
Lagu: AEWO
Artis: Shiha Zikir & Noki
Komposer & Lirik: Ezra Kong / Noki
Produser: Ezra Kong
Shiha bukan nama baru dalam pasaran muzik tempatan, percubaan demi percubaan yang dia lakukan dalam rencana karier muziknya tidak begitu beriiring tuah untuk dia berada di papan atas pasaran muzik tempatan.
Bakat suara dan kebolehannya menyanyi secara live bukan hal yang perlu dipertikaikan cuma mungkin faktor pemilihan lagu dan rezeki tidak begitu memihak padanya membuatkan nama Shiha sebagai penyanyi tidaklah begitu dirasai.
Setelah percubaan Pop, Balada dan Dangdut dalam beberapa rilis sebelumnya seperti Jagakan Dia dan Pipiyama, Shiha tampil lebih meyakinkan, current dan segar menerusi lagu ciptaan Ezra Kong berjudul “AEWO”
Turut menampilkan kolaborasi Shiha bersama Noki menmpilkan sisi berbeza Shiha sebagai penyanyi yang saya kira mampu meniggikan standard muzik Shiha berbanding percubaan sebelum ini.
Ezra seperti biasa jarang gagal dalam menghasilkan lagu-lagu yang catchy dalam kemasan muzik yang current. Biarpun AEWO tidaklah lahir terlalu original penghasilan keseluruhannya namun ia baik untuk perkembangan karier Shiha.
Cuma di beberapa bahagian persembahan nyanyian Shiha masih kedengaran old fashion. Shiha harus lebih detail dalam styling nyanyian yang lebih terkini – pelafazan kata, ekspresi emosi dan penekanan bait lirik supaya kedengaran lebih current dan muda. Rujuk styling Dayang (Gerak Dulu) dan Sarah (Manis).
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN