Seperti biasa setiap penghujung tahun Spotify Wrapped menyenarai lengkap lagu serta artis dengan jumlah strim tertinggi seluruh dunia.
Mendahului senarai strim tertinggi artis tempatan, kumpulan Hip-Hop K-Clique seperti yang sudah dijangka mengungguli tangga satu dengan rangkaian hits sepanjang tahun seperti “Mimpi” klaborasi bersama Alif menerusi label Balck Hat Cat Records.
K-Clique meninggalkan pesaing jauhnya yang rata-ratanya senior muzik seperti Faizal Tahir, Siti Nurhaliza dan SonaOne serta nama baru Insomniacks yang tampil popular hanya berbekal single “Pulang” mereka yang beredar tahun lalu.
Pasar besar muzik Indonesia masih melihatkan nama-nama hebat seperti Tulus yang mendahului jumlah strim tertinggi. Tahun ini Tulus yang sibuk dengan siri konser Monokrom dan konsert Sewindu hadir bersama Glenn Fredly menerusi hits “Adu Rayu”.
Bagi menutup kalendar muzik 2019 Spotify menyenaraikan 5 Artis dengan jumlah strim tertinggi sepanjang tahun.
Malaysia
1. K-clique
2. Faizal Tahir
3. Siti Nurhaliza
4. SonaOne
5. Imsoniacks
Indonesia
1. Tulus
2. Fiersa Besari
3. Sheila On 7
4. Andmesh
5. Glenn Fredly