Saat awal saya mendengar Isyana pada single Keep Being You dengan feel R&B Mariah Carey yang kuat saya kira Isyana hanya sosok bakat baru yang biasa-biasa sahaja sehinggalah balada Tetap Dalam Jiwa menyusul sebagai single. Dan saat ini I have second thought pada bakat ini, Isyana bakal bersinar bisik hati saya.
Dan ya, nyata dia bersinar dengan cemerlang menerusi album debut Explore sehinggakan memanjat carta lagu-lagu popular di Malaysia hanya dengan single Tetap Dalam Jiwa itu sehingga menerbangkan Isyana ke pentas Anugerah Bintang Popular Malaysia 2016.
Tanpa membuang banyak masa Isyana terus bersinar dengan single Anganku Anganmu (duet Raisa) dan Sekali Lagi (OST Critical Eleven) yang terlebih awal diperdengarkan sebelum Paradox menyusul sebagai album penuh yang saya sifatkan cukup solid dalam mentafsir arah muzik Isyana.
Album ini masih berlegar idea Explore tetapi di-enhace dengan kualiti muzik, rakaman dan persembahan matang Isyana sebagai penyanyi. Lagu-lagu hebat dalam album ini seperti Lembaran Buku yang dibuka cukup cantik dengan iringan piano antara personal favourite saya.
Feel hebat Isyana diteruskan dalam lagu seperti Winter Song dan Nada Cinta. Sekali Lagi juga lagu balada yang sangat hebat bagi saya. Cuma apa yang kurang dalam Paradox adalah elemen kejutan – semua lagu-lagu dalam album ini agak predictable biar lagu di dalam album ini sedap-sedap semuanya.