
Pasaran muzik Rock tempatan sentiasa menawarkan satu kosmik pasaran muzik yang akan diwarisi biar bertukar generasi. Jemson hadir dengan riff gitar keras, listrik bahasa santai dan deraman bunyi yang menggegar.
Lewat kiranya sensasi rock terbaru “Jemson” ini mendapat perhatian untuk saya mendengar. Beredar sekitar Oktober lalu, EP berisi 5 lagu “Balada Cinta Kosmos” hadir dalam satu paten rock 80’s dan 90’s yang direvolusikan dalam produksi muzik Myo dan Najmi yang bunyinya lebih current, kemas namun masih sedap didengar.
Dibuka keras dengan lagu “Rock N Roll Sampai Mati” yang jika rujukan tempatannya cukup mengingatkan saya pada Search khususnya. Lirik mereka khususnya, biar santai namun tersusun kemas dan tidaklah tak berarah bahasanya (seperti kebanyakan lirik hari ini).
“Sakit Hati” lebih menarik. Intronya sahaja sudah buat saya teruja dalam bias feel “Sweet Child Of Mine” yang dilokalkan cukup baik. Korus lagu ini menjadi lebih baik dan sekali lagi saya cukup enjoy dengan teks lirik duo rock ini.
Dan keterujaan saya mendengar EP ini dilanjutkan dengan trak ketiga “Fanboy” yang saya ulang berkali-kali sebelum ke lagu seterusnya. Dan tak salah kiranya saya meletakkan lagu ini sebagai lagu terbaik album ini.
“Fanboy” sebuah rock cinta yang dekat dengan jiwa lokal sebetulnya dan saya berharap Jemson dapat push lagu ini lebih lagi sebab lagu ini cukup segala elemen untuk pasaran semasa. And its good for radio too.
“Pape Saje” kembali keras seperti dua lagu awal dan EP ini ditutup dengan “Lagu Paling Kecewa Di Dalam Dunia” yang sekali lagi tampil sedikit mellow tapi bukanlah lembik. Lagu-lagu begini banyak mengingatkan saya pada muzik XPDC dan feel Myo juga banyak mengingatkan saya pada Mail juga Ali.
EP ini sebuah hasil produksi muzik yang kemas. Lagu-lagunya bukan jenis rock yang susah untuk kita layan. Saya sangat percaya jika anda jenis suka rock lokal ala Search, Wings juga XPDC – “Jemson” adalah versi baru kepada tiga kugiran ini.
Rock mereka cukup rasa tempatan tanpa terlalu mahu menjadi luar biasa atau bereksperimen dengan sound pelik yang tak perlu. Saya bukan pendengar rock tetapi kalau saya dengar rock saya suka yang ada jiwa Melayunya seperti mana saya sukakan Projek Pistol dan juga Toko Kilat.
Setelah mendengar beberapa kali kali EP ini, saya kira Jemson bukan sekadar kugiran biasa yang mahu menjual another sound of rock. Album ini datang dengan pakej produksi muzik kelas satu dan hasilnya terdengar matang daripada individu yang tahu what it takes to make a good music. And please push “Fan Boy” mass market akan menyukainya.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN