
Lagu: To Lose
Artis: Titi DJ
Komposer / Lirik: Titi DJ / Vega Antares / Pandean
Produser: Titi DJ / Answer Project
Berawal dengan hits “Hati-Hati di Jalan” yang diberi singkatan #TitiDJ melepaskan ilham gila netizen Indonesia yang mahukan Titi DJ membikin sebuah lagu bagi menjawab kenyataan di balik lagu terbaru Tulus itu.
Menyahut dengan terbuka keinginan netizen, Titi dj – Sang diva Pop Indonesia menghadiahi penggemarnya dengan sebuah lagu yang memberi jawapan balas pada lagu “Hati-Hati di Jalan” dengan menghasilkan sebuah lagu berjudul “To Lose” (Tulus).
Diciptakan melodi lagu ini oleh Titi DJ sendiri bersama Vega Antares dan Pandean, lagu ini terhasil daripada perspektif pasangan dalam bait-bait lirik yang dibuai dengan melodi Pop yang begitu menyenangkan sekali.
Dibuka dengan begitu telus menjawab pesan Tulus untuk berhati-hati di jalan, Titi DJ menulis “Mudah bagimu untuk bilang kepadaku, Hati-hati di jalan” sebelum meniti korus yang semakin menarik jawapannya, “Bagai menegakkan benang basah, Banyak sama namun harus berpisah.”
“To Lose” terhasil dalam sebuah melodi Pop yang baik sekali penghasilannya. Melodi, lirik dan susunan muziknya menyatu dengan sangat baik. Penulisan liriknya menjadi killer utama untuk pendengar benar-benar mampu untuk suka dengan penghasilan lagunya.
Kedengaran cukup current dan kekinian – Saya pasti juga ia tercipta baik kerana keterbukaan Titi DJ dalam mengadaptasi muzik semasa dengan kredibilitinya sebagai pemuzik senior. Hal ini yang seharusnya ada pada bakat senior yang lain untuk lebih bebas dan senang beradaptasi dengan cara generasi baru bermuzik.
Simple namun masih mengikat dan menjerat. Titi DJ menutup lagu ioni dengan bait solid menjawab pesanan Tulus dengan menulis “And I’m still learning to lose you.”
8.8/10
ARTIKEL BERKAITAN