
Lagu: Dap Dap Dap
Artis: Sarah Raisuddin
Komposer & Lirik: YonnyBoii
Label: Indigital Sdn. Bhd.
Masih ingat awal kemuculan Sarah ketika awal bermuzik yang tampil cukup promising dengan feel R&B single seperti “Ku Teruskan” dan groove “Pesan Mamaku” – namanya cukup sinonim dalam pesona seorang penyanyi R&B yang hadirnya mampu memberi masa depan cerah pasaran muzik lokal ketika itu.
Setelah itu di album “Mimpi Pun Sama” dan “Tiada Dikau Tiada Makna” Sarah masih meneruskan groove yang dia miliki namun agak diteggelami populariti lagu-lagu Balada nya yang nyata lebih popular seperti “Saat Hilang Cintamu” dan “Bersamamu”.
Namun dalam dua album tersebut Sarah hadir cukup hebat dengan lagu-lagu seperti “Menari Denganku”, “Mimpi Pun Sama” dan “Cuma Permainan” antaranya yang benar-benar hadir dalam esen muzik dan feel sebenar Sarah.
“Tiada Dikau Tiada Makna” menjadi nokhtah panjang Sarah dalam lapangan muzik tempatan sebelum hadir ke pentas GV dan hadir dengan single “Matahari” eh silap “Semakin” yang dicipta Shuib.
Terkini, Sarah hadir cukup segar seperti apa yang MK harap-harapkan. Kembali dengan groove, dengan feel dan soul yang sangat-sangat cemerlang!
“Dap Dap Dap” menjadi pertaruhan Pop terbaru Sarah sebagai sebuah naskhah yang cukup terkini dan langkah bijak buat perkembangan kariernya. Lagu ciptaan anak muda bernama YonnyBoii ini mengembalikan Sarah yang kita rindu di single “Jangan Kau Mimpi” dan “Menari Denganku”.
Jujur saya puas mendengar lantang dan jelasnya vokal Sarah dalam melantun setiap kata dalam lirik lagu ini dengan caranya sendiri. Manis jadi “Menis” / Tersungkur jadi “Tersungko” / Jatuh jadi “Jadoh” – semua slanga yang begitu Sarah sekali sifatnya. And I enjoy every bit of it!
Pertaruhan Sarah bersama InDigital untuk meninggikan bakat baru dalam muzik seperti YonnyBoii is much appreciated. Saya berharap lebih ramai lagi bakat-bakat senior seperti Sarah yang boleh bekerjasama dengan anak-anak muda yang punya idea segar dan baik untuk perkembangan Pop Tempatan. Yelah sampai bila nak nyanyi Ballad bunuh diri kan?
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kolabrasi Pop Bil Musa, Alex Ungku & MFMF. Menerusi “Let Me In”