Andmesh lebih awal mencuri perhatian saya ketika dia di pentas Rising Star Indonesia. Pesona vokal luar biasanya terlalu hebat untuk semua menolak dia daripada bergelar juara ketika itu.
Setelah usai fasa Rising Star, Andmesh tidak mengambil masa yang lama untuk tampil dengan single perdanaya, “Jangan Rubah Takdirku” (Doa Di Badai Holo) pada tahun 2017 dalam nuansa Balada yang okey sedap didengar tetapi terlalu biasa standard muziknya.
Andmesh selalu mengingatkan saya pada the late Mike Mohede yang tampil dalam paten vokal serupa dan pakej muzik yang terlalu sama. Dan disebabkan itu ketika dia hadir dengan “Cinta Luar Biasa” – Andmesh tidaklah terlalu memberi keterujaan.
Formula muzik serupanya buat saya sedikit kecewa sebetulnya. Maksud saya di sini, jika kita lihat bagaimana Tulus merencana muziknya yang kental jiwa Indonesianya juga tetapi hadir cukup original dan kreatif sekali ketika dia awal tampil dengan “Sewindu”.
Tulus boleh sahaja menghasilkan muzik seperti Mike, Glenn Fredly malah Marcell sekalipun tetapi saya kira dia pemuzik yang bervisi untuk ciptakan sesuatu yang lebih tersendiri. Maka terhasillah lagu-lagu hebat seperti Manusia Kuat, Ruang Sendiri, Labirin contohnya.
Back to percaturan muzik Andmesh, saya mendengar sahaja album debutnya ini dengan tanpa sebaran expectation yang tinggi memandangkan single-single yang awal beredar tidaklah terlalu asli penghasilannya.
Album dengan hits “Cinta Luar Biasa” yang sudah di strim lebih 52 Juta ini bukan calang-calang mendunia. Cuma terus terang melodinya terlalu klise sifatnya, liriknya apatah lagi. Tapi sesuatu yang bagus adalah setidaknya Andmesh tidak memilih untuk berteriak-teriakan dalam balada melengking seperti Judika.
Lagu-lagu di dalam album ini direncana dalam satu paten Easy Listening – “Jangan Lupakan Aku”, “Nyaman”, “Sampai Tua Nanti”dan “Senyumlah” semuanya hadir dalam jelmaan muzik Mike Mohede di album perdananya.
Saya hanya terpikat pada lagu “Nyaman” yang ya sekali lagi hadir ilham easy listening dengan lirikal cinta cinta yang melayang.
Album ini bukanlah album yang teruk tetapi macam saya kata di awal tadi originality nya hampir tiada but again soalnya pendengar peduli ke tentang originality? Mereka hanya mahu dibuai dengan angan-angan cinta sahaja.
Tetapi jika anda pendengar yang mahukan sesuatu yang segar, lebih asli dan bervisi muziknya – dengarkan debut album Adrian Khalif yang jumlah views dan strimnya mungkin tidak setinggi Andmesh tetapi visi dalam muziknya begitu jauh meninggalkan muzik Andmesh.
6.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
