
Lagu: Kecurigaan
Artis: Adibah Noor
Komposer / Lirik: Chevry Amry
Susunan Muzik: Azlan Abu Hassan
Terlalu rindu dan terlalu lama sebetulnya menantikan lagu terbaru daripada Adibah Noor yang kali terakhir menzahirkan sebuah album pada tahun 2011 dengan judul “Teman”. Setelah itu Kak Dib merilis beberapa single seperti “Bahasa Rindu” sebuah lagu raya dan Pop Patriotik bersama Dina.
Sempat berkonsert pada tahun 2016, Adibah Noor menyampaikan beberapa lagu baru – satu duet bersama Misha Omar berjudul “Jiwa Sentuh Jiwa” dan duet bersama Anuar Zain ciptaan Azlan Abu Hassan yang saya kurang pasti judulnya.
Menantikan lagu-lagu tersebut dirilis bagai buah tak gugur, saya sebetulnya peminat Kak Dib yang kecewa. Dua lagu tersebut sangat kuat untuk meneruskan kelangsungan populariti Kak Dib sebagai penyanyi namun disimpan terlalu lama. Saya tidak pasti mengapa dan hampir give up menanti.
Kelibat Kak Dib di pentas di GV antara kejutan dan keterujaan. Untuk melihat dia menyanyi itu hal yang sentiasa penggemarnya mahukan. Maka ya keputusannya untuk ke pentas GV itu sesuatu yang dinanti. Adat bertarung, percaturan dan strategi ada yang mengena ada yang tidak.
Biar tidak bergelar juara, Adibah Noor pantas merilis sebuah single terbaru projek komposer muda Chevry Amry (yang juga bakal melepaskan sebuah single terbaru Aishah lirik Habsah Hassan) menghasilkan lagu berjudul “Kecurigaan” yang melodinya tidak sukar untuk dinikmati.
Persembahan vokal Kak Dib sangat-sangat powerful. Melodi begini di tangannya bukanlah sesuatu yang sukar untuk dia lantunkan dengan flawless. Kemasan muzik Azlan Abu Hassan yang menyusun sempurna melodi ciptaan Chevry ini memberi sentuhan Soulful Ballad yang baik.
Untuk penggemar Adibah Noor saya kira lagu ini tidak sukar untuk ditawan hati mereka namun untuk pendengar baru melodi begini mungkin agak old fashion tetapi masih sedap. But again persembahan vokal Adibah Noor itu sangat mahal untuk kita menolak lagu ini.
Saya sangat mengharapkan Kak Dib merilis “Jiwa Sentuh Jiwa” secepat mungkin kerana lagu tersebut terlalu indah, terlalu sempurna penghasilannya.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN