Lagu: 旧梦新夙
Artis: Masya Masyitah
Komposer / Lirik: –
Verdik: 5.6/10
Sebetulnya saya tak ingat siapa Masya Masyitah ni tapi bila diperkenalkan lagu ini oleh pembaca dan mendengarkan kembali lagu-lagu yang dirilis sebelum ini, Masya Masyitah menemukan lagu yang tepat buatnya menerusi single mandarin (kot) sulungnya ini. Melodi lagu ini terhasil dalam idea Balada yang tipikal tetapi emosi Masya berada dalam kawalan yang cukup baik untuk saya percaya lagu ini sebuah naskhah cinta yang pilu.
Lagu: Kuasa
Artis: Salammusik
Komposer / Lirik: Asraf Ahmad Azlan
Produser: Salammusik
Verdik: 7/10
Reggae melodi “Kuasa” bergerak dalam tempo muzik Salammusik yang biasa kita dengar. Namun menikmati muzik Salammusik saya kira tidak perlu bergantung pada penghasilan melodi tetapi melihat isi ceritanya. Kali ini dalam “Kuasa” seperti judulnya mereka mengeksploitasi isu gila kuasa, penyalahgunaan kuasa yang menjadi bahan kritikan sosial yang dekat dengan isu yang berlaku antara Palestin – Israel saya kira. Hal ini jelas dalam bait “Dia tak berdosa, Baru kenal huruf belum reti baca, Baru kenal sayang belum reti bercinta, Dah terpaksa memikul senjata bertaruh nyawa.”
Lagu: So In Love
Artis: TY:DEL
Komposer / Lirik: TY:DEL
Produser: Timothy Long
Verdik: 7/10
Bakat baru yang cukup promising saya kira dengan ilham Pop semasa yang cukup dekat pasaran muzik global hari ini. TY:DEL menerusi single “So In Love” menzahirkan naskhah Pop yang catchy, dekat dengan pendengar muda dengan killer chorus yang tidak sukar untuk kita enjoy dengan melodi serta beat yang ada. Potensi anak-anak muda ini cukup besar seperti Midnight Fusic. Mungkin originality akan lebih terasa jika mereka menghasilkan lagu berbahasa Malaysia.
Lagu: Bukan Milikku
Artis: Muna Shahirah
Komposer / Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh
Verdik: 4.5/10
Muna Shahirah pelapis Balada yang ada suara yang sangat sedap bukan sahaja di studio tetapi sangat mampu menyanyi live dengan baik, jauh lebih baik daripada Wany Hasrita.(Boleh tengok performance semi final muzik-muzik). Namun yang dia belum ada adalah lagu yang baik. Balada yang dia dapat semua macam terlalu biasa termasuklah lagu “Bukan Milikku” ini, definitely saya akan dengar sekali dan takkan dengar dah kecuali terkuar kat tv or radio. Kalaulah saya pihak pengurusan Muna ni saya akan invest untuk Ballad yang mahal sebab dia boleh jadi pelapis Misha Omar.
Lagu: Nothing Lasts Forever
Artis: Kyoto Protocol
Komposer / Lirik: Kyoto Protocol
Produser: Ahmad Fuad / Shakeil
Verdik: 7.8/10
Lama sebetulnya saya tak layan rock n roll dalam acuan muzik yang terhasil dalam “Nothing Lasts Forever” ini. Ada pengaruh synth Pop yang menjadikan rencahnya kedengaran lebih beragam dan menyatum baik. Lagu in isebetulnya ringkas dan tidak complicated, terus masuk ke pendengaran dalam durasinya yang singkat. Menyelami isi liriknya, “Nothins Last Forever” saya kira jelas mengupas isu semasa pandemik dalam masyarakat hari ini. Positivity yang diraikan dalam liriknya menyuntik rasa motivasi bagi setiap pendengar.
ARTIKEL BERKAITAN
#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: FML, Sarah Suhairi, Ramlah Ram, Bunga