
Lagu: Jago Cemburu
Artis: Mark Natama / LaleIlmanNino
Komposer / Lirik: LaleIlmanNino
Vokal Mark Natama cukup mempesona seawal dia menghadiri uji bakat Indonesian Idol musim lalu dan sehingga ke pentas akhir acara itu, dia jarang mengecewakan penonton dengan persembahannya yang kadang hanya sederhana tetapi cukup membuai hanya kerana merdu, lembut dan gemersiknya alunan suaranya.
Sempat merilis dua single sebetulnya sebelum ke pentas Idol – “Yesterday” dan “Terkejar Waktu”, Mark Natama ke depan dengan garapan muzik R&B dan Soul. Meneruskan kelangsungan bermuziknya, dia tampil dengan sebuah single pasaran perdana berjudul “Jago Cemburu” yang saya sifatkan sabagai sebuah naskhah yang seimbang antara apa yang pasaran muzik hari ini sukakan dan seiring dengan citarasa muziknya.
“Jago Cemburu” terhasil dalam feel R&B yang kental dengan singnature melodi LaleIlmanNino. Lengkap denga groove, feel dan commercial value yang tinggi, lagu ini saya kira tidak sukar untuk menembus pendengaran pendengar semasa.
Produksi muziknya cukup kemas dengan kualiti rakaman yang tinggi standard nya membuatkan Pop LaleIlmanNino ini antara yang terbaik mereka hasilkan setelah penghasilan “Chrisye” (Diskoria / Eva Celia) dan “Satu” (Ruth Sahanaya) antara yang terbaik mereka hasilkan tahun ini.
Mark seperti biasa cemerlang di bahagian vokal yang menyempurnakan naskhah lagu ini dengan begitu baik. Saya menantikan lebih lagi single daripadanya selepas yang satu ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Sebuah Tribute Muzik Diskoria, Isyana Sarasvati & Ardhito Pramono Buat Kugiran NAIF