Rencana muzik Gamaliel setelah bergerak solo sejak terakhir kali bersama G.A.C berjalan matang, tersendiri dan tidak terikat dengan ilham muzik popular semata. Apa yang dia cuba lakukan adalah sebuah persembahan kosmik Pop yang terisi nilai estetika yang cukup tinggi.
Tahun lalu di saat dia merilis “Forevermore” dan rakaman semula “Sephia”, Gamliel sudah memberi bayangan arah muziknya yang lebih bereksperimen dengan sound yang bermain dengan ambien dan emosi.
Hal ini ternyata jelas dalam EP solo perdananya “Q1” yang berisi 4 lagu yang cukup beremosi sekali sekali pelayarannya. 17 Minit 33 Saat “Q1” berjalan dalam satu gelora perasaan yang berbolak-balik menuruti kemasan muziknya dan persembahan cemerlang vokal Gamaliel.
Menggamit emosi pendengar dengan setiap perasaan yang ada dalam jiwanya yang sangat dalam. Dibuka dengan “Forevermore” yang sejak awal sudah menangkap perasaan, EP ini diteruskan dengan “Ethereal” cukup dreamy sekali kemasan muziknya yang tidak sukar untuk membuat anada melayang.
Kemasan muzik Aldi Nada Permana di lagu ini benar-benar menyatu baik dengan kawalan vokal Gamaleil yang semakin matang dan solid tanpa perlu lagi berlebihan. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan dalam lagu “Unfindable” yang graf muziknya semakin meninggi emosinya.
EP ini ditutup dengan cukup grand sekali menerusi lagu “Adjacent” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik di album ini. Terlalu hebat melodinya, kemasan muziknya. This is a masterpiece yang saya kira membuatkan Gamaliel antara soloist terbaik yang Indonesia miliki hari ini.
Unsur klasikal dan new age yang disatukan dengan elemem Pop di EP ini terhasil sebagai sebuah pengalaman menikmati muzik luar kotak yang cukup melekakan.
Lagu-lagu begini membuatkan saya mengingatkan Seal dan Sting yang dimodenkan, dikemaskan dengan menjdikan Gamaliel sebagai representasi muzik hari ini dengan ilham yang cukup setanding.
“Q1” saya letakkan antara naskhah Pop penting kalendar muzik Indonesia tahun ini. Lagu-lagu di EP ini saya sifatkan sebagai sesuatu yang cukup grand dan avant garde penghasilan muziknya. Tahniah buat Gamaliel dan seluruh warga kerja “Q1”.
10/10
ARTIKEL BERKAITAN
Maliq & d’Essentials Merayakan Kembara Bermuzik Dengan Penghasilan Album Ke-8