
Lagu: Superwoman
Artis: Titi DJ / Ashanty / Eka Gustiwana
Komposer / Lirik: Dwi Jayati / Michella Sudarsono / Salmaa Chetizsa
Untuk seorang figura muzik yang memulakan kariernya sejak era 80-an dan bertahan sehingga hari ini untuk kekal aktif dalam penghasilan lagu-lagu baru itu adalah sesuatu yang harus dikagumi. Jika boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang seangkatan dengannya masih tidak banyak.
Itulah magis kembara seni Titi DJ, biar berganti generasi dia masih utuh di pasaran semasa dan terus menghasilkan sesuatu yang tidak tewas dengan apa yang ada di pasaran semasa. She always ahead her time berbanding rakan seusia muziknya untuk terus menghasilkan sesuatu yang current.
Dan bagi membuktikan hal itu Titi DJ nadir dengan sebuah lagi naskhah Pop terbarunya berjudul “Superwoman” setelah merilis single“Show Off Your Colors” awal tahun lalu. Berkolaborasi bersama dua Anak Muda – Ashanty dan Eka Gistiwana, Titi DJ melewati pasaran muzik hari ini dengan begitu segar sekali.
Lagu ini terhasil dalam adunan Pop masa kini yang saat Pertama mendengarnya mengingatkan pada trak Doja Cat “Say So” – Muzik Pop di lagu ini tercipta cukup catchy, moden dan hadir dengan groove yang mencukupi untuk kita enjoy dengan hanya sekali pendengaran.
Korus lagu ini is a killer. Cukup sedap didengar dan sejujurnya jika tidak tahu siapa penyanyinya saya tidak akan membayangkan ia milik Titi DJ. Dihasilkan dengan semanagat muzik Pop hari ini yang banyak di pasaran global khususnya. Cukup berwarna dan enjoyable. Definitely a repeat mode.
7.7/10
ARTIKEL BERKAITAN