedap sekali hasilnya. Korusnya saja sudah buat saya seronok terbuai dengan persembahan Elyana.

Kita manusia, bukannya satelit
Mampu terpulau mengorbit angkasa
Pastinya kita perlukan sentuhan jiwa ke jiwa
Menolak sengsara kesepian.

Ku Jadi Teman punya korus yang sedap begitu juga dengan Jambatan Mana tetapi tidak sekuat trak sebelumnya. Ada semangat muzik Kristal sedikit dan saya boring. Syukur Kusedar kembali dengan mood lebih deep dan again deep vokal Elyana dalam trak ini juga sangat sedap dan menjadi sekali. Liriknya ditulis arwah Loloq penuh humanis. Baca saja bait ini:

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan cintaNya
Kepada kita insan.

Album ini ditutup dengan single perdana album ini iaitu Kau Atau Aku yang menjadi nadi Elyana. Trak ini sangat cocok dengan karakter vokalnya dan ya dia menyampaikan trak ini dengan penuh attitude.

Maafkan saya jika saya terlalu mengulang perkataan ‘attitude’ dalam review ini. Bukan apa kerana semua perkara tentang album ini menggambarkan perkataan tersebut. Saya gembira kerana saya masih lagi punya salinan album ini dan masih mampu enjoy album ini biarpun sudah hampir sedekad usianya.

 

Saya juga berharap jika Elyana mahu membuat comeback, dia merujuk kembali album ini atau kembali sahaja bekerja bersama Aidit kerana gabungan mereka berdua bersama lirik hebat Ad Samad adalah perfect match!

Uncategorized,

Ali Aiman – Overture (2014)

Artis: Ali Aiman
Album: Overture (2014)
Penerbit: Ali Aiman
Verdik: 5/5

Saya mula mendengar Ali Aiman sekitar awal tahun ini di You Tube. Trak Jangan Kau Pergi kuat pengaruh pop dan balada ala kebanyakan singer songwriter seperti Aizat dan Amir Jahari. Selepas membaca tentang EP Overture di beberapa laman web tempatan saya begitu teruja untuk mendengar keseluruhan prosuksi album ini. Berdasarkan trak Jangan Kau Pergi, sangka saya it’s gonna be an acoustic pop album tetapi jauh sekali sangkaan tersebut. Ali Aiman membawa idea muziknya ke fasa yang lebih semasa tetapi tidak sedikit pun berkompromi dengan kualiti yang biasa-biasa. Semuanya tentang album ini adalah hebat belaka.

Saat mendengar single Breathe saya pantas membayangkan James Blake dan ya keseluruhan EP ini punya feel yang serupa dengan pemuzik kelahiran London tersebut. Trak ini sangat haunting. Dari saat petikan piano yang menjadi pembuka sehingga kepada feel Ali dalam penyampaiannya yang tenang bikin trak ini sesuatu yang cukup segar untuk dibawa ke mainstream. Trak ini sebuah trak melankolik tetapi tenaganya tidak lemah. Ia dibantu susunan muzik yang cukup impresif sekali and again saya sangat puas mendengar petikan piano dalam trak ini.
Every Little Thing hadir dengan groove yang sangat baik. Verse lagu ini sangat baik dan korusnya juga sekali lagi menjadi kekuatan trak ini. Saya kira Ali Aiman seorang yang bijak dalam permainan melodi dan bagaimana mahu membawa trak yang dicipta dengan menjadi satu naskah yang baik. Kerana terus terang lagu ini mampu menjadi trak pop catchy yang banyak ada di radio hari ini namun pemuzik ini memlilih untuk memberi rendisi yang lebih kreatif dan tidak terikat dengan apa yang sudah ditawarkan di radio. Di sini saya mula tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. Kebijaksanaan yang tidak dimiliki ramai bakat baru hari ini.
Pavane For a Dead Princess merupakan trak instrumental klasik Maurice Ravel yang mula dicipta pada 1899 dengan rendisi piano sebelum digubah sempurna menjadi trak orkestra pada 1910 yang sehingga hari ini menjadi trak penting dalam sejarah muzik klasikal. Ali Aiman memberi sentuhan moden yang cukup menyenangkan. Jika Ali berada di depan saya sekarang ketika saya mendengar trak ini saya akan bangun dan salam ucap tahniah padanya. Kebijaksanaan yang ada pada bakat ini saya sanjung tinggi. Semangat melodi asal trak ini tidak diubah secara total hanya diberi suntikan lebih moden dengan tambahan lirik dan susunan muzik yang cukup baik. Apa dilakukan Ali mengingatkan saya pada apa dilakukan Audi Mok menerusi trak Cinta nyanyian Nikki yang mengambil sample trak Mozart sebagai rujukan dan mencipta rendisinya yang cukup tersendiri. Trak ini saya ulang dengar berkali-kali kerana kagum pada penghasilannya.
Peaceful State of Mind kembali dengan groove tetapi masih deep. Beat trak ini menghidupkan melodi yang sedikit flat tetapi hal dua perkara ini (groove dan melodi) menyatu baik menjadikan ia trak yang baik. Namun ia sedikit mudah untuk dilupakan. EP ini diteruskan dengan trak Armour and Glass yang sangat deep moodnya. Sekali lagi petikan piano dalam trak ini amat hebat memainkan peranan membantu melodi mellow yang sangat dirasi feel-nya. Saya sukakan cara Ali menyampaikan trak ini. Vokalnya tenang, tidak terlalu mencuba untuk kedengaran sempurna sedapnya tetapi cukup untuk memberi justifikasi pada trak hebat ini.
Review ini saya tulis sehari selepas pengumuman pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-21 dikeluarkan. Seperti biasa saban tahun pun akan ada yang tidak kena tetapi memang begitulah percaturannya. Saya berharap nama Ali Aiman tersangkut untuk pencalonan ini dan mungkin juga untuk kategori susunan muzik terbaik dan rakaman album terbaik tetapi malangnya tiada satu kategori pun yang tersangkut. Saya berharap Ali sebenarnya tidak menghantar Overture untuk AIM kali ini sebab jika dia memang benar menghantar album ini untuk pencalonan awal tetapi tidak tersangkut untuk pencalonan akhir saya adalah peminatnya yang paling kecewa. Tetapi tidak mengapalah saya kira AIM bukan medan percaturan mengukur hebatnya bakat ini.
Ali Aiman seorang pemuzik masa depan yang harus diberi lebih peluang, kepercayaan dan kebebasan untuk dia membikin muzik seperti apa yang dia mahu dan sekali gus membentuk satu lagi lapangan muzik kreatif agar kita tidak lagi terus terikat dengan idea pop yang serupa. Untuk Ali Aiman jika anda membaca review ini, terima kasih untuk sebuah persembahan rakaman terbaik untuuk sepanjang tahun ini.

