Melangkah ke tahun 2020 dengan beriring satu visi meninggikan standard muzik tempatan ke arah yang lebih baik dan bercitarasa tinggi.
Pasaran Pop lokal sepanjang 2019 disemarakkan bakat-bakat muda yang sentiasa tampil dengan idea segar dan bervisi jauh. Berawal Disember beberapa senarai rilis segar sudah beredar dengan kordinasi muzik segar.
Sudah pasti untuk meminggirkan Balada itu mustahil tetapi Balada juga harus berevolusi. Beberapa senarai lagu baru Balada yang beredar sepanjang bulan ini masih di takuk lama dan lapuk berbanding bakat-bakat Pop yang lebih segar penghasilannya.
Aisha Retno (Mengikat Jiwa) dan “Selalu Dengamu” (Amylea & Kaer) antara contoh Balada yang baik penghasilannya dengan kemasan melodi serta lirik yang tidak lembik dan cheesy.

Kolaborasi Ismail Izzani dan Andi Bernadee menerusi “Hello” antara yang paling cemerlang untuk rilis tahun ini. Lagu “Hello” cukup current dan tampil dalam persembahan muzik yang cukup cemerlang.
Elizabeth Tan meneruskan pesona Pop nya setelah kejayaan “Police Entry” dan “Semua Sudah” dengan sebuah lagi naskhah up beat “Shh” ciptaan duo Jael dan Ezra Kong. Asmidar tampil lebih membanggakan dengan rendisi segar “Sireh Pinang” nyanyian asal Azlina Aziz yang diberi sentuhan lebih deep.
MK Menyenaraikan senarai lagu segar untuk anda revamp senarai lagu-lagu yang lebih terkini.
1. Hello / Andi Bernadee & Ismail Izzani
2. Shh / Elizabeth Tan
3. Hati / Hael Husaini
4. Selalu Denganmu / Amylea & Kaer
5. Kembali / Aziz Harun
6. Aizat Amdan / Waktu
7. Bagai Lagu Indah / Adzrin
8. Sireh Pinang / Asmidar
9. Infiniti / O@G
10. Mengikat Jiwa / Aisha Retno