Lagu: Rindu
Artis: Wanda Omar
Komposer / Lirik: Wanda Omar
Arranger / Produser: Andre Dinuth
Cukup hijau dalam lapangan muzik Indonesia, Wanda Omar mula memperkenalkan dirinya dengan lagu berjudul “Pretty” pada tahun 2017 dengan feel Pop R&B sebelum merilis sebuah lagi lagu tahun lalu berjudul “Routine” yang kedua-duanya ditulis Wanda sendiri.
Namun sejujurnya dua single ini tidaklah begitu menarik minat banyak pendengar untuk menikmati muziknya Wanda. Barangkali atas kesederhanaan dalam penghasilan lagu yang kurang daya pemikat membuatkan nama Wanda Omar tidak disedari banyak pihak.
Terkini dia hadir dengan naskhah terbaru berjudul “Rindu” yang terhasil lebih menarik dalam feel R&B / Lo-fi menerusi penghasilan Balada pada asa melodinya. Wanda sekali menulis lagu ini sendiri bersama produser Andre Dinuth.
Berbeza dengan dua single yang beredar lebih awal, “Rindu” ternyata memberi satu warna berbeza dalam muzik Wanda kali ini yang menurut saya lebih cocok dengan karakter vokal dan feel yang dia miliki.
Saduran feel Jazz di lagu ini menyatu baik dengan penjiwaan Wanda menerusi warna vokalnya yang saya kira lebih menyerlah di lagu ini berbanding dua lagu yang diedarkan sebelum ini.
“Rindu” pertaruhan yang baik untuk Wanda Omar lebih dikenali. Kemasan muzik di lagu ini cukup current, daya pemikatnya tentu saja pada korus lagu ini yang melaung “Rindu ini tak dapat ku bendung lagi…” yang saya mampu mebuat kita sebagai pendengar melayang dengan punch pada muziknya.
Menerusi single ini saya kira Wanda sudah menemukan satu jaluran muzik yang begitu sesuai dengannya untuk diteruskan dalam penghasilan lagu-lagu di masa mendatang.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN