
Lagu: Overthinking
Artis: Marion Jola
Komposer / Lirik: Dennis Talakua / Marion Jola
Produser: Dennis Talakua
Marion Jola saya kira sudah berada di tahap cukup selesa melewati hari-hari sebagai Pop star yang utuh fundamental sebagai seorang penghibur. Memiliki penggemar yang tersendiri, rangkaian lagu-lagu yang akan sentisa diulang dengar.
Apa yang harus dia lakukan sekarang hanyalah untuk terus meraikan penggemarnya pada masa yang sama mencuri perhatian penggemar baru muzik Pop Lala (Panggilan peminatnya).
Tahun lalu langkahnya agak perlahan, hanya sekadar sebuah rilis kolaborasi bersama Danilla dan Ramegvrl menerusi track sensual “Don’t Touch Me”.
Terkini meneruskan langkah bermuziknya Lala menzahirkan sebuah lagi lagu Pop berjudul “Overthinking” yang saya sifatkan belgitu Lala sekali penghasilannya.
Cukup catchy dengan ilham muzik semasa, Lala menerusi single ini sudah cukup selesa dan faham kehendak penggemarnya yang sentiasa dahagakan lagu begini.
“Overthinking” saya kira tidak sukar untuk membuat anda suka dengan penghasilan keseluruhannya kerana ia cukup moden, disiapkan dengan produksi muzik yang kemas dan kekinian.
Lagu ini cukup komersial cuma saya berharap setelah single ini Lala dapat memberi kejutan yang lebih, yang tidak pernah kita bayangkan ia akan datang daripadanya. Semoga.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pelayaran Emosi Reza Artamevia Menerusi Rakaman Semula “Cinta Sejati”