Lagu: Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja
Artis: Judika
Komposer / Lirik: Judika / Tiroy Sihotang
Judika sejak kembali booming dengan “Putus Atau Terus” yang beredar tahun lalu cukup aktif dalam menghadirkan lagu-lagu baru dengan acuan Pop yang cukup komersil. Awal tahun ini di merilis sebuah lagi lagu baru berjudul “Hilang Tapi Ada” yang sekali lagi cukup mendapat perhatian generasi muda dalam melodi galau yang menjadi acuan muziknya.
Meneruskan perjalanan bermuziknya dengan sebuah lagi lagu dalam jaluran muzik Balada, Judika hadir dengan komposisi muzik Tiroy Sihotang yang dicipta bersamanya. “Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja” hadir sekali lagi dengan mudah mencuri pendengaran penggemarnya.
Lagu ini begitu tinggi nilai komersilnya untuk digemari. Bait lirik yang tidak sukar untuk ramai relate dengan penghasilan melodi yang mudah menangkap pendengaran akan memberi lebih tuah buat Judika terus bersinar sebagai bintang Pop papan atas Indonesia.
Judika saya kira jelas mahu menghasilkan sesuatu yang mudah disenangi pendengar tanpa mahu bereksperimentasi dengan muzik yang lain. Perjalanan kariernya saya kira antara konsisten dan stagnat dengan idea serupa. Penghasilan 3 single termasuk yang terbaru ini membuktikan Judika selesa dengan apa yang dia sedang jalani sekarang.
To please mass market dengan lagu-lagu patah hati saya kira memang modal yang mudah mencuri perhatian pendengar dan sebetulnya sudah lebih sedekad bermuzik graf muzik Judika itu dari segi perkembangannya agak mendatar dengan ilham serupa yang berulang. Namun ya bunyi yang macam mana lagi yang sesuai buatnya bukan?
“Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja” sudah pasti akan memberi jutaan views dan strim buat Judika, malah sudah pasti akan menjadi material yang akan di cover anak-anak muda hari ini di platform media sosial. It’s not a bad song cuma tiada apa yang baru untuk diperkatakan.
5.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
Diganding Bersama Dewa 19, Yura Yunita Menzahirkan Rendisi Baru “Kangen” Dengan Cukup Berkelas