
Lagu: Ke Mana
Artis: Khodi & Razqa
Komposer & Lirik: Khodi / Raja Sham / Razqa
Label: Sony Music Entertainment
Melihat semakin ramai bakat baru yang berani tampil dalam nuansa Pop semasa yang lebih segar hasilnya menunjukkan penanda aras yang baik perkembangan muzik tempatan. Setiap satunya hadir dalam pendekatan muzik serta inspirasi yang tersendiri.
Beberapa nama yang hadir dengan masa depan yang baik seperti Lunadira, Adzrin, Chaleeda, Aisha Retno dan Neeta Manisha yang sudah siap untuk terus menyerlah tahun ini dengan cara mereka sendiri.
Seorang lagi nama baru yang menarik perhatian MK dengan penghasilan single perdananya adalah Khodi yang tampil cukup promising dengan single berjudul “Ke Mana” kolaborasi bersama Razqa (Viral).
Lagu yang hadir dalam nuansa Pop R&B ini cukup cemerlang penghasilannya untuk sebuah naskhah dari bakat baru seperti Khodi. Kolaborasi vokalnya bersama duo Razqa memberi justice yang cukup baik pada single ini.
Khodi punya corak suara yang cukup bersifat semasa, styling nyanyiannya berkelas dan tidak melebih-lebih menjadikan itu sebagai satu kelebihan untuk Khodi menyerlah dengan caranya tersendiri.
Penghasilan “Ke Mana” harus dijadikan benchmark muzik Pop hari ini. Muziknya segar, hadir dengan feel serta groove yang secukupnya dan cukup baik bagi meninggikan standard muzik lokal. Beriring strategi pemasaran yang betul dan pengurusan yang tepat Khodi punya masa depan yang cerah jika jalannya betul dan tidak terhenti.
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN