
Lagu: Orang Yang Paling Ku Benci
Artis: RAN
Komposer / Lirik: RAN
Produser: RAN
Trio bermuzik RAN cukup dikenali dengan rangkaian Pop seperti “Dekat Di Hati” , “Kita Bisa”, “Melawan Dunia” hadir cukup mempesona tahun lalu dengan single kolaborasi bersama Hindia menerusi lagu “Si Lemah”.
“Si Lemah” menjadi satu transformasi muzik RAN yang cukup matang dengan isu dalam lirik yang cukup dewasa itu sudah kami letakkan sebagai 10 Lagu Terbaik Indonesia 2020. Baca di sini: LAGU TERBAIK INDONESIA 2020
Meneruskan rendisi Pop mereka, RAN merilis “Orang Yang Paling Ku Benci” lewat tahun lalu dengan signature muzik yang begitu RAN sekali sifatnya.
Single yang mengambil ilahm cinta muda mudi itu meneruskan populariti RAN dengan komposisi yang cukup catchy dan mudah menangkap pendengaran.
Meneruskan keindahan dalam melodi tersebut, RAN yang sinonim dengan ilham Pop Akustik menghadirkan versik stripped down “Orang Yang Paling Ku Benci”.
Lagu ini saya kira sekadar mengulang formula serupa beberapa lagu RAN yang lainnya. Dari aspek pemasaran muzik cukup catchy dan sesuai dengan pendengar muda hari ini. Namun untuk sebuah revolusi muzik RAN saya kira “Si Lemah” harus mereka jadikan benchmark.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN
#502020 Tenaga Radikal Bermuzik Anak Muda Indonesia Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun