2019 Menjadi tahun cemerlang pasaran muzik tempatan dalam meraikan kepelbagaian muzik dengan kehadiran bakat-bakat muda yang semakin berani berkeksperimen dalam bermuzik. Hip-hop dan Pop Urban mendominasi pasaran muzik tempatan dalam senarai rilis popular sepanjang tahun ini.
Kitaran pasaran muzik yang bermusim mengikut faktor trend semasa yang barkait rapat dengan perkembangan teknologi dalam muzik, stail serta gaya hidup memberi impak menyeluruh kepada trend pasaran muzik semasa secara am.
Tahun ini memperlihatkan perkembangan cukup besar muzik Hip-Hop yang kembali mencipta fenomena dengan nama-nama segar seperti Alif, K-Clique, MeerFly, Aman Ra, Kid Santhe, Kmy Kmo, Fariz Jabba, Airliftz, Zamaera dan Luqman Podalski antaranya.
Pasaran muzik semasa ini disemarakkan lagi bakat-bakat Pop yang hadir dengan naskhah yang cukup cemerlang hasilnya. Pop Creator seperti ALIF, Ezra Kong & Hael, MFMF. dan The Faithmen serta nama segar Mas Dewangga memberi satu warna yang cukup beragam untuk meninggikan standard muzik tempatan.
ALIF bergerak cemerlang sebagai produser muzik tahun ini dengan senarai rilis Mimpi (K-Clique), Donde (Andi Bernadee), Berserah (Ismail Izzani & Zizan), Panas (De Fam), Pun Boleh (SonaOne), Diamonds (Kaka Azraff), Rasa Begitu (Chaleeda), Sorang (Luqman) dan lainnya.

DOMINASI K-CLIQUE DI SETIAP CARTA MUZIK SEPANJANG TAHUN
K-CLIQUE menjadi nama paling tinggi pendengarnya tahun. Gelombang populariti grup Hip-Hop ini tentu saja sudah berawal tahun lalu dengan single “Sah Tu Satu” sebelum merilis “Mimpi” bersama ALIF menerusi gagasan syarikat rakaman Warner Music MY iaitu Black Hat Cat.
Bakat solo wanita tidak kurang memeriahkan pasaran muzik sepanjang tahun. Elizabeth Tan antara yang berjaya mengekalkan momentum muziknya dengan corak yang cukup terkini dan relevan di pasaran semasa dengan citarasa global.
Dua single “Semua Sudah” (Disember 2018) dan “Shh” (Disember 2019) sejujurnya percaturan yang cukup tepat membawa nama Lizzy ke barisan papan atas penyanyi yang hadir tersendiri meminggirkan bakat wanita lainnya yang masih bergantung lagu-lagu Balada.

Aina Abdul
Aina Abdul satu lagi nama yang cukup mencuri tumpuan tahun ini. Tahun lalu single “Shadow” sudah kami letakkan sebagai salah satu lagu terbaik di senarai 10 teratas. Tahun ini percaturan Balada “Sumpah” yang dicipta untuk ke pentas AJL hadir cukup cemerlang memikat pendengar.
Strategi Aina membuat cover version lagu-lagu popular semasa di Instagram dan YouTube nya benar-benar menjadi. Semakin ramai yang menyedari bakat luar biasanya dalam bermuzik dan menyanyikan lagu dengan sempurna.
Menutup kalendar muzik 2019 Aina tampil sekali lagi meneruskan DNA muzik EDM Pop nya bersama duo SPUDS menerusi lagu “Ghost” yang dihasilkan dalam satu pengalaman produksi muzik yang cukup bersifat antarabangsa.
SPUDS bersama Kuizz pula hadir sebagai trio produser muzik Pop yang menggelar diri mereka sebagai MFMF. hadir memberi warna berbeza pasaran muzik Urban Pop yang cukup hebat sekali.
Bermula dengan produksi single “Aku dan Laguku” (Hani & Zue) mereka hadir cemerlang single demi single seperti “Flashes” bersama Bil Musa, Passin Thru & If I (Daiyan Trisha), Summer Love (Alex Ungku) antaranya.
MFMF. mampu mencorak pasaran muzik Pop lokal ke tahap yang boleh dibanggakan. Saya secara peribadi amat berharap lebih banyak nama-nama besar tempatan dapat bekerjasama dengan tiga anak muda ini. Tentu saja dalam wish-list nama-nama seperti Dayang Nurfaizah, NJWA, Aisyah Aziz antaranya yang harus menghasilkan sesuatu bersama MFMF.

MFMF.
PENGHASILAN ALBUM PENUH YANG MASIH RELEVAN DALAM PASARAN
SonaOne bersama Alif menghasilkan “DETAIL” sebuah album penuh solid Hip-Hop yang hadir dengan melodi cukup catchy. Senarai single seperti “Obvious”, “Pun Boleh” dan “Look Around” menjadi kesinambungan populariti Hip-Hop lokal.
Trend penghasilan single berbanding album penuh tidak sedikit meminggirkan trend album penuh dihasilkan. Bakat-bakat indie masih bergantung jumlah penjualan album fizikal di pesembahan gig sebagai sumber pendapatan mereka dan ada yang masih menolak pengedaran secara digital.
Nama besar seperti Bunkface(Pop), Faizal Tahir (Rojak), Toko Kilat (Self-titled), Lust (Terkesima), Kid Santhe (API) juga Daiyan Trisha (The Album) hadir dengan naskhah album penuh yang lengkap sebagai sebuah portfolio muzik mereka.
M.Nasir November lalu turut merilis album live “Magnum Opus 40 Tahun” yang dirakam langsung dari Auditorium DBKL dalam rangkaian hits ciptaanya seperti “Fantasia Bulan Madu”, “Isi Atau Kulit”, “Hukum Karma” dan “Sejati” antaranya.
Namun trend membikin album penuh ini masih belum lagi diikuti penyanyi baru biar ada beberapa nama yang kiranya sudah cukup sedia. Antaranya Andi Bernadee, Aziz Harun, Ismail Izzani, Kaka Azraff dan Elizabeth Tan saya kira sudah menemukan satu konsep yang tepat bagi menghasilkan sebuah album yang solid DNA muzik mereka.
Beberapa nama baru yang hadir dengan single perdana dalam pesona tersendiri seperti Firdaus Rahmat (Aku Rayu), Zaim Ajmal (Gadees) dan Heidi (Kata Hati) masih kurang jumlah pendengarnya namun punya potensi besar untuk evolve sebagai bakat masa depan.
MK menyenarai lengkap 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun dengan barisan sepuluh teratas yang menjadi wakilan suara yang sudah meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.

1. Mimpi / K-Clique & ALIF
(Alif / Fareed PF / Gnello / MK / Noki / Somean / Tuju)
Mimpi adalah sebuah naskhah magis 2019. Komposisi serta dinamik melodi lagu ini hadir dalam penghasilan yang tidak hanya bersifat komersil tetapi memiliki elemen malar segar. Mimpi akan menjadi anthem Hip-Hop generasi baru yang akan sentiasa didengari biar berganti generasi kelak.

2. Flashes / Bil Musa & MFMF.
(Justin Seow / Nabilah Musa / Raja Muizzudin Shah / Wee Zhen Yong)
Naskhah ini adalah contoh terbaik dan lengkap untuk bergerak sebagai sebuah naskhah yang current, forward dan bercitasa tinggi. Kemasan muzik dalam melodi MFMF. dan Bil Musa disatukan dengan penghasilan Pop yang cukup catchy dengan produksi muzik kelas satu. A Very good Pop!

3. Sumpah / Naim Daniel
(Omar K. / Naim Daniel)
Kesempurnaan penciptaan melodi Omar K antara yang paling menonjol tahun ini. Lagu ini nyata bergerak sebagai sebuah masterpiece Pop yang boleh dibanggakan untuk tahun ini. Balada “Sumpah” berkelas, moden dan tidak terikat idea lapuk seperti balada lainnya. Persembahan vokal Naim sempurna dalam kesederhanaan perasaannya.

4. Take Love Back / NJWA
(NJWA / Darren Ashley)
Kekuatan NJWA adalah pada penghasilan melodi soulful yang dikemaskan dengan sound yang current. Lagu ini boleh sahaja bergerak sebagai sebuah piano ballad tetapi NJWA pemuzik bijak yang mahu memberi rencah berbeza dalam pengalaman menikmati muziknya. And no doubt vokal NJWA menerusi Take Love Back antara yang terbaik tahun ini.

5. Ghost – Spuds & Aina Abdul
(Nurul Aina Abdul Ghani / Raja Muizzudin Shah / Sarah Soon Khe Wei / Seow Seng Tack / Wee Zheng Yong)
Gerakan EDM Pop Spuds disatukan dengan vokal berjiwa besar Aina Abdul. Lagu ini antara hasil yang begitu solid sekali penghasilan melodinya, kemasan muzik sehingga kualiti produksi yang begitu meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang membanggakan. We definitely looking for more!

6. Aku Dan Laguku / Hani & Zue
(Hani & Zue)
Lagu ini sebetulnya jika diberi justice pemasaran dan promosi yang kuat mampu break the mainstream market. “Aku dan Laguku” lengkap sebagai ramuan Pop semasa yang mampu popular kerana kekuatan melodi, lirik, powerful chorus yang ada dalam lagu ini. Kemasan produksi MFMF. memberi nilai tambah yang cukup meninggikan nilai Pop yang ada pada melodi ciptaan duo yang cukup underrated ini.

7. Naraka / Pitahati
(Pitahati)
Pitahati bergerak sebagai sebuah kugiran matang yang hadir dalam naskhah muzik yang bergerak sendiri tanpa perlu bergantung pada kehendak pasaran. Naraka terhasil sebagai sebuah lagu yang memberi sentuhan baru dalam ilham kugiran lama seperti Kembara dan Black Dog Bone khususnya. Menambah istimewanya lagu ini adalah penulisan lirik puitis dalam sebuah satira kritikan sosial yang cukup berisi.

8. Almost / Zamaera
(Zamaera / Floyd “Timeless” Thomas)
Zamaera break the stereotype dalam pasaran muzik lokal dengan ilham Hip-Hop yang tidak beriring cerita tipikal budaya cult muzik ini (sex, fashion & drugs) tetapi berisi satu jiwa yang sangat hebat sekali perasaannya. Momentum “Almost” ini sebetulnya digerakkan feel hebat Zamera yang sudah pasti diiring kemas string sepanjang lagu ini. She can sing and rap flawlessly. Sebuah naskhah lima bintang!

9. Vertigo / Midnight Fusic & Lunadira
(Adrian Danial / Arif Kamarudin / Midnight Fusic / Lunadira)
Midnight Fusic dan Lunadira adalah bakat masa depan yang harus diberi lebih perhatian. Kolaborasi ini antara yang paling dinantikan tahun ini dan tanpa gagal mereka menghasilkan “Vertigo” dalam acuan yang cukup stylish sekali hasilnya. Lagu ini hadir sebagai sebuah

10. Bila Entah / Aisyah Aziz
(Ezra Kong / Hael Husaini)
Aisyah Aziz hadir penuh sensual dalam sebuah naskhah pop yang cukup tersendiri. Lagu ini bagai dicipta khusus untuk memberi justifikasi vokal dan feel yang dimiliki Aisyah. Formula Pop Ezra dan Hael menerusi lagu ini cukup original dan catchy sekali penghasilannya, lengkap sebagai sebuah naskhah komersil berkualiti tinggi.
11. Angin Lalu / Aizat Amdan
12. Berserah / Zizan Razak & Ismail Izzani
13. Donde / Andi Bernadee
14. Adakah Engkau Menungguku / Naim Daniel
15. Shh / Elizabeth Tan
16. I Want You To Love Me / Alif Satar
17. Passin’ Through / MFMF. & Daiyan Trisha
18. Nafas / Nadir
19. Hati / Hael Husaini
20. Ratu / Faizal Tahir
21. Look Around / Alif & SonaOne
22. Debu Bercahaya / Noh Salleh
23. Hello / Andi Bernadee & Ismail Izzani
24. Sebentar / Dayang Nurfaizah
25. Panas / De Fam
26. Summer Love / MFMF. & Alex Ungku
27. Selalu Denganmu / Amylea & Kaer
28. Ur Cute But Boring / Lunadira
29. Setiap Malam Aku Bersamamu / Bunkface
30. Ku Bersuara / Ernie Zakri
31. Hopeless / The Impatient Sisters
32. Ilusi / IAmNeeta
33. She / Pele L & Tuju
34. Diamonds / Kaka Azraff
35. Caramel Cream / Midnight Fusic
36. Goldmine / Beverly Matujal
37. Picisan / Adzrin
38. Asmara Botol Kaca / Margasatwa
39. Tiada Dirimu / Shila Amzah
40. Pemacu Api / Toko Kilat
41. Getir / Leaism & Leo Ari
42. Intan & Perak / Imran Ajmain
43. Masa / Fariz Jabba
44. Aku Rayu / Firdaus Rahmat
45. Jauh / Aziz Harun
46. Bukan Cinta / Amylea
47. Why I Hate The Weekend / Kuizz
48. Peneman / Hazama
49. Di Tengah Malam / Salammusik
50. Hutang / Floor 88
ARTIKEL BERKAITAN
#502018 Seputar Muzik Malaysia 2018 & Senarai Lengkap 50 Rilis Terbaik
