
Projek kolaborasi Ahmad Dhani dengan barisan bandmate Dewa 19 bersama pemuzik Indonesia diteruskan lagi bersama jazz band Maliq & d’Essentials setelah sebelum ini menghadirkan Pamungkas dan Yura Yunita dalam versi baru ” Risalah Hati”, “Kangen” dan “Cintakan Membawamu Kembali”.
Kali ini tampil dengan feel yang ternyata berbeza dengan versi asal, Maliq & d’Essentials memberi warna baru bagi 3 lagu rakaman semula “Kamulah Satu-Satunya”, “Aku Cinta Kau & Dia” serta “Aku Di Sini Untukmu” dengan rasa yang cukup berbeza seperti mendengar lagu baru.
Maliq & d’Essentials yang cukup dikenali dengan jaluran muzik Jazz dengan pengaruh Synth dan City Pop ini mencipta kosmik Pop berbeza pada ketiga-tiga lagu yang disusun kembali mengikut acuan muzik mereka.
“Kamulah Satu-Satunya” antara yang terbaik dihasilkan dalam memberi tafsiran muzik mereka yang tersendiri. Lagu ini saya kira keluar daripada acuan Pop Rock tanpa mengubah melodi asal tetapi memberi satu feel yang lebih segar dengan sound yang lebih current sekali. Lagu ini antara repeat mode saya kolabobarasi dua genius muzik ini.
Ahmad Dhani dalam kenyataan media berkata “Ternyata MALIQ bisa mengubah lagu-lagu Dewa 19 menjadi sesuatu yang berbeda daripada lagu aslinya. Sehingga tidak hanya menjadi lagu cover biasa karena yang dihindari menjadi lagu cover biasa. Alhamdulillah sampai saat ini artis-artis yang kami pilih artis yang kreatif sehingga lagu yang dinyanyikan menjadi cover tak biasa”.
Ketiga-tiga lagu ini siap beredar di gedung muzik digital.
ARTIKEL BERKAITAN
Kelangsungan Pop Judika Menerusi “Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja”