
Lagu: Seperti Takdir Kita Yang Tulis
Artis: Nadin Amizah
Komposer / Lirik: Kevin Rinaldi / Nadin Amizah / Ramadhan Zulqi
Produser: Eky Rizkani
Gerakan muzik Nadin Amizah cukup menarik sekali perjalanannya. Berjalan atas landasan muzik Folk yang disulami kuat jiwa Indonesianya, Nadin menawan rasa jutaan yang sudah menikmati lagu-lagunya.
Tanpa mahu memperlahankan langkahnya dalam bermuzik Nadin Amizah mengedar sebuah lagi lagu terbaru yang disulami puisi indah cerita manusiawi dalam melodi yang melekakan.
“Seperti Takdir Kita Yang Tulis” menjadi pertaruhan terbarunya dalam meneruskan ilham bermuzik dalam sebuah pengalaman indah menikmati muzik.
Single terbaru yang ditulis bersama Kevin Rinaldi dan Ramadhan Zulqi ini membaluti jiwa Nadin dalam persembahan vokalnya yang semakin matang dalam tenang mengalun nota muzik yang tertulis.
Listrik liriknya masih menjadi senjata utama Nadin menarik perhatian kita untuk sama larut dengan melodi yang dihasilkan. Bait-bait indah tersusun kemas menyempurkan lagu ini.
“Lalu, lalu bagaimana waktu berhenti bodoh di masa lalu” dan dibuka cukup impresif menerusi bait “Ku ingat di kamar ini, kita bermimpi akan menjadi angan tak pasti kicau berani.”
Saya kira cara terbaik menikmati Nadin adalah menikmati setiap kata-kata yang disusun dalam penghasilan lagunya. Dan seperti apa yang sudah dihasilkan di lagu ini, Nadin indeed a good writer.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Gitu’an” Sebuah Manipulasi Budaya & Seni Muzik Etnik Dalam Sentuhan Segar Persembahan Alena Murang