
Lagu: Tak Lagi Rindu
Artis: Melisa Hart
Komposer / Lirik: Aldy Fachrobby /Indah Anastasya / Tintin
Memuncak nama di sini ketika dia menyampaikan Di Persimpangan Dilema di pentas Indonesian Idol awal tahun ini dengan rendisi yang cukup tersendiri. Sederhana namun cukup merdu sekali intepretasi muzik dan vokalnya ketika itu.
Setelah itu nama Melisa Hart mencuri perhatian saya, saban minggu dengan bersahaja dia mementaskan persembahannya dengan penuh terkawal mengalun penuh emosi dibaluti konsistensi berpentas yang cukup meyakinkan ramai penonton yang sentiasa menantikannya.
Hadir dengan single perdana bersama HITS Record (Andmesh), Melisa menyerlahkan segala kebolehan bermuziknya dalam melantun Balada cinta menerusi lagu berjudul “Tak Lagi Sama”. Ditulis oleh Aldy Fachrobby, Indah Anastasya dan Tintin.
Kental dalam feel Indo Pop yang terhasil membentuk vokal merdunya, “Tak Lagi Sama” benar-benar menjual feel lembut dan merdu Melisa dengan justifikasi yang cukup baik sekali.
Biar tidak hadir dengan ilham baru dalam penghasilan Balada, lagu ini saya pasti sudah mampu memuaskan hati penggemar Melisa yang sudah memang menantikan original song daripadanya.
Namun saya pasti masih banyak ruang yang boleh diperbaiki daripada penghasilan melodi yang lebih baik, berbeza dan menyerlahkan sisi lain yang ada pada Melisa.
Lagu ini sekadar okey bagi saya cuma ia tidak datang dengan elemen baru dan sesuatu yang ekstra untuk mendekatkan pendengar yang tidak pernah mendengar Melisa untuk terpikat dengannya.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN