
Lagu: Sireh Pinang
Artis: Asmidar
Susunan Muzik & Jururakam: SPACE Records – Aiman Rijal, Christiana, Alwani
Label: Kruk Krak Records
Asmidar saya kira sudah boleh dikira sebagai bakat senior yang masih belum mahu berhenti menghasilkan produk muzik dalam acuannya tersendiri. Pasaran muzik Asmidar sebagai artis komersil mungkin tidak sebesar lapangan Misha atau Sarah namun dia tidak pernah berhenti.
Percubaan demi percubaan dilakukan untuk terus mengekalkan momentum muziknya, Asmidar membina momennya yang tersendiri ketika mengungguli Vokal Bukan Sekadar Rupa. Dengan single “Biar Sampai Ke Bintang” setidaknya membuka mata semua akan bakat hebatnya.
Tahun lalu Asmidar hadir dengan projek “Keronchong Bilek Ayer” dengan merilis dua video YouTube rakaman terkini “Selamat Tinggal Bungaku” dan “Bahtera Merdeka” yang hadir cukup berbeza dan terkini.
Meneruskan sisi muzik berbezanya itu, Asmidar lewat Disember lalu menghadirkan sebuah rendisi terkini “Sireh Pinang” nyanyian asal Azlina Aziz ciptaan Dato’ Ahmad Nawab.
Rendisi terkini ini mengingatkan MK pada penghasilan “Sri Mersing” Najwa Mahiaddin yang hadir dalam pesona kemasan muzik serupa. Dan menerusi Sireh Pinang Aiman Rijal, Christiana dan Alwani menyusun kembali lagu ini dengan cukup cemerlang.
Persembahan vokal Asmidar kemas dan tida berlebih-lebihan. Untuk sebuah naskhah susunan semula, saya kira “Sireh Pinang” berjaya hadir dalam originality dan persembahan produksi yang cemerlang.
8.3/10
ARTIKEL BERKAITAN
Menepis Balada Rawan, Sarah Tampil Penuh Groove di Single “Dap Dap Dap”