
Lagu: Unlock The Key
Artis: Isyana Sarasvati
Komposer & Lirik: Isyana Sarasvati
Produser: Kenan Loui
“LEXICON” yang beredar tahun ini menjadi satu transisi muzik yang cukup berbeza daripada Isyana Sarasvati yang berawal dalam acuan R&P Pop Darling menerusi “Keep Being You”.
Penyatuan muzik Klasikal dan Pop di album ketiganya itu menjadi bukti kedewasaan bermuzik Isyana yang semakin berani, ekspresif dan menongkah arus trend pasaran semasa.
“UNLOCK THE KEY” menjadi pertaruhan terbarunya setelah beberapa Klasikal single seperti “Ragu Semesta” dan “Untuk Hati Yang Terluka” yang menjadi hits perdana LEXICON.
Isyana menulis sepenuhnya “UNLOCK THE KEY” dengan kelolaan produksi muzik Kenan Loui mengeluarkan lebih lagi sisi muzik sebenar yang mahu dikerjakan Isyana bagi mengisi solid portfolio kerjaya muzinya.
Lagu ini terhasil besar sekali skala muziknya. Penghasilan melodinya sahaja sudah buat saya kagum dengan Isyana belum lagi soal kemasan muzik, string session, riff keras gitarnya dan tentu sahaja kerja halus vokal Isyana di lagu ini.
Emosinya membolak balik dalm kemarahan juga kekeliruannya “I keep falling into fear, every single time I want to open my mind…”
Saya lebih terpesona dengan keupayaan vokalnya menerusi selingan nyanyian opera sopranonya yang meninggalkan remang, resah sehingga ke penghujung lagu.
Isyana saya kira semakin berani dalam bermuzik tanpa berkompromi untuk please pasaran mainstream. Dan keberanian begini tidak banyak ada pada penyanyi lain sedia ada.
Isyana cukup kritis dan kreatif kali ini. Hal ini pastinya akan membuatkan karya ini bakal diperbahaskan untuk hayat karier muziknya biar sepuluh atau dua puluh tahun mendatang.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
18 Tahun Usia Bermuzik, Maliq & D’Essentials Rilis Bahagian Pertama Album RAYA