#RetrospektifMuzik, Review,

Jaclyn Victor III

Jaclyn Victor – III
Producer: Aubrey Suwito, Anjang, Gigie, Nai Kong, Sharon Paul & Syed Nitrus
Genre: Pop
Verdict: 2.5 / 5

Jac kembali dengan album terbaru beliau setelah hampir 2 tahun tanpa sebarang album baru.Album yang memuatkan 8 track ini diterbitkan oleh nama-nama fresh dalam industri, Gigie (6ixth sense) Syed (Nitrus) Anjang (Jinbara) selain senior-senior dalam industri seperti Aubrey Suwito, Sharon Paul dan Nai Kong. Apa yang menarik 3 daripada 8 track dalam album ini diterbit kan oleh Gigie dan 2 lagi Anjang dan Syed, which is something agak buat aku shock, sebab nama Gigie, Syed dan Anjang bukan lah antara nama favourite dalam penghasilahan album penyanyi bertaraf pop star seperti Jac (nama lain, Dato` Siti dan Misha Omar). Tapi aku tidak prejudis terhadap isu ini. Ini adalah sesuatu yang harus dipandang postif, when pop star meet rock star dan inilah hasilnya Jaclyn Victor III.

Kita mulakan dengan memberi rating album ini dengan 5 bintang dan mari kita sama-sama lihat adakah album ini akan kekal 5 bintang di penghujung review ini.

Album ini dibuka dengan track Koleksi Gemilang yang memuatkan lebih 20 buah lagu-lagu pop tempatan yang selama ini menjadi tunjang kepada industri muzik tempatan. Bagi aku ini antara adalah sesuatu yang berani. Susunan muzik dalam lagu ini ada naik dan turun kadang-kadang terasa seperti anti-klimaks namun masih relevan. Lagu ini dimulakan dan diakhiri denga track Gospel Blues, Gemilang. Ada beberapa part yang betul-betul aku suka antaranya ketika gabungan lagu

.Bukan Cinta Biasa – Rahsia Pohon Cemara – Janji Manismu – Suratan Atau Kebetulan – Isabella
.Suci Dalam Debu – Warisan Wanita Terakhir
.Sejati – Disana Menanti Disini Menunggu – Kekasih Awal Dan Akhir

Bagi aku susunan yang dilakukan ole Naikong not bad at all even macam aku cakap awal tadi ada part yang anti-klimaks dan tiba-tiba, itu masih boleh dimaafkan. Aku rasa Nai Kong sudah menempah nama untuk selesa berada dalam top 5 susunan muzik terbaik untuk AIM next year. Dan apa yang pasti, Jac juga bakal menang banyak award untuk track ini. At this poin album ini masih lagi 5 bintang.

Track kedua, Jatuh Cinta hasil ciptaan Panji dan diterbitkan oleh Gigie. Track dengan nuansa pop rock ini bagi aku fun dan seronok didengar, dan dengarkan screaming Jac pada bait “…Dia Spectacular!” beautiful dan undercontrol. Track ini sangat fresh ada mood band2 sket la.

Diikuti first single dalam album ini Bertamu Dikalbu (Anjang). Terus terang on the very first time dengar lagu ini aku ingat lagu ini adalah lagu saduran daripada 80`s or 90`s song. Meleleh abes. But the fact that beautiful voice milik Jac buat aku melayang jauh. Track ini bagi aku tidak begitu sihat untuk industri sebab ia akan lebih membuatkan muzik melayu terus jadi statik dan stagnant tanpa bergerak kemana-mana namun atas kekuatan yang diberikan jac melebihi daripada tuntutan lagu ini, album ini masih 5 bintang pada saat ini.

Track seterusnya Senandung Beradu ciptaan maestro pop Malaysia Mr.Aubrey Suwito membawa kita sekali lagi melayang dengan vokal indah Jac. Lagu ini punya melodi yang baik namun bukan yang terbaik untuk penyanyi seperti Jac. At this poit buat aku fikir, adakah lagu yang baik akan jadi lebih baik dengan penyanyi yang baik atau lagu yang biasa akan jadi lebih baik dengan penyanyi yang baik (Rujuk Bertamu Dikablu). So perkara ini buat aku fikir which one is better? Pada detik ini aku masih berbaik hati dan kekalkan 5 bintang untuk album ini.

This is the real judgement point. Track Ku Tak Bisa, Ku Ingin Mu dan Biarlah. Bagi aku tiga track ini betul-betul membunuh album ini. Aku tak nampak ada perbezaan antara 3 track ini ketiga2nya berpaksi kepada melodi ballad yang berada pada level yang sama.

Perupamaan-nya begini kita dihidangkan dengan kuih lepat pisang, lepat labu dan tepung bungkus. Bukankah rasanya lebih kurang instead of kita dihidangkan kuih Tepung Bungkus, Pulut Panggang dan Badak Berendam. Apa yang aku cuba maksudkan disini kelima2 tersebut adalah kuih tapi kalau kuih di set kedua itu bukankan-kah lebih variasi dari segi rasa-nya. Same goes with ballad, kita ada banyak jenis ballad tapi untuk meletakkan 3 ballad yang punya ‘rasa’ yang sama pararelly pada satu album yang sama, buat aku rasa jemu dan statik.

Dalam 3 track ini bagi aku Track Ku Ingin Mu (Sharon Paul / Sulu Sarawak) ada sedikit suntikan istimewa dalam susunan muzik namun dibunuh habis oleh lirik yang super-cliche hasil nukilan Sulu Sarawak (rujuk: Izinkan Ku Pergi – kaer) “…Setiap langkahku , berdua menyemai kasih dikalbu, dengar kasih ku dengan mu tiada berdusta…” Super- Cliche! Bagi lirik sangat memian peranan buat kita betul-betul boleh hayati sesebuah lagu. All those word yang semacam Janji, Menyemai Cinta, Tiada Dusta etc. sudah patut pupus dalam gaya penulisan lirik lagu tempatan (rujuk: penulisan lirik dalam album Hawa-Nikki hasil tulisan Ad Samad yang sangat kreatif dan berisi). Jadi disini dengan berat hati aku terpaksa minus 2 1/2 bintang. 2 bintang ditolak untuk 1 ‘rasa’ yang sama dalam 3 hidangan dan 1/2 bintang lagi ditolak untuk lirik yang tiada kemajuan.

Album ini ditutup dengan track pop dengan mood jazzanova, Tentang-mu karya Faiz Azizi dan Adi daripada 6ixth Sense. This track actually sekadar biasa bagi aku. Antara track yang boleh diulang dengar tanpa masalah. Lagipun track ini antara other side of vokal Jac yang lebih relax.

Album ini mengingatkan kata-kata Audi Mok, “Dont have to better just be different”. Rujuk kepada track 90`s Bertamu Dikalbu aku rasa lagu ini masih boleh dimaafkan kerana lagu ini adalah ‘Different’ dalam album ini. Dan yang pastinya track Koleksi Gemilang adalah killer kepada album ini, tanpa lagu tersebut album ini hanya ada Bertamu Dikalbu dan kelantangan vokal Jac semata. So formula when pop star meets rock star dalam album ini agak tak menjadi, sebab rock star dalam album ini sangat mencuba untuk jadi pop star seperti Jac. Seharusnya identiti dan kreadibiliti mereka sebagai penulis harus dikekalkan.

Overall album ini bermula dengan sangat baik diawalnya namun dibunuh habis dengan 3 track yang aku sebutkan tadi. Daripada 5 bintang yang aku berikan pada awal review, dan setelah di-minus 2.5 bintang dengan berat hati, album ini hanya layak mendapat 2.5 bintang.