Lagu: Anugerah Terindah
Komposer / Lirik: Alif Satar / Efry Arwis / Romeo / Shah Shamsiri / Tam Cobain
Produser: Alif Satar / Efry Arwis / Tam Cobain
Ketika Alif merilis “I Want You To Love Me” saya kira dia sudah menemukan formula terbaik dalam memberi tafsiran baru muzik Alif Satar itu sendiri yang sebelum ini banyak menghasilkan Pop yang ringan dalam lagu-lagu yang banyak menaikkan namanya seperti “Akhiri Penantian”, “Jangan Nakal” dan “Cukup Indah”. Dan saya kira transisi ini juga seiring kematangan dia bermuzik tahun demi tahun.
Namun nak cakap Alif tidak pernah cuba untuk keluar daripada zon Pop ringannya itu tidak juga. Beberapa lagu di album “Definisi” terutama karya ciptaan Azlan Abu Hassan menerusi “Kerna Dia” dan “Kesempatan Kedua” terhasil dalam nafas Balada yang cukup bagus penciptaannya cuma saya kira penggemar Alif maybe belum siap untuk heavy Ballad begitu.
Lantas dalam beberapa single setelah tiada lagi penghasilan album bersama Sony Music Alif bergerak dalam merangka arah muziknya yang lebih baru, lebih current sound nya tetapi masih ada esen muzik Alif itu sendiri. Hal-hal ini jelas dalam beberapa single seperti “Sesungguhnya Aku”, “Sebenarnya” dan tentu sekali “I Want You To Love Me” selain duet bersama Shila Amzah dan rakaman Pop Nasyid bersama Raihan.
Tidak mahu menghentikan langkahnya dalam bermuzik, Alif merencana kraf muziknya dengan menubuhkan Alif & The Locos yang merupakan band mate sesi persembahan live nya beberapa tahun kebelakangan ini dengan penghasilan single perdana mereka berjudul “Anugerah Terindah”.
Lagu yang terhasil daripada kolaborasi ciptaan bersama Alif, Efry Arwis, Romeo dan Tam Cobain dengan lirik Shah Shmasiri bersama Alif ini meneruskan ilham serupa “I Want You to Love Me” – sebagai pertaruhan perdana yang saya kira okey untuk pasaran Pop semasa.
Korus di lagu ini saya kira hook utama melodi ini yang meramu R&B dalam persembahan Pop secara keseluruhan. Beberapa bahagian di lagu ini saya kira begitu denkat dengan feel 2000’s R&B yang banyak dalam lagu-lagu R.Kelly dan Mariah Carey (We Belong Together) terutama di bahagian “Takkan terganti semua yang kau berikan padaku..”
Ilham Alif & The Locos dalam memberi perincian pada instrumen muzik saya kira menarik. Bunyian saxophone menyatu baik dalam melodi. Cuma ia agak kedengaran old fashion dan tidak current sifatnya. Saya melihat apa yang mahu dilakukan Alif & The Locos ini dekat dengan ilham Juicy Luicy dari Jakarta cuma yang membezakan adalah feel JL lebih current dan tidak kedengaran backward.
“Anugerah Terindah” bukanlah lagu yang gagal cuma masih kurang ranum. Ada banyak bahagian di sana sininya itu boleh lebih dikemaskan, dimodenkan dan dimewahkan penghasilannya. Namun masih berbaloi untuk dinikmati, melodinya sedap, ada hook dan masih boleh diulang dengar. Kemanisan cintanya masih dirasai even saya kira penulisan liriknya agak konvensional. Alif Satar & The Locos akan menjadi bakat muzik yang akan saya nantikan hasil yang bakal mendatang.
6.2/10
ARTIKEL BERKAITAN