
Lagu: Aku Cinta Dia
Artis: Ricky Lionardi & Andien
Komposer & Lirik: Adjie Soetama
Verdik: 9/10
Projek produksi semula lagu-lagu legenda muzik Indonesia oleh Ricky Lionardi diteruskan lagi kelangsungannya setelah kejayaan dua rakaman semula “Bengawan Solo” (Tompi) dan “Tinggal Bilang” (Trio Lestari).
Menerusi projek yang dipanggil “Senandung Indonesia” Ricky sebagai produser muzik meneruskan usaha mengangkat karya-karya agung Indonesia ke peringkat lebih tinggi dengan penghasilan rakaman semula berkualiti tinggi.
Terkini bersama Andien, Ricky Lionardi menampilkan lagu asal nyanyian Chrisye berjudul “Aku Cinta Dia” sebagai pertaruhan perdana tahun ini. Lagu yang asalnya beredar di tahun 1985 ini merupakan single keempat album “Senandung Indonesia” yang bakal beredar.
Album tersebut akan berisikan lagu-lagu Indonesia popular yang diciptakan oleh para komponis legendaris seperti Ismail Marzuki, Guruh Soekarno Putra, Adjie Soetama juga Cornel Simanjuntak.
Salah satu visi dari album Senandung Indonesia adalah untuk melestarikan lagu-lagu Indonesia popular sepanjang masa agar bisa dinikmati dan diakses oleh para pencinta muzik nusantara.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